Tips : Penyediaan membawa susu perahan semasa travel - Ceritera Ibu

Tips : Penyediaan membawa susu perahan semasa travel

            Ptg ni nak share citer macamana cara penyediaan nak bawak ebm semasa travel.. dah bape hari aku peram citer ni takut busuk lak.. hihi.. hokey, travel ni x kesah la travel masa gi bercuti ke, nak berpindah umah ke or mcm2 lagi.. mcm aku selama berpantang 2 minggu kat kg, aku berjaya mengumpulkan 105 oz stok ebm.. berjaya aku capai target nak kumpul 100 oz dlm masa 2 minggu tu.. so, dalam quantity stok yg macam tu xboleh la nak guna cooler bag jer kan.. kena la guna kan bekas yg lebih besar seperti polisterin or cooler box yg besar.. kali ni aku guna cooler box sebab mmg aku dah standby awal2 lagi..

            Jom tgk macamana cara nak packing ebm ni..

 Mula2 masukkan ais dlm cooler box.. jangan banyak sgt.. agak2 cukup untuk menutupi bahagian bawah jer..

 Pastu, letakkan botol susu berselang seli dengan ais.. pastikan bahagian tepi dinding cooler box tu ada ais.. then, taburkan sedikit garam.. tujuan letak garam ni adalah untuk melambatkan proses ais tu cair..

 Susun la sampai penuh bekas tu.. tp pastikan bahagian permukaan atas sekali adalah ais..

 Macam yg ni, atas sekali letak ais.. pastikan boleh tutup tau.. 
jangan ada gap langsung bila dah tutup bekas tu.. 
(opss.. sori gambar senget lak..huhu)

 Orang kuat yg tolong sama mem'packing' ebm.. huhu..

 Siap dah.. get ready nak masukkan dalam kereta.. 

 Ni la hasilnye.. selepas hampir 7jam baru sempat nak transfer masuk peti sejuk..
kalau prasan ais tu dah start cair sbb size dia dah kecik sikit.. tp semua ebm still beku lagi..
               Bagi yang menggunakan bekas polisterin, sollatape kan keliling penutup polisterin tu bagi memastikan tiada haba yg keluar.. dulu time aku pindah rumah aku gunakan bekas polisterin tp sebab xde sollatape time tu aku guna getah yg wat ikat bag.. so xdela gap penutup polisterin tu kan.. senang cakap tutup polisterin tu xkan terbang la.. hahaha.. cer tgk gambar kat bawah tu..

 Ni gambar masa aku pindah rumah dulu.. guna bekas polisterin jer.. nampak x getah yg aku wat ikat tu, yg kaler biru tu.. aku lupe nama die ape.. hehehe..

 Kakak diyana bersama susu2nye.. ala2.. tomei nye anak ibu time ni.. mcm ibu die ni jugak... hihihi.. (dua2 tangan tutup muke.. hihi)
Lepas 7 jam bekas polisterin tu dibukak.. semua masih beku lagi, kalau cair pun sikit2 jer.

Okla.. tu jer kot citer pasal cara penyediaan nak bawa ebm travel ni.. len kali apdet lagi..

6 comments:

  1. thank you for the tips..

    memang tak pernah tahu cara nak bawa susu semasa travel. So lepas ni dah boleh cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur wlcm.. tapi kalau nak travel naik flight kena packing betul2 la.. kena seal betul2 bekas tu especially kalau guna bekas polisterin tu..

      Delete
  2. salam puan, bleh sy tau harga cooler box yg warna hijau tu, berapa liter dan apa jenamanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumslm.. cooler box hijau tu saya beli harganya rm39 kalau tak silap.. tu pun sbb pwp beli barangan nutrilite.. kalau tak harga rm200++ kalau tak silap..

      Delete
  3. sis nk tnya lepas sampai tu sis terus masuk ebm dekat tempat beku atau chill atau kena tengok pada ebm dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya x terus simpan sis.. tp bila nak simpan tu mmg kena tgk keadaan ebm tu. kalau dah cair sepenuhnya kena letak kat chiller dan kena guna dlm tempoh 24hrs. kalau ada beku2 lagi boleh simpan kat tmpt beku.

      Delete