Pengalaman bersalin Faris Zakwan Part II - Ceritera Ibu

Pengalaman bersalin Faris Zakwan Part II

Hai.. aku nak sambung citer pasal bersalin Faris..  Entry yg sebelum ni ada kat sini Part I.

 1st day : Faris Zakwan

6 Oct 2012, Sabtu
            Lebih kurang pukul 4pagi, aku tersedar dari tido sebab rasa sakit.. tapi sakit kali ni lain sikit.. aku x penah rasa sakit cam ni.. sampai ke pinggang.. aku cuba tahan.. aku ambil hp dan tgk brapa lama sakit tu.. seperti smlm sakit tu datang setiap 10 minit dlm 30saat rasa sakitnye.. tapi lebih sakit dari semalam sbb sampai ke pinggang.. memang sah dah!! ni la sakit nak bersalin.. aku tahan lagi sampai pukul 6 pagi baru sakit tu beransur2 hilang.. aku pegi toilet untuk bersihkan diri dan nak ambil wuduk, nak solat subuh dulu.. skali tgk, waaaaa... ada darah coklat2 bercampur lendir.. memang x syak lagi.. dah sampai masanya ni..

            Dalam kul 7 pagi aku keluar bilik.. bagitau mak yg dah kuar tanda lagi.. mak pun suruh cepat2 bersiap untuk ke spital.. sementara tu mak wat sarapan nasi lemak + sambal udang petai.. perghhh.. terangkat beb!! aku makan puas2 sbb pk nanti mesti x dapat makan cam ni lagi.. pastu aku call BS diyana untuk bgtau yg kitorg nak anta dia gi sana sbb aku dah nak ke hospital.. dalam kul 9.30am kitorg pun keluar rumah, hantar diyana dulu pastu terus ke hospital..

           Sampai je hospital, aku ngan mak terus ke bilik saringan.. kali ni pegi memang dah siap2 pakai kain batik jer.. senang x yah salin2.. masuk dalam bilik saringan kul 10.30pagi.. tapi kul 12 lebih baru doktor check sbb ramai sgt ibu2 yg dah tunggu kat bilik tu.. doktor terus check jalan sbb aku ckp dah kuar tanda.. seluk2 dah bukak 3cm.. rasa sakit cam semlm jugak lepas doktor seluk... lepas check heartbeat baby & tekanan darah, aku disuruh masuk wad dulu.. wad 4A adalah wad untuk ibu2 yg menunggu masa untuk bersalin..

 Wad 4A katil no.26 (3rd class) memang selesa sgt.. semua baru.. bilik air pun besar.. kalah bilik air kat umah aku ni hah.. huhu

            Sepanjang duduk kat wad ni masa siang langsung xde rasa sakit2.. pelik pun ada.. ingatkan kalau dah start sakit tu memang akan rasa sakit jer sampai nak bersalin.. rupa2nya ada masa2 dia gak sakit tu datang.. maklum la, anak sblm ni x penah rasa sakit nak bersalin kan, tau2 jer kena zass.. hahaha.. kira 1st experience jugak la ni.. emm.. hubby, mak & abah tunggu sampai masa melawat petang tu.. dlm kul 6.30ptg gitu diorg pun balik..

           Orang cakap kalau dah dekat2 nak bersalin ni kena banyakkan berjalan supaya jalan lagi cepat terbuka kan.. tapi aku nak jalan2 pun x ramai org kat wad tu.. ada pun aku berjalan gi ke surau luar wad untuk bersolat jer.. tu pun x larat dah rasanya nak berjalan byk2.. aku call hubby untuk pesan dia bawak kan makanan time dia nak datang nanti..

9.30 ~ 12.00 mlm
           Aku dah start rasa sakit2 balik.. mcm smlm setiap 10minit skali.. bila sakit datang aku mengiringkan badan.. lepas sakit hilang aku duduk kat kerusi pulak.. dalam kul 10 lebih hubby dtg.. aku ingatkan nak suruh dia dtg bila dah rasa sakit sgt je nanti, x sangka lak dia dah dtg dulu.. mula2 aku cadang nak suruh dia balik rumah dulu lepas hantar barang, tapi bila aku cakap dah ada rasa sakit2 lagi, dia x jadi balik dan tido dalam kereta jer.. 

Name : Faris Zakwan bin Md Aswan
D.O.B : 7 October 2012
Time : 5.35 am
Weight : 3.36 kg
Venue : Hospital Sultan Ismail
7 Oct 2012, Ahad
            Aku memang dah x boleh tido lagi.. sakit tu makin kerap datang setiap 8 minit.. rasanya lebih sakit dari smlm.. bila aku duduk kat kerusi xde lak rasa sakit.. sampai aku tetido kat kerusi tu sbb dah ngantuk sgt.. bila baring kat katil mesti rasa sakit.. banyak kali gak aku gi toilet sbb rasa nak terkucil.. pastu kuar lagi darah + lendir.. aku dah x sedap hati dah.. 

2 am
Aku kuatkan diri untuk pegi jumpe nurse kat kaunter depan.. Cakap kat nurse yg dah sakit lagi kerap dan kuar darah lagi.. nurse suruh masuk satu bilik untuk dia check jalan.. check2 jalan dah bukak 5cm.. wah.. patut la dah rasa sakit sgt.. tp nurse tu seluk xdela rasa sakit cam doktor seluk smlm.. dia ckp kalau LR ada kosong aku dah boleh dihantar ke sana.. aku pun call hubby untuk bgtau yg aku dah nak pegi LR dan suruh dia dtg ke sana.. sementara tu aku kemas2 barang bagi nurse dan amik pakaian baby untuk dibawa ke LR. aku naik wheelchair ke LR.

2.30 am
Aku masuk LR bilik no.14. nurse check2 dan ambil darah.. pastu dia cucuk jarum kat tangan.. dua2 tangan kena sbb sblm ni aku kan operate, so kena standby lagi satu untuk emergency.. kul 2.45am doktor pulak dtg check dan pecahkan air ketuban.. time ni aku x prasan sgt air ketuban tu keluar, tau2 je dah siap.. pastu hubby aku pun datang untuk temankan aku dlm LR tu....

3am ~ 5.30am 
Sakit aku makin kerap.. setiap kali sakit aku genggam tangan hubby aku kuat2.. pastu aku suruh dia tgk berapa lama tempoh sakit tu.. dari 5minit sekali jadi 4minit skali.. makin lama makin kerap.. awal2 lagi nurse dah pasang ctg untuk monitor jantung baby.. pastu nurse masukkan air kat tgn aku.. bila sakit aku mengiring.. tp makin lama mengiring pun still sakit jugak.. sakit sgt2 mcm nak tercabut pinggang ni.. mulut aku x berenti2 berzikir, x dapat panjang yg pendek2 pun jadi la.. berdoa cepat2 la berakhir kesakitan ni.. cepat la baby kuar.. rasa dah x tertahan dah sakitnya ni..

Tengah aku sakit2 tu dengar la suara org menjerit2 kat bilik2 lain.. cuak aku dibuatnye.. aku seboleh2nya xnak menjerit ke mengerang ke bila sakit.. aku cuma berzikir jer.. kejap2 nurse datang tanye ada rasa nak teran x.. aku jawab xde.. air habis satu botol nurse tukar botol lain.. ada skali time sakit sgt nurse dtg dan enjet kat montot.. aku x sempat tanye untuk apa dia dah enjet.. pastu dia ckp kalau x tahan sakit sgt sedut la gas.. tp aku xnak sbb aku tau gas tu boleh buat kita mengantuk nanti.. aku perasan lepas nurse enjet aku terus rasa mengantuk, mcm mamai2 gitu.. dlm ngantuk2 aku dengar suara baby kat luar menanges x berenti2.. bila dengar baby nanges, aku kuatkan semangat aku untuk tahan sakit, nak cepat2 jumpa baby..

Dalam kul 5.30 pagi, tetiba aku rasa mcm nak teran.. tetiba jer rasa tu dtg.. aku bgtau hubby dan dia cepat2 panggil nurse.. nurse datang dan terus suruh aku kangkang sbb nak check jalan.. skali dia ckp dah FULL!! hah!! dah full dah, mcm x pecaye je tp mmg dah sakit sgt & rasa nak teran.. time tu ada 2org nurse yg dah bersedia nak sambut baby.. nurse ckp dah boleh teran.. dah nampak rambut baby.. tp aku cuak.. nak teran mcmana ni.. dah la time tu aku rasa mamai & ngantuk sgt2..betul ke dah sampai masa aku nak teran ni?? aku takut aku x mampu nak teran dlm keadaan yg mengantuk sgt.. tapi aku try teran.. skali x boleh.. 2kali pun x boleh jugak.. nurse ckp teran jgn keluar suara.. dah rasa rambut baby.. hubby pun sempat tgk.. aku pun kuatkan semangat sekuat tenaga aku teran.. 

Dengan sepenuh tenaga aku teran kuat2 tanpa keluar suara.. kepala baby dah keluar.. aku stop kejap pastu teran lagi sekali baby keluar sepenuhnye.. dengar suara tangisan anakku.. alhamdulillah.. dalam 5 minit jer proses meneran, baby selamat dilahirkan tepat jam 5.35am.. betul2 time azan subuh...rasa lega sgt bila baby dah keluar.. aku bersyukur sgt2 sbb semuanye berlaku dalam masa yg kejap sgt.. rasa nak tdo je kalau boleh..

Lepas baby keluar, nurse terus letakkan baby atas dada aku.. ni la anak yg aku kandung selama 39minggu.. aku cium baby.. lepas tu nurse suruh hubby azankan baby pulak.. lepas azan, baby dibawa keluar untuk dibersihkan..

Selepas baby dibawa keluar, nurse pun bersiap sedia untuk menjahit tempat luka.. tp baru jahit sekejap, nurse keluar dan masuk semula bersama seorg doktor.. nurse tu ckp dia x berani nak jahit sebab luka aku sgt dalam.. doktor pun meneruskan proses menjahit semula.. jahitan yg mula2 tu siap kena bukak lagi.. walaupun doktor dah bius tp tetap rasa sakit sgt.. aku cuma mampu beristigfar aje setiap kali terasa jarum dicucuk.. aku genggam tgn nurse tu.. yg x tahan nurse tu siap puji aku lagi.. dia ckp aku patient paling bagus sbb sakit pun x menjerit2.. sabar & kuat katanya.. huhu.. (tersenyum sendiri aku..hehe) aku pun x sangka aku leh tahan mcm tu.. bersyukur aku Allah berikan aku kekuatan untuk menahan segala kesakitan tu.. 10minit lagi kul 7 baru doktor siap jahit.. lama betul.. 
 
Lepas siap bersihkan semua, aku dipindahkan ke katil lain untuk dihantar ke wad.. then, nurse meletakkan baby disebelah aku.. alhamdulillah.. semuanya selamat..

Ada sesuatu yg berlaku selepas aku dihantar ke wad.. kita sambung nanti ye, cerita selepas kelahiran Faris Zakwan.. dah panjang beno entry ni.. takut x larat nak baca lagi.. aku pun xnak simpan lama2 entry ni.. bape ari aku tulis x abis2.. huhu..

1 comment:

  1. anak 2nd kita lebih kurang sebaya lah. mine lahir time raya haji aritu :-)

    nice blog!

    ReplyDelete