JJCM : Dinner di Hutan Bandar
Hi.. selamat malam.. 2 hari lepas aku terbaca kat 1 blog ni citer pasal makan2 chicken chop murah.. terus aku teringat kat 1 tempat kat jb ni yg jual chicken chop dgn harga yg sgt murah.. dah lama aku tak makan kat tempat tu.. time duk umah sewa lama kat Kempas dulu, slalu gak gi makan kat sana.. tp sejak dah pindah umah kat Skudai ni dah jarang sgt kitorg gi sana sbb rasa mcm jauh lak nak ke sana semata2 nak mkn mlm..
Lepas nampak chicken chop tu, aku pun menyampaikan hajat aku kat hubby.. ckp dah lama kite x gi makan chicken chop kat Hutan Bandar kan.. disebabkan gaji masuk hari jumaat, so kitorg planning gi sana hari jumaat or sabtu.. lagi cepat lagi bagus.. takut la kan, wat nye aku dah nak terberanak awal, melepas nak makan chicken chop tu.. terliur baby aku nanti.. hihi..
So, harini lepas blk dari keje, kitorg pun janji nak dating kat Hutan Bandar tu.. disebabkan masing2 bawak kete, so janji jumpe kat petronas je.. lagipun en hubby gi ambik kakak diyana kat umah babysitter dulu.. dari petronas tu, kitorg naik 1 kete jer pegi ke tempat makan tu kat Hutan Bandar.. org jb mesti tau la tempat ni.. mmg dah terkenal dah.. tp aku x ingat apa nama kedainye.. yg pasti hanya kedai ni je yg satu2nya buka time malam kat Hutan Bandar tu..
Nasib kitorg baik, time sampai tu x ramai sgt org.. slalunye memang penuh giler, lagi2 hujung bulan ni kan.. sumer dah gaji, memang ramai la.. kadang2 tu sampai kena tunggu.. tp service dia kira cepat jugak la.. kecuali korg pilih menu yg lambat sikit masak kena la tunggu lama sikit.. kalau setakat chicken chop tu mmg sekejap je la..
Ni menu yg kitorg pilih.. seperti biasa aku order chicken chop jer & hubby order Sirloin Steak.. tapi kali ni kitorg tambah order untuk si kakak tu Fish and chip. air lak minum air apple susu ngan teh O ais jer..
Ya.. makanan kami sudah sampai.. jemput makan semua..
Ni chicken chop.. banyak kan.. penuh 1 pinggan tu.. Harganya hanya RM5 sahaja..
Yang ni pulak Fish and Chip untuk kakak diyana.. RM5 jugak.. murah kan..
Ni pulak Sirloin Steak untuk hubby.. harganya RM13 sahaja..
Total dinner hari ni RM27 termasuk air tadi.. memang murah sangat harga makanan kat sini.. tu sebab ramai org datang sini.. kadang2 diorg tapau jer chicken chop tu.. bukan setakat 1 set, sampai 10 set skali order pun ada.. iyela, harga yg mampu org bayar untuk makan makanan western cam ni kan.. sape yg x nak.. dah la banyak isinye.. kalau kat restoren2 lain tu jgn harap la nak dapat harga murah cam ni & banyak.. kadang2 aku terpikir gak, dapat untung ke diorg meniaga mcm ni?? emm.. mungkin untung x byk sgt la untuk 1 set kan, tapi kalau dah murah & sedap, ramai la org nak datang beli.. dan datang.. dan datang lagi.. sebab nye KEPUASAN.. dan mungkin tu la jugak matlamat pemilik kedai ni kan, kepuasan pelanggan.. customer suka & puas hati sure diorg akan dtg lagi dan promote kat kawan2 lain pulak.. tu la strategi diorg agaknya.. apa2 pun, murah rezeki diorg kan.. haishh.. byk lak aku membebel lak ni..
Gambar last.. ibu ngan kakak.. sori, gambar x cantik.. sebenarnya nak tunjuk si kakak yg happy ni jer.. ibu x nak la interprem.. tapi ni je la gambar kakak yg paling clear tadi.. ( ibu kan pemalu..hikhikhik..)
OK, tu jer.. gudnite semua..
Post a Comment