Tips : Bercerai susu

January 08, 2013


            Dulu aku penah wat entry pasal aku wat tandem nursing kakak dan baby faris,  boleh rujuk di sini Tandem Nursing. Tapi lately ni aku dah rasa letih sangat sebabnya si kakak ni makin kerap lak dia nak bf.. kadang2 mengalahkan si adik ragamnye bila dia nak bf.. bila dia cakap nak, mesti nak terus dapat..  

Buah hati ku..
   Sekarang ni bila balik keje jer sampai kat umah terus mintak "tek".. kalau dia dah sebut tu terus jer dia nak landing kat badan aku untuk tek.. pantang dia nampak aku duduk jer kat sofa mesti dia mintak bff dia tu.. huhu.. kadang2 kalau tgh main2 pun bila nampak aku baru nak duduk jer terus dia terjah aku.. adoiihaii.. mana aku x geram.. x leh tgk aku nak rehat kejap, asyik terjah jer.. So, skrg ni aku dalam proses nak putuskan susu dengan si kakak ni.. Tapi still x berjaya lagi..

Kaedah A
Kadang2 aku cakap kat dia yg cik B aku sakit.. aku tunjuk la merah2 kat situ.. kadang2 aku sapu lipstik kat area cik B tu.. nanti dia cakap "Tek ibu sakit eh.. cian ibu.." pastu wat muka malu2 & terus tutup baju aku.. lega sikit, trick aku berjaya kejap.. tp kejap jer, sat gi dia tukar posisi sebelah pulak.. dia usha yg sebelah lagi pulak, kalau x sakit ada la chance dia nak bf kan.. haha.. kakak pun dah pandai tau ibu.. huhu.. sabo jer la.. kaedah ni hanya berjaya untuk tempoh sementara aje..

Kaedah B
Kalau dalam kete lain pulak caranya aku menolak permintaan dia.. Aku akan slow talk kat dia.. Bila kakak minta jer aku akan cakap "kakak kalau nak tek kat umah ye.. Kakak dah besar kan, dah x muat nak baring atas pangku ibu dalam kereta ni.." Emm.. kaedah ni boleh dikira berjaya jugak la sebabnya lepas dari tu bila dia minta nak bff dia time dalam kete jer, aku akan remind dia balik pasal apa yg aku cakap.. xyah cakap banyak.. juz cakap mcm ni jer..

Kakak : Ibu, kakak nak tek..
Ibu      : Ibu cakap apa?? kalau nak tek kat mana?
Kakak : tek kat umah jer kan.. (sambil tersengih2..)

Alhamdulillah.. lega aku bila dia dah paham apa yg aku cakap.. Kaedah ni berjaya jika berada dalam kereta aje.. so, kire temporary solution jugak la kan..


Kaedah C
Sebelum tido mesti kakak nak dapat kan bff dia ni dulu.. Tidak boleh tidak mesti nak jugak walau dalam apa cara sekalipun.. Walaupun terpaksa berebut dengan si adik, dia tetap nak jugak.. Kadang2 aku cakap bagi kat adik dulu pastu baru kakak pulak.. kadang2 dia boleh mengalah, tapi lately ni dia macam dah x boleh nak mengalah dah.. dia akan cuba tarik badan aku sikit supaya dia boleh dapatkan cik B ku jugak.. memang sakit la badan aku bila dalam keadaan dihempap dek kakak.. tapi kadang2 aku terpaksa rela kan jugak sebab dah x kuase nak dengor dia melalak2.. bingit telinga aku.. huhu..

Kaedah D
    Aku try asingkan tempat tido kakak dengan biarkan dia tido sorang2  dalam katil baby.. Tapi katil tu aku letak dalam bilik aku jugak, sebelah katil aku jer pun.. Huhu.. As usual kakak mesti  dapatkan bff dia sebelum dia tido.. Bila dia dah tido aku akan angkat dia & letakkan dia dalam katil tu.. tengah malam bila dia bangun nak bff dia, aku akan pujuk dia supaya tunggu esok pagi.. cara ni hanya bertahan dalam seminggu jer kot.. sebabnya aku x sampai hati bila dia merayu2 nak kan bff dia & aku x bagi.. sayu hati aku bila tengok keadaan dia mcm tu.. lama2 dia dah pandai, bila dia terjaga time tengah malam jer dia terus bangun melangkah naik katil aku pulak.. kadang2 aku x prasan bila masa dia pindah, tau2 jer dah ada kat sebelah aku untuk bf..

Lately ni keadaan makin teruk bila dia dah xnak tido kat katil dia langsung.. so terpaksa la kitorg berhimpit2 tido 4 org atas 1 katil tu.. Bila dah mcm ni makin kerap la dia bangun malam untuk bf.. kalah si adik la.. adik cuma sekali or 2 kali jer.. dia kadang2 sampai 3 kali.. malam tadi la paling aku x tahan bila dua beradik ni marathon berdua mcm pass baten pulak.. aku yg letih.. tu yg pagi ni rasa x cukup tido tu.. huawaaaaaa.. ngantokkss nyerrrrrrrrrrr...  


Oleh yang demikian (cehh.. ayat x tahan kan.. huhu) arini pagi2 lagi aku dah menggugel untuk mencari petua2 untuk memutuskan hubungan kakak dengan bff dia.. ada beberapa cara boleh aku try. 1st aku akan try letak kopi kat cik B. Kalau x jalan jugak aku akan letak asam jawa..

Nanti aku akan share kalau aku berjaya wean of dengan kakak.. sedih memang sedih tapi aku kena jugak.. dah x larat la.. rasa letih sgt.. ngan baby faris tu xpe sbb kecik lagi kan.. ragam si kakak ni yg wat aku x larat.. lagipun kakak dah 2thn 2 bulan dah.. memang sedang elok la kalau nak putuskan sekarang kan.. hubby aku dah pesan, dia cakap dia bagi chance kat kakak bf sampai 2thn setengah jer paling lama.. kalau x.... emm.. sambung la sendiri.. hehehe..

Chaiyokk!! chaiyokk!!! Aja.. aja.. fighting!!!

You Might Also Like

4 komen

  1. Kak,bestnya susu akak banyak smpai cukup utk 2 org..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. murah rezeki untuk anak2 kali ni.. time si kakak baby dulu kais pagi makan pagi jugak utk 6bln pertama..

      Delete
  2. mira skrg nak try wean off kan si syahmi sbb dah tak tahan asek luka je kene gigit dgn dia lps menetek...nak marah bukan nyer dia paham...tapi tulaa...sakit luka tu yg pedih..sampai berdarah2...tambahan pula taring dia dah kuar 2 batangg...sengsaraaaa idopppp....asal mak dia dok kat kusi je dia menempel...baru nak ilek ilek...aalahai anakk...

    ReplyDelete
  3. La.. sampai luka2 & berdarah ke? Sakitnye... nasib baik si kakak tu menus xde sampai mcm tu.. Rasanye x penah lg la sampai melecet2 ke berdarah.. tp tu la.. nak marah kan diorg ni bkn nye dia phm kan.. maknye je la kena tahan sakit tu sorg2..

    ReplyDelete