Aku nak balik kampung jugak!!!!!!

December 27, 2012

             Hai all.. weken ni aku planning nak balik kampung aku kat melaka.. dah bagitau hubby awal2 lagi.. dia cakap ok jer.. suke betul aku sbb dah lama x balik kg kan.. adala dalam 6 weeks kot.. lama la sgt kan.. hahaha..


Rindu kat semua.. my big family..

           Aku siap dah planning nak wat cheese cake time balik nanti.. adik aku lak dah  request watkan spaghetti cabonara.. so memang dah planning nak main masak2 la nanti.. lagipun semua org dah rindu kat kakak diyana yg tomei tu ngan adik faris yg bambam tu..

Suddenly semalam time tgh keje hubby aku msg aku..

Hubby : Hari sabtu kerja la ibu..
Aku      : La.. nape keje pulak?
Hubby: Ganti da.. Christmas smlm.. (ari selasa lepas la)
Aku     : Mana boleh mcm ni.. nak balik kg jugakkkkk!!!

                Tersentap aku bila baca msg dia.. aku dah plan baik2 skali hubby kena keje lak.. mana boleh mcm ni.. huawawaaaaaaaa.... aku nak balik kg jugakkkkk!!
Lagi wat aku geram nape cuti christmas pun kena ganti jugak?? mana boleh mcm tu kan.. dah bagi cuti, cuti jer la.. nape kena ganti2 pulak.. ni yg wat aku hangin ni.. company hubby aku ni mmg x banyak cuti yg diorg amik.. dah tu kadang2 kalau dpt cuti pun nanti diorg kena ganti lak.. x patut kan.. tapi yg kali ni lagi x patut.. cuti raya tu apsal kena ganti2 bagai??? apa kes macam ni.. ni yg wat aku nak suh laki aku cari keje lain ni.. leceh betul la..

              Malam tadi aku pun discuss ngan hubby.. nak tak nak dia kena cuti jugak.. x kira la cuti ari sabtu tu ke or cuti hari senin.. alang2 baik cuti ari isnin kan sbb ari selasa tu kitorg memang cuti.. so dapat cuti 3 hari kan..best sikit.. sekali pagi tadi time tgh nak bersiap2 gi keje tetiba hubby aku cakap yg ari isnin tu kitorg mesti dah  kena ada kat umah dah sbb pak cik aku nak tumpang stay umah aku.. dia baru dapat keje kat jb ni.. x dapat umah sewa lagi.. so wat sementara waktu ni dia akan stay umah kitorg dalam sebulan kot.. so x boleh la cuti ari senin.. kitorg decided hubby cuti je ari sabtu tu..
              
           Time aku tgh drive nak gi keje pagi ni aku terpikir2 balik.. kalau aku cuti ari sabtu, ari senin aku kena keje.. so nanti kalau pakcik aku datang ari senin tu aku mesti x sempat pape sebab baru balik keje kan.. lagipun hari jumaat tu mesti aku kelam kabut nak kemas2 barang lepas balik keje sbb mlm tu dah nak gerak balik melaka.. mcm kelam kabut pulak.. biasanya paling awal leh gerak kul 9mlm.. kadang2 kul 10mlm baru masuk highway.. biasanya sampai melaka mesti kul 12~1am.. risau lak bawak baby jalan mlm2 ni kan..

           Kalau aku cuti ari senin lak, ari sabtu tu aku still ada masa nak kemas umah dulu, basuh2 baju.. hubby balik keje rehat jap pastu dah boleh gerak balik melaka.. relax sikit kan.. xde la rushing sgt.. so, aku pun bgtau hubby suh cuti ari isnin je dan dia setuju.. huh.. lega aku.. dapat gak wat keputusan yg terbaik..

            Horeyy.. x sabar nak balik kampung.. rindu dah kat ayam itik tu.. (hoho.. tipu jer, kat umah aku x de ayam itik.. cik mon ade la bergayut2 kat sebelah umah.. haha) Rindu kat bunda tokbah dan kg halaman.. ooo.. balik kampung.. oo.. balik kampung.. hati riang...

Nota kakiku : aku tetap x puas hati nape epson kena ganti cuti raya christmas hari tu?? (hentak2 kaki x puas hati.. hehehe)

You Might Also Like

0 komen