Happy New Year 2012!!
Hi...Selamat tahun baru semua.. rasanya belum terlewat untuk wish happy new year kan.. sekejap je dah seminggu kita masuk ke tahun baru kan...
Emm.. bila masuk tahun baru jer semua org sibuk bercerita tentang azam masing-masing kan.. apa azam tahun baru anda tahun 2012 ni? Bagi saya x perlu la senarai kan azam panjang berjela kalau azam cuma di awal tahun jer, sampai hujung tahun x tahu azam entah ke mana kan.. yang lebih elok adalah memasang niat untuk melakukan yg lebih baik dari hari sebelumnya..maksudnya, setiap hari kite akan cuba memperbaiki diri kita dan berusaha mencapai kejayaan..
Ok la.. sempena tahun baru ni juga, saya nak melancarkan blog saya ni.. chewahh..macam nak launch ape jer kan.. padahal orang lain dah lama ada blog... saya ni baru jer nak berjinak2 dalam dunia blog2 ni.. xpela, ini la yang dinamakan perubahan kan...hehehe...
Tujuan utama saya mewujudkan blog ini adalah untuk berkongsi cerita suka duka tentang kehidupan dan pengalaman saya dengan rakan2 semua.. especially kehidupan saya sebagai ibu yang berkerjaya dan dalam masa yang sama perlu pandai membahagikan masa untuk membesarkan / mendidik anak-anak dan menguruskan rumahtangga.. Pasti terdapat pelbagai rintangan dan cabaran kan... betul tak? Actually, banyak yang saya perlu belajar lagi tentang dunia keibubapaan.. maklum la, anak baru sorang jer, ilmu pun cetek lagi kan.. harapan saya agar kita dapat berkongsi pengalaman dalam mendidik anak-anak.. sharing is caring, right?
Ok la.. rasanya x perlu saya tulis panjang lebar untuk 1st entry ni kan.. ape yang penting, sentiasa tanam kan sikap positif dalam diri dan bersabar dalam setiap perkara yang kita laku kan.. peringatan untuk diri sendiri jugak...hehehe..
K, jumpe lagi dalam next entri..bye.. wassalam
Post a Comment