Resepi : Ayam masak tiram halia

November 20, 2012


Assalamualaikum

           
             Ni citer pasal 2 hari lepas.. Menu untuk lunch ahad adalah ayam masak tiram halia.. Hahaha.. pandai2 jer aku letak nama masakan tu.. sebenarnye aku x tau apa nama masakan tu sebab aku main cincai jer masak 1st time masak aritu.. sekali bile en somi makan dia ckp sedap pulak.. siap request lagi untuk makan lunch ari ahad lepas.. tp bila nak suruh masak dia x tau nak ckp nak masak apa.. so, aku pun pikir2 la nak letak nama apa.. time taip entry ni baru terpikir nama ni.. so, kira boleh la letak nama ni jer.. 

            Aku ni bukan la terror pun bab masak memasak ni.. tp disebabkan resepi ni time aku masak main letak jer bahan yg ada, better  aku tulis sikit sebagai rujukan untuk diri sendiri.. sbb en somi dah cakap sedap kan, karang kalau dia request lagi takut lupa lak.. nak cari kat tenet pun x tau nak tulis masakan apa kan.. hihihi..

           Ok, sebelum aku membebel banyak2 jom kite tgk bahan2nye..

Ayam masak tiram halia

Bahan-bahannya
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili api (kalau suke pedas letak la lebih sikit)
1 inch halia
2 sudu sos tiram
2 sudu gula
1 biji lobak merah dipotong panjang2..
1 cawan air asam jawa
Minyak masak

Bahan-bahan untuk perap
1/4 ekor ayam
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk kari 
garam secukup rasa

Cara memasak

1. Perap ayam bersama serbuk kunyit, serbuk kari dan sedikit garam.. biarkan dalam 5 minit.
2. Panaskan minyak untuk menggoreng ayam.. goreng ayam, jangan sampai garing tau..
3. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili api.
4. Bila bahan tumis dah layu, masukkan bawang besar yg telah dihiris..
5. Masukkan carrot yg telah dipotong.. kacau2 sekejap pastu masukkan 2 sudu sos tiram dan 2 sudu gula dan sedikit garam.
6. Masukkan 1 cawan air asam jawa dan daun limau purut.
7. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau dan biarkan sebentar dalam 3 minit.. Siap!!

            Masa 1st time masak aritu aku x letak daun limau purut pun sbb xde.. tapi 2nd time wat kebetulan ada daun limau purut aku pun masukkan jer la.. rasa lagi sedap lak ada daun limau purut ni.. sebenarnya nak masak ni kite boleh ejas2 jer bahan2 nye.. lain la kalau masak kek ke, kena betul2 ikut sukatan nya..


           Okla.. tu jer kot.. la ni tgh pikir sok nak masak apa pulak.. hihi..

You Might Also Like

1 komen

  1. Sya bt cra akak msak...menjdi,sdap sgt...hehe

    ReplyDelete