Luahan perasaan

Asyik makan.. makan dan makan..

February 28, 2013 Ibu Dilah 0 Comments


Masa zaman sebelum kawen dulu aku xdela kuat makan.. Cuma skrg ni kerap sgt nak makan.. Kenapa aku asyik nak makan jer ek?? Sebabnya aku kan breastfeed anak aku.. tu yg cepat lapar.. mujur xde teringin nak makan makanan yg berat2.. kalau x, abis la bertambah 'comel' la aku nanti.. hehehe..

Antara stok makanan ku..

 
Time pregnant pun ibu2 mesti selalu lapar dan kerap makan kan.. pas bersalin bf baby lak.. kena makan lagi sbb nak produce susu pulak.. kesudahan nya asyik makan jer la kan.. aku cakap kat akak opis aku, kalau cam ni 10 tahun la asyik nak makan jer.. mana tidaknya,

2010 --> pregnant anak 1st
2011 -->breastfeed anak 1st) 
2012 --> bf anak 1st + pregnant anak 2nd
2013~2014 --> breastfeed anak 2nd
2015 --> pregnant anak 3rd (planning)
2016~2017 --> breastfeed anak 3rd (planning)
2018 --> pregnant anak keempat (planning)
2019~2020 --> breastfeed anak keempat (planning)

Wahh!! planning baik punye ek.. dah plan sampai anak keempat ko.. hahahaha..  Tu yg stok makanan mesti sentiasa ada kat dalam beg aku.. Kat opis aku pun mesti ada gak.. kadang2 ada roti.. biskut2, jajan-jajan.. coklat-coklat.. mesti ada punya.. tp jenisan yg manis2 cam gula-gula tu aku memang x suke.. ala, makanan2 ni pun aku x semestinya makan tp mesti ada standby jer.. so anytime aku rasa lapar dah ada la benda untuk di'ngap' kan.. hahaha..

Breakfast pagi tadi
Biasanya nak gi keje kalau aku x bawak bekal dari rumah, aku akan beli kueh mueh.. yg pasti mesti RM2.. hah.. amik ko.. kuat melantak tul aku kan.. hahaha.. ala.. kadang2 bukan abis pun skali makan.. bila lepas pam yg 1st session tu mesti lapo lagi kan.. so at least ada la benda2 yg aku nak makan..


Makanan standby yg dah lebih seminggu dalam beg.. huhu

Masa nak balik keje pun mesti aku dah start lapo balik.. tu yg standby biskut dalam beg tu.. x pun beli la kopok lekor ke apa.. asalkan ada benda yg boleh di'ngap'.. hahaha.. sambil bawak kete aku makan & pam.. huhu.. 

Tapi yg peliknya time kat umah xdela asyik nak makan jer.. eh.. silap2.. kat umah bukannya aku xnak makan tp sebenarnya lebih kepada x sempat untuk makan.. padahal stok makanan banyak jer.. jangan cakap nak makan la, nak minum air masak pun kurang.. memang aku perhatikan kalau weekend kat umah aku memang kurang minum air.. rasa mcm ada je keje nak wat sampai x sempat2 nak duk makan benda2 yg merapu.. hahaha.. bizi betul ko ye..

Tapi jangan jeles kalau aku cakap ada org puji aku dah kurus.. hahaha.. MIL aku pun cakap jugak time blk kampung last week.. walaupun asyik makan tp still boleh turun berat badan tau.. rahsia aku leh turunkan berat badan adalah dengan menyusukan anak.. tu cara natural nak kurus.. x yah makan pil & ubat2 kurus bagai.. haha..

Okla.. aku nak pi pam lak.. pasni makan lagik ek.. hahaha
tata..

0 comments:

Faris Zakwan,

WW09 # Adik faris main sembur-sembur air liur

February 27, 2013 Ibu Dilah 0 Comments



Syok yer dik msin sembur2 air liur.. main belon2..

0 comments:

Aktiviti bersama family,

Bila anak ngences, rambut ibu gugur..

February 25, 2013 Ibu Dilah 2 Comments


Hai.. selamat pagi semua.. kejap je dah ari isnin balik kan.. korang monday blues ke? aku x dan nak ber'monday blues sbb byk nau keje nak buat.. hehe.. dan dalam masa lebih kurang 2 minggu ni opis aku akan berpindah ke kulai pulak.. tu yg bizi nak mempacking barang dan nak settle kan project yg sedia ada..

Kakak yg tengah kemaruk nak pangku adik..
Skrg ni adik faris dah makin kerap ngences.. habis basah baju dia.. kadang2 kena tukar sampai 2,3 kali.. nak kurang kan salin baju kadang2 aku pakaikan adik faris bip.. jenuh ler aku selongkar almari nak cari bip kakak diyana dulu tp yg jumpa sikit jer.. nampaknya kena la beli bip baru.. *ada alasan ibu nak shopping* hehe..

Tengok tu.. ngences x abes2 adik ni tau..

Bila anak dah start ngences, ibu pun mula la risau.. risau sbb ape?? sebab rambut ibu mesti gugur..  mula2 aku x ingat pasal benda ni.. aku cuma prasan rambut aku asyik gugur jer.. apsal la kan.. sana sini bersepah2 rambut aku.. rimas tul.. skali mak aku tegur, dia cakap sbb adik faris dah ngences tu yg rambut aku gugur.. pastu baru la aku teringat time kakak dulu pun mcm tu jugak..

Disebabkan x tahan dgn rambut yg asyik gugur.. maka nya wekend lepas time balik umah MIL kat sedenak  aku pun g la gunting rambut.. pendek terus.. fuhh.. lega beb.. walaupun still ada gugur lagi, tp kira ok la dari aku berambut panjang dulu.. kepala pun rasa ringan jer..

Jarang tengok mata adik bulat camni kan..


Harap2 cepat la adik benti ngences ni.. anak sedara aku kat kampung tu sampai dah dekat setahun setengah ni still ngences lagi tau.. rimas dan kesian aku tengok bila budak2 kecik ni ngences x abes2.. baju pun nanti banyak yg bertahi lalat kan..


Ada hati nak pangku adik.. adik pun dah sama besau ngan kakak.. hahaha..


Bulan Mac ni ada baby expo kat JB kan.. agak2 ada tak jual bip murah2 ek?? boleh beli banyak2.. **opsss.. ibu dah pikir nak sopping lagi pulak** huhu.. bulan ni kena stanby duit lebih sikit kalau nak bersopping kat expo tu.. hahaha..

Anak korang camne?? ada yg ngences gak tak??
okla.. nak sambung wat kije balik..
tata.. titi.. tutu..

Notakakiku : aku x tau apsal tulisan ni semua x teratur.. puas dok setting n adjust2 tp still x sama gak.. lantak la.. janji korang paham kan bila baca..

2 comments:

Kakak Diyana

Kakak yg sangat petah bercakap

February 21, 2013 Ibu Dilah 0 Comments


Dulu aku sgt kagum bila anak buah aku yg pompuan baru masuk 2thn begitu petah bila bercakap.. aku pikir mungkin sbb dia ada abg yg tua setahun dari dia.. so diorg ni slalu la berkomunikasi antara 1 sama lain, tu yg wat si adik ni cepat bercakap.. 

Kakak try baju yg diberi oleh auntie masa gi vietnam..

Perkara yg sama berlaku pada anak aku si kakak skrg ni.. bezanya dia xde abg kandung tp babysitter yg menjaga dia semuanya ada anak lelaki yg usianya tua setahun dua dari dia.. so, si abg2 ni memang la dah pandai cakap.. so, kakak ni banyak berinteraksi dgn org yg lebih besar dari dia.. tu yg membuatkan di cepat cakap dan yg penting lancar dah x pelat.. cakap pun dah mcm org besar..

Kalau x silap aku, sebelum kakak masuk umur dua tahun lagi dia dah pandai cakap banyak.. pot pet pot pet jer mulut dia.. haha.. time aku berpantang selama 2 minggu kat melaka pun dia dah stat banyak cakap.. dan kakak sgt cepat belajar.. baru masik 2 thn dia dah boleh buat ayat dengan baik..

Sekarang ni lagi la.. cakap dah mcm org besar.. kadang2 apa yg dia cakap mcm x padan ngan umur dia.. tak tercapai dek akalku yg dia boleh cakap mcm tu.. dia banyak belajar melalui pemerhatian.. apa yg kita buat dan apa yg kita ckp cepat jer dia boleh ikut..


Antara ayat faberet kakak sekarang ni;

"Ibu, boleh kakak tengok?"
"Ibu, boleh kakak ikut ayah?"
"Ibu, kakak nak tengok adik yak boleh?"
"Ibu, kakak nak tengok ni boleh?"

Sopan jer.. lembut je ibu dengar.. kalau x asyik menjerit2 je si kakak tu tau.. huhu..Pagi tadi masa dia bangun tdo nak minta aku watkan susu (dutchlady coklat) dia..

"Ibu, buat miyo kan untuk kakak boleh?"

hahaha.. lawak betul.. tgh terpisat2 pun dia boleh cakap dgn tersusun.. cuma dia salah guna 'kan'..penat aku ngajo kat mana nak guna 'kan' tu tp dia still x leh nak ikut..

"Ibu, toyong pakai baju kan kakak.."
"Ibu, toyong amik sudu kan kakak boleh?"
"Ibu, toyong letak botol kan kakak dekat meja boleh?"

Tula antara ayat2 yg selalu keluar dari mulut kakak.. sebut 'tolong' masih pelat jadi 'toyong'.. Time CNY aritu family aku datang jb.. syok la kakak ada bunda, cikshu, auntie ngan tokbah.. semua melayan je dia cakap.. tergelak2 diorg dibuatnya bila dengar kakak cakap.. bila kita tanya ada jer jawapan dia.. pandai je dia nak jawab..
tapi bila dia x tau nak jawab apa, dia mesti cakap cam ni;

"Kakak nak ibu je la.."
or
"Kakak nak ibu ngan ayah jer.."

Hahaha.. jawapan yg xde kena mengena langsung ngan soklan.. mmg tu je la jawapan dia bila x tau nak jawab apa.. agaknya dia pk at least ada bg jawapan kan.. hahaha.. macam2 la kakak ni.. tapi memang seronok sgt bila dengar anak2 yg tengah belajar cakap ni..

Tak sabar nak balik dengar kakak membebel lagi.. rindu lak kat cik kak kecik yg mentel ni.. hihi.. bye2 auntie semua..

0 comments:

Luahan perasaan

Gaji dan elaun kakitangan awam naik lagi??

February 20, 2013 Ibu Dilah 4 Comments


Perghhhh.. berasap telinga pekerja swasta dengo berita ni kan.. sapa lagi kalau bukan aku.. hahaha.. kalau laki aku dengor lagi la berapi dia.. geram n bengang betul dia kalau dengor berita2 mcm ni.. Balik2 gaji kakitangan awam naik.. balik2 kakitangan awam dapat bonus.. kejap2 elaun itu ini dinaikkan..

Pekerja swasta dapat apa?? Bak kata laki aku, kita pun bayar income tax jugak.. sume kite bayar.. tapi bila nak wat loan org keje kerajaan senang2 je leh wat loan.. nak beli rumah, nak beli kete.. semua senang kalau keje ngan kerajaan.. pastu gaji asyik naik, elaun naik.. nak raya dapat bonus, hujung tahun dapat bonus.. pekerja swasta dapat apa??? habuk pun tada..

Orang cakap, "Ala, pekerja swasta tu lagi dapat banyak dapat bonus.. 10 bulan gaji pun ada.." Hat ni betui2 wat ati aku panas.. ko hingat semua pekerja swasta dapat bonus 10bln gaji ke?? yg dapat bebulan2 gaji tu keje kat mana?? Kalau keje kat company oil & gas ke aerospace ke boleh ler dapat dapat bonus gitu.. x semua company swasta boleh bagi bonus cam tu tau.. kalau dah keje kat kilang kecik ko hingat boleh ke dapat bonus sampai camtu.. silap2 sebulan gaji pun x dapat tau..

Ni experience aku sendiri.. kat company lama aku.. aku keje kat situ bertahan 2 thn jer.. tp dari apa yg member aku cakap hampir 5thn x dapat bonus tau.. pastu gaji kitorg siap kena potong lagi ada la.. ko bayangkan la apa yg kitorg rasa bila dengor balik2 kakitangan awam dpt bonus?? apa yg ko rasa kalau korg ditempat kitorang ni?? ko pikir la sendirik..

Dah tau tu mintak ler keje gov.. emm.. ko ingat senang ke nak dpt keje gov.. dah banyak kali aku apply.. tapi xde rezeki lagi.. hubby aku ckp kalau boleh biarlah aku keje gov, nanti nak apa2 senang sikit, banyak keistimewaannya kan.. tp dah x dapat nak wat cam ner kan..

Emo pulak aku arini kan.. hahaha.. mau nye x emo bila dengor berita2 cam ni.. lagi2 dekat2 PRU-13 ni kan.. agak2 ar kalau nak bagi itu ini.. jangan disebabkan nak menang macam2 ditaburkan.. berjuta2 duit kerajaan habis sebab nak mengaburi hati rakyat.. time ni la macam2 elaun diberikan kan.. kebanyakkannya untuk golongan belia.. nampak sangat la taktik tu..  jangan sebab nak menang nanti kerajaan terpaksa hutang berbilion2 sebab nak bagi elaun itu ini..

Kadang2 elaun yg diberikan tu cam x masuk akal betul.. syarat2nya pun x ketat.. mudah sgt nak dpt.. org kaya pun bole apply camtu.. kalau nak bantu pun bantu la golongan yg betul2 memerlukan.. dulu aku pk nape diberi elaun untuk smartphone?? syaratnya pulak tu belia di bawah 30thn.. sebab apa?? sebab nak menangi hati belia la.. kan golongan pengundi paling banyak dari umur ni..

Honestly aku cakap aku x berpihak kat mana2 parti.. aku pun x tau nak undi parti mana nanti.. tp aku x suke cara cam ni.. berat sebelah.. media massa & media elektronik semua dicontol oleh kerajaan.. makanya banyak la kebaikan dari pihak 'kerajaan' yg ditonjolkan.. kadang2 boring lak aku tengok.. cam malas dah nak tengok tv.. balik2 citer tu.. uhhhh..

Berbalik kepada kakitangan awam.. tahniah untuk korang semua sbb dapat naik gaji, dapat naik elaun.. rezeki korang.. jeles pun x guna.. pejam mata jer la aku.. tapi kalau kerajaan ada bagi pape kat pekerja swasta lagi la bagus.. jangan la abaikan nasib pekerja2 swasta ni.. kalau xde kami2 yg bekerja di sektor swasta ni, malaysia pun x membangun tau.. pihak kami jugak yg banyak menjana ekonomi negara tau..

Fuuhhhh.. panjang betul aku membebel kali ni.. emo betul kan.. hahaha..ni cuma luahan perasaan.. bela la nasib kami yg bekerja swasta ni..

---------------------------------------------------------------------------

BREAKING NEWS : Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 (RM400) 1.4 Juta Penjawat + Elaun Perumahan Naik

Kenaikan gaji kakitangan awam 2013 + elaun : Berdasarkan sumber dalaman yang kami baru terima sebentar tadi dari Putrajaya di mana bahang Pilihanraya Umum ke 13 di sana semakin terasa. Bilik-bilik gerakan yang bertempat di Jabatan Pendaftaran Negara contohnya dikatakan telah bersedia. Dalam pada masa yang sama….

Gaji Kakitangan Awam + Elaun Perumahan Naik?

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji akkitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.

P/S : Nantikan kemaksini berita seterusnya daripada Berita Semasa selepas ini….
PP/S : Dalam pada masa yang sama, (CUEPACS) dilihat akan terus menekan supaya kerajaan mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 4 peratus dengan menurunkan ia kepada satu peratus.

4 comments:

Kakak Diyana,

WW 08 # Kakak dan asam pedas

February 20, 2013 Ibu Dilah 0 Comments


Baru ku perasan yg kakak suka makan asam pedas.. Ayah cakap bila ibu masak asam pedas, kakak makan bertambah.. kakak pandai makan pedhas..

Terharu bila anak pandai amik hati ibu. 
"ibu masak besh la.."

0 comments:

Babysitter,

Bila anak kurang minum susu botol

February 19, 2013 Ibu Dilah 3 Comments


Nak citer sikit pasal si adik faris arini.. Sebelum ni aku ada share pasal susu aku untuk anak 2nd ni meriah kan.. tapi dalam meriah2 pun ada sesuatu yg merisaukan aku.. adik faris ni kurang minum susu time kat umah baby sitter..


Setiap hari aku bekalkan EBM 3.5oz x 4botol ke rumah babysitter.. tapi yg adik faris minum hanya 2 botol or 3 botol jer.. biasanya 3 botol.. penah sekali dua jer abis 4 botol kalau x silap aku.. tp start dari minggu lepas dia cuma minum 2 botol jer.. tu pun kadang2 botol yg ke 2 tu x abis lagi..
kalau dah minum 2 botol jer, kenyang ke adik faris tu? biasanya hubby hantar kul 7.15pg sampai 7.15 ptg.. ptg aku yg ambil.. dalam 12jam jugak kan.. tak lapo ke adik faris tu kalau minum sikit jer?? tu la yg merisaukan aku skrg ni..

Mungkin lepas raya cina ritu adik xnak minum sgt sbb dia dah biasa bf ngan aku time cuti 4 hari tu.. so weekend aritu pun aku try la bg dia minum susu guna botol.. tp dia minum dlm 1 oz jer.. camne tu?? tp feedback dari BS walaupun adik minum sikit tapi dia xdela menanges2 cam kelaparan gitu.. mungkin sebab adik banyak tido kot.. tu yg dia kurang minum susu.. tp aku tetap risau jugak..

Bayangkan la kalau adik faris tolak terus minum ebm, apa aku nak wat ngan stok ebm aku yg banyak2 tu? lagi2 sejak  kakak diyana stop bf, pagi2 sebelum pegi keje aku terpaksa pam jugak.. kalau x mau meletup cik B aku.. huhu.. pagi2 mesti lecun dan keras cam batu.. sbb dah terbiasa bg adik faris bf sebelah dan kakak sebelah kan.. so bila kakak dah stop bf tu la jadik nye.. terpaksa tuka rutin pg2 kena pam jugak.. tp dah 2 ari ni bila tido malam adik nak bf aku try adjust2 bagi dua2 belah.. dpt la kurangkan sikit kebatuan cik b ku tu.. hihihi..


Semalam aku x pam time pagi sebelum gi keje.. x sempat.. dah kelam kabut sebab terlambat bangun.. huhu.. tp nasib baik dlm kul 4 pagi tu aku dah menyusukan adik faris.. kalau tak mau meraung kesakitan aku pagi tu.. huhu.. disebabkan tu jugak pagi tu time aku pam kat opis aku dapat pam 9oz.. tapi kalau susu banyak tp anak x nak minum pun x guna jugak kan..

Sekarang ni tiap2 hari sebelum hubby nak anta anak2 ke umah BS, aku pesan kat adik faris.. aku cakap2 kat dia.. 

pesanan aku untuk adik faris
 "adik faris time kat umah mama adik minum susu ye.. adik mesti tido.. jangan nakal2.. kesian mama nanti.."

untuk kakak pulak,
"Kakak, kat umah mama kakak jgn nakal2 tau.. dengar cakap mama.. jangan gaduh ngan abg.. main ngan abg baik2.. kakak tolong mama jaga adik faris tau.."

Penah dengar tak org cakap ada baby dia dah puas minum susu kat umah, jadi bila kat umah pengasuh dia minum sikit jer la..  penah dengar x? aku cuba sedapkan hati aku dengan kata2 tu.. sbb faris kat umah bs dia mmg x meragam pun.. baik je cuma kurang minum susu.. Semoga lepas ni adik faris minum susu lebih byk lagi ye..

3 comments:

My Biz

Little BamBam

February 15, 2013 Ibu Dilah 0 Comments


As salam readers.. Seperti yg telah dijanjikan sebelum ni, aku nak share pasal bisnes kecil-kecilan ku.. Kan aku cakap nak bukak satu account FB baru special untuk wat bisnes ni kan.. So, ni la nama page nya.. Little BamBam.. Jom like2 page ni..


Sempena page baru ni, nak wat promosi la sikit. Special untuk ibu2 yg menyusukan anak, ada special offer untuk korang..


Promosi 1


3 boxes only RM100 and free postage to WM and add RM3 for EM..

Ada 3 set bottle storage ;

1) Autumnz - B/milk Storage Bottles (10 btls) - Lilac Sweeties - 10 boxes
*FREE GIFTS*- Buy 8 bottles get 2 bottles & 5 pcs of
Autumnz Double Ziplock Breastmilk Storage Bags FREE
Normal Price : RM39.90/box

2) Autumnz - B/milk Storage Bottles (10 btls) -Blue Ellie - 10 boxes
*FREE GIFTS*- Buy 8 bottles get 2 bottles & 5 pcs of
Autumnz Double Ziplock Breastmilk Storage Bags FREE

Normal Price : RM39.90/box


3) Bumble Bee Breastmilk Storage Bottles ( BPA Free ) - 8pcs + Free 2pcs
Normal Price : RM38.90/box

Boleh pilih nak set yg mana satu.. nak campur setiap jenis 1 set pun boleh.. nak amik semua 3 set untuk 1 jenis pun boleh.. ikut sukahati korang nak pilih yg mana..


Promosi 2


Only RM50 for 5 boxes
Normal price : RM12.90/box
(save RM14.50)

Boleh pilih nak storage untuk 7oz semua or 12oz semua or campur2..

Autumnz - Double ZipLock Breastmilk Storage Bag (25 bags) *7oz*
Autumnz - Double ZipLock Breastmilk Storage Bag (25 bags) *12oz* 

Siapa2 yg berminat boleh call/sms/whatsapp  Dilah : 012-7275531

Selain dari produk penyusuan, ada juga jual barangan baby yg lain seperti baju, jumper, romper dsb.. tp banyak lagi yg x sempat nak upload..

Jemput2 la ke Little Bambam ya..
Happy shopping!!

0 comments:

Breastfeeding,

TIPS : Bercerai susu part II

February 15, 2013 Ibu Dilah 14 Comments


Salam jumaat semua..

adoihaii.. bulan ni slow betul mengapdet belog ni.. bz la sikit kan.. lagi2 bila ada cuti lama sikit kompem la xde masa nak apdet belog.. banyak bahan nak share tp masa je yg xde nak tulis belog..

Okla, x mau bebel banyak2.. arini aku nak share pasal misi aku untuk cerai susu ngan kakak diyana.. sebelum ni aku penah share sikit kat sini Tips : Bercerai susu. setelah mencuba pelbagai cara seperti yg dinyatakan dalam entri yg lepas, aku still x berjaya jugak.. Time tu aku hanya boleh mengelak untuk bf untuk sementara waktu je.. 

Alhamdulillah, hari ni genap seminggu aku berjaya stop BF kakak diyana..
So kali entry ni adalah kesinambungan dari entry yg lepas..

Kakak dah besar dah..

Kaedah E
Letak kopi pulak.. bila balik dari keje aku terus letak sikit kopi kat cik N.. tp sebelah je la.. sbb biasanya balik dari keje, aku akan bf kedua2nya skali.. so sebelah yg ada kopi tu aku standby untuk si kakak.. bila kakak isap je, muka dia bertukar jadi kelat2 gitu.. haha.. aku wat2 la tanye kakak kenapa muka dia mcm tu.. dia jawab " masham la ibu" hahaha.. dia nak cakap susu tu pahit tp dia sebut masam sbb dia x tau nak sebut apa.. tp kejap je la, bila abis yg 'masham' tu dia isap lagi.. so kira kekdah ni x berjaya jugak..

Dah pandai bergaya dah anak ibu ni..

Kaedah F
Hari yg berikutnya aku letak nescafe pulak.. sama mcm dia rasa kopi dia ckp susu aku 'masham'.. tp kali ni dia terus xnak isap lagi.. setiap kali nak tek dia akan tengok ada x masham2 tu lagi.. aku memang x dan la setiap kali dia nak bf aku kena letak nescafe.. xdan nak berlari2 ke dapur pi letak.. kalau nak sentiasa letak je pun x boleh sbb si adik pun kan bf jugak.. tu yg payah tu.. so kekdah ni pun bersifat sementara..


Kaedah G
Yang ni aku stat last week ari khamis kalau x silap.. balik keje aku terus je letak asam  jawa kat cik N yg sebelah.. pastu as usual, aku duduk je kat sofa si kakak terus terkam aku ckp nak tek.. aku pun pangku adik skali dan kakak pun terus selak dan isap.. baru je isap dia terus angkat kepala.. dengan muka yg berkerut2 dia ckp "pedhas la ibu.. pedhas.." hahaha.. ada susu pedas pulak skrg ni.. masam dah jadi pedas pulak.. mcm2 la kakak ni.. pastu dia tgk kat cik N ada baki asam jawa tu lagi.. dia tunjuk2 sambil cakap ada pedas.. hahaha.. pastu dia terus x jadi nak isap lagi..

Kali ni aku tekad untuk lebih kerap letak asam jawa.. tiap kali kakak nak bf aku pun bg la alasan nak cuci tangan ke apa kejap.. pastu aku cepat2 gi dapur dan letak asam jawa.. pastu aku pun dengan rela hati bagi kakak menyusu.. dan untuk sekian kalinya dia akan ckp susu aku pedas.. aku rasa ada la dalam 6,7 kali kot aku wat cam tu.. akhirnya kakak x nak isap lagi..

Kadang2 dia usha2 jugak kat cik B aku.. nak le teww.. hihihi.. bila adik dapat tek dia usha2 lagi.. dia pelik kenapa adik tek ok jer.. nape dia rasa lain.. last2 dia tanye aku..
Kakak : Adik tek pedhas ke ibu?
Ibu : Adik tahan pedas.. kakak x tahan pedas kan.. tu sebab adik boleh tek ibu..
(Cian kakak kena kelentong ngan ibu dia ni..)

Kesian anak ibu.. Dalam hati aku memang sedih sebab terpaksa tipu anak aku sendiri.. maafkan ibu kakak.. ibu terpaksa wat mcm ni supaya kat kak boleh benti menyusu ngan ibu..

Bila nak tido malam pun mcm tu jugak.. kakak mesti nak tdo ngan ibu.. dia pegang2 cik B aku.. mesti dia nak tek kan tapi dia x cakap..  dia cuma tengok aku je.. aku wat2 x tahu.. tp dalam hati Tuhan je yg tahu sbb aku terpaksa menolak permintaan anak aku.. maafkan ibu sayang...


Bila terjaga tengah malam, dia pegang lagi.. kadang2 dia cium2 cik B aku.. tangan merayap jer.. kadang2 dia nak selak baju aku.. seperti biasa aku cuba mengelak.. untuk tenangkan hati kakak dan hati aku jugak, aku peluk kakak erat2.. usap2 dia.. aku cakap aku sayangkan dia.. aku nak kakak tahu walaupun aku x bagi dia tek lagi bukan bermakna aku tak sayangkan dia..

Allah jer yg tahu macamana perasaan aku menghadapi saat2 mcm ni.. walaupun luaran aku nampak ok tapi sebenarnya hati aku rasa terseksa, sayu dan macam2 lagi.. bayangkan la hampir 2thn 3bln aku bf kan kakak.. rasa dekat sgt bila dpt bf kan anak.. sentuhan disaat menyusukan anak ni sgt istimewa.. x terluah dengan perkataan..

Mujur lah skrg ada adik faris yg masih bf lagi.. kalau x mesti aku rasa something missing kan.. tapi mcmana pulak ngan kakak?? kalau aku sebagai ibu ni pun dah rasa terseksa, mesti kakak lebih2 lagi.. tambahan pulak bila tengok adik bf.. mesti dia jeles kan.. mesti sayu hati dia kan...

Maafkan ibu kakak.. ibu tetap sayangkan kakak sgt2...


Okla.. aku dah x mampu nak tulis lagi.. dah sebak dah ni.. ada yg tumpah pulak air mata aku ni nanti.. better aku stop dulu.. pada ibu2 kat luar sana yg dalam usaha nak cerai susu ngan anak boleh la try cara ni.. yg penting korang mesti betul2 dah bersedia untuk dari segi fizikal dan mental..  jiwa mesti kental, hati kena tabah..  Dalam masa yg sama kena keraskan hati jugak.. kalau x confirm tak jadi punya bila anak dah merayu2 mesti hati ibu cair jugak nanti..

Selamat mencuba dan semoga berjaya mommies!!!

Nota kakiku : tabah la wahai hati.. ibu dah halalkan semua susu yg ibu berikan untuk kakak.. semoga kakak menjadi anak yg solehah.. berjaya dunia dan akhirat..

14 comments:

Faris Zakwan,

WW07 # Aku rindu, sayang kamu..

February 13, 2013 Ibu Dilah 0 Comments


 Rindu sama budak yg makin bijak ni.. aksi2 yg wat org geram bila tgk dia.. ada jer akal dia.. bak kata ayah dia "kakak ni bukan lagi bijak tapi bijaksana.." hahahaha..

 Budak kecik yg menghiburkan hati semua org dengan kepetahan dia berkata2.. x padan dengan umur yg baru 2thn 3bln, tp cakap dah mcm org besar.. kadang2 tak tercapai akal ku budak seusia ni boleh cakap mcm tu sekali..

Kakak main lego.. pastu sibuk suh ibu amik gambau lego dia.. pastu suh amik gambau adik ngan lego pulak..


Rindu sama si kecil bambam ni jugak.. dia pun makin bijak.. asyik nak senyum ketawa jer.. mulut bunyi x berenti.. hehehe

0 comments:

Faris Zakwan

Faris dan ruam susu

February 08, 2013 Ibu Dilah 5 Comments


Salam jumaat semua.. semalam usia adik faris genap 4 bulan.. alhamdulillah, berkat fully breastfeed adik faris, sepanjang 4 bulan  ni adik faris sihat2 jer.. belum penah kena demam lagi dan cuma sekali jer dia selsema, tu pun x teruk sgt.. xdela sampai meleleh byk2.. hihi.. time tu memang 1 family kena selsema.. tu yg berjangkit kat adik faris jugak..

Tengok tu.. teruk sgt kan pipi faris.. merah2.. mcm pakai blusher pulaks.. hihi

Cuma 1 jer yg aku perasan, kulit adik faris ni agak sensitif sikit.. hubby ckp sama "cam ibu dia ni.." then aku jawab, "anak ibu kan.. hihi.." Kalau setakat ruam susu tu biasa la kan.. kebanyakan baby biasa kena ruam susu.. bezanya cuma teruk ke x ruam tu.. kakak diyana time kecik2 dulu pun kena gak.. tp x lama, kalau x silap bila aku dah start keje kakak dah x kena ruam susu lagi..

Berbeza ngan adik faris, sampai skrg dia masih kena ruam susu.. cuma minggu ni je yg dah baik sepenuhnya.. semuanya disebabkan 'krim pink' yg diberikan oleh babysitter kakak diyana yg dulu..


Nak dijadikan citer, ari ahad lepas kitorg pegi melawat atok aku kat felda.. balik dari melawat tu singgah la kejap kat umah BS kakak kat kempas.. bukan main seronok lagi diorg bila imani (nama panggilan kakak semasa diorg jaga) datang. tokmak lagi la suka.. semua org rindu kat kakak.. kakak pun sama.. aku pun dah anggap diorg ni cam family sendiri.. rasa dekat je ngan diorg.. aku penah buat entri pasal bs ni last year.. boleh rujuk kat cni.. BS yg baik hati..

So time kitorg gi umah dia aritu, pipi adik memang tgh merah2 ruam gitu.. kat lengan & peha adik pun sama.. merah2 dan kasar.. yg kat lengan ngan tangan ni aku x sure sbb apa.. so bila diorg nampak merah2 gitu, diorg pun cadangkan guna krim pink.. ibu thirah (anak tokmak) cakap yg diorg dah lama guna krim tu sejak anak dia kecik lagi.. skrg anak dia dah 13thn.. dia bgtau la tempa dia beli krim tu.. tp tgh kitorg borak2 & layan kakak main2 ngan diorg, rupa2nya dlm senyap2 ibu thirah keluar pegi beli krim ni.. baiknya hati diorg ni.. aku nak bayar pun dia x nak.. diorg ni jenis caring sgt.. walaupun x penah jaga adik faris tp diorg x berkira pun.. terima kasih kak..

Atas : gambar sebelum sapu krim pink..
Bawah : gambar masa gi klinik ari rabu lepas.. dah licin kan.. dah hencem & macho dah adik faris.. hehehe..

Alhamdulillah, baru sekali je aku sapukan krim tu kat pipi adik, ruam tu terus hilang.. sampai arini dah xde naik ruam tu lagi.. dah licin dah.. yg kat tgn dan kaki pun dah berkurang.. 1st pakai merah2 tu terus hilang.. pastu tiap2 hari sapu lagi.. malam tadi aku tgk yg kasar2 tu pun dah hilang dah.. cuma tinggal bekas jer.. memang mujarab betul krim ni..


Hari rabu aritu faris check up 4 bulan.. check up kali ni x kena enjet.. just timbang berat jer.. berat faris skrg dah 6.3kg.. ok la tu.. x naik banyak pun.. naik jer.. tp aku x kesah.. janji faris sihat..

Setakat hari ni faris belum pandai meniarap lagi.. tapi aku penah nampak sekali jer meniarap sendiri.. tu pun rasanya secara x sengaja dia boleh termeniarap.. huhu.. tapi BS faris ckp yg faris ada gak meniarap time ka umah bs.. time kakak diyana dulu cepat dia pandai meniarap.. xpela, aku x kesah.. lain anak lain perkembangan dan kemampuannya kan..

okla..tu je apdet pasal anak bujang aku yg sorg tu.. nanti aku apdet lagi kalau dia dah pandai meniarap ye.. da.. bye..

Nota kakiku : this week entri byk citer pasal adik faris jer kan..

5 comments:

Faris Zakwan,

WW06 # Jom gi klinik

February 06, 2013 Ibu Dilah 0 Comments




0 comments:

Faris Zakwan

Perkembangan adik faris menjelang usia 4 bulan

February 05, 2013 Ibu Dilah 0 Comments


Hai.. time mengepam tadi duk belek2 la gambar dalam hp.. gambar2 ni semua diambil hari ahad lepas kalau x silap aku.. ni la progress terkini adik faris.. sejak faris masuk 3 bulan aritu dia memang suke isap jari dia.. lately ni lagi kronik.. habis basah2 baju dibuatnya.. sampai terpaksa salin baju 2, 3 kali.. yg paling x tahan siap bunyi2 tu.. kalau aku or hubby yg tgh pangku dia, mesti tangan or jari kitorg lak jadi mangsa.. habis dihisapnye.. cam manis sgt jer kan jari ibu ni.. hihi.. 

 

Selain dari tu, faris dah pandai bergerak pusing2.. kalau baringkan dia guna bantal dia, sekejap jer mesti dia dah turun dari bantal tu.. dia tolak2 dan gerak2 sampai terturun dari bantal.. Penah sekali tu dia bergerak2 sampai termeniarap.. hihi.. aku rasa dia memang 'ter'meniarap.. bukan betul2 meniarap tau.. hehe.. kaki dia  tertolak kat badan aku kot tu yg dia teranjak sikit sampai termeniarap.. eh.. korang paham x apa aku cakap ni?? hihi.. kalau x paham wat2 paham je la ye.. hihi

r

Since 2 minggu lepas, adik dah pandai mengangkat kepala.. dah x mau baring dah.. kalau baringkan dia kat bantal yg tinggi sikit cam dalam gambar bawah ni, lagi la syok dia nak bangun.. sampai kena tahan ngan tangan kalau x sure dah tergolek dah.. huhu.. so memang kena sentiasa perhatikan dia.. x boleh tinggalkan dia sorg2.. Tengok tu.. bersungguh2 betul adik berusaha untuk bangun.. macam dah nak blaja duduk jer gayanya.. tapi awal sgt kot kalau dia dah nak duduk.. hihi..


Selain dari tu, adik faris pun dah boleh diajak berborak..  riuh dan kasau suara dia.. ala2 macho la konon.. hehehe.. pantang diagah oleh kakak or ayah or aku sendiri, terus jer adik tersenyum dan kadang2 tergelak besar.. manis jer senyuman dia.. geram aku tau.. grrr...

Ni jer la progress terkini adik faris zakwan menjelang usia dia 4 bulan lagi 2 hari.. esok adik ada check up 4 bulan kat klinik.. kena enjet lagi ke ibu??? hmm....
adik jangan takut yer.. ibu sentiasa ada dgn adik..

Nota kakiku : tak sabar nak tunggu adik pandai meniarap...

0 comments:

Breastfeeding

Breastfeeding : Rutin harian mengepam susu

February 04, 2013 Ibu Dilah 2 Comments

Hai.. kali ni nak share citer pasal rutin harian ku mengepam untuk si kecil Faris Zakwan.. Untuk 2nd baby ni aku hanya mengepam 3x jer sehari.. sikit??? hmm.. memang sikit.. dulu time kakak diyana sehari sampai 5 0r 6 kali sehari aku pam..

Adakah aku yg malas kali ni?? Mentang2 la susu ko banyak kali ni ko malas ey nak pam.. huhu.. bukan mcm tu.. aku x nafikan rezeki anak2 aku kali ni sgt murah.. meriah susu walaupun xde la semeriah mommies out there yg sekali pam dpt 10~15 oz for 1 session.. tapi aku tetap bersyukur sgt yg kali ni aku x perlu menghadapi detik2 sukar semasa menyusukan kakak diyana dulu..

Aku pernah kais pagi makan pagi dulu.. pam arini untuk bekalan esok hari.. kalau x cukup aku bangun malam2 untuk cukupkan bekalan ebm tu.. ada masa dah bangun malam pun still x cukup.. sampai aku terpaksa berkejar balik ke rumah babysitter untuk menyusukan kakak diyana.. mujur la rumah BS tu x jauh sgt dari opis, kalau x... bayangkan la sendiri.. huhu..

Aktiviti kais pagi makan pagi tu berlarutan sehingga kakak diyana 6 bulan.. lepas tu baru aku mampu wat stok sedikit demi sedikit.. bukan sebab time tu kakak diyana dah start makan solid food baru aku leh wat stock, tapi sebab usaha aku.. akhirnya aku berjaya jugak membuat stok hampir penuh 1 freezer atas tu..

Tu cerita hampir dua tahun lepas.. citer sekarang lain pulak.. Susu aku meriah mungkin disebabkan aku menyusukan 2org anak sekaligus.. tandem nursing kakak ngan adik.. tu salah satu sebab mcmana susu boleh banyak selain dari memang Allah dah tentukan rezeki aku kali ni..

Rutin harian aku bermula bila setiap pagi anak2 akan bangun untuk bf. x kira adik atau kakak, dua2 bergilir2 bangun menyusu.. kadang2 tengah adik menyusu kakak dah bangun nak bf jugak.. kalau x kena gayanya, boleh mengamuk dia kalau x dapat nak bf gak.. tapi dah tentu aku dulu kan si adik kan.. kakak?? kena la pandai2 pujuk dia.. kadang2 kesian tengok dia menunggu untuk bf sampai tertido2..

Biasanya sebelum pergi keje aku akan bf faris dulu dalam kul 6.30 - 7 pagi gitu.. tu adalah last session sebelum aku pam di opis pulak..

Sepanjang waktu bekerja, aku akan pam 3x sahaja.. 1st session around 10.30 - 11 am.. 2nd session pukul 2.30 - 3pm dan las session kul 6pm.. kalau 2nd session dapat wat awal, yg 3rd session pun akan awal sikit..

Tapi bagi menjimatkan masa, biasanya yg 3rd session tu aku wat masa dalam perjalanan balik rumah.. tempoh masa yg hampir 40minit ke 1 jam tu memang cukup sangat untuk aku mengepam susu.. dah macam wat power pumping ler jugak kan.. dan yg paling penting aku pam sambil driving ok.. sape kate x boleh?? sape kate susah?? nak seribu daya, x nak seribu dalih kan... hihi..


Alah bisa tenggal biasa.. (eh..betul ke peribahasa aku ni ek??) Dah tiap2 hari buat aku dah x kesah dah.. yg penting sebelum gerak tu siap2 la pakai nursing cover dan pasang pam tu siap2.. pastu baru la mulakan perjalanan.. bukan susah pun.. kena la pandai2 handle botol susu tu kan.. letak la bantal ke ape supaya kedudukannya stabil.. kalau x sia2 je mengepam kalau botol tu terbalik dah tumpah..


Kadang2 masa mula2 tu x percaya boleh dapat banyak jugak.. maklum la mula2 tu susu cam malu2 jer nak kuar.. kadang2 sampai 10 minit duk pam je tanpa kuar susu.. tp aku tetap sabar.. aku tetap tunggu jugak.. lama2 susu akan keluar jugak..

Hasil pam semasa on the way balik kerja..

Konsepnya macam kita wat power pumping jugak.. bila kita dah wat tiap2 ari pada waktu yg sama lama2 susu makin bertambah.. sikit2 lama2 jadi bukit.. tengok tu, hasilnya setelah hampir 45min ke sejam aku berjaya dapat susu sebanyak 8oz.. sape nak bagi kan kalau kita sendiri x usaha.. masa pun jimat kan.. so tiap2 ari aku dapat la bawak balik stok ebm 15~22oz sehari..

Emm.. apa kata lepas ni korang try wat  cam ni jugak.. anggap jer la korang wat power pumping tiap2 hari kan.. hihi..
Selamat mencuba.. peace!!

2 comments:

Babysitter,

Hari pertama bersama baysitter baru

February 04, 2013 Ibu Dilah 0 Comments


 Hai ouls.. good morning.. 1st entri di bulan februari.. kejap je dah abis bulan Januari kan.. last friday merupakan last day kakak ngan adik faris kat umah babysitter lama.. bye-bye ummi.. bye2 abg.. bye2 atok.. no more ummi.. no more atok ye kakak..

Hari ni merupakan hari pertama kakak diyana dan adik faris di rumah babysitter baru.. pagi2 lagi kakak dah bangun.. mcm tau2 jer arini dia nak pegi umah lain.. boleh lak dia bangun awal arini kan.. kalau x memngangkut jer dia ke rumah babysitter tu..

Actually ari rabu lepas kami dah pegi berjumpa dgn babysitter baru ni.. nama dia kak su.. sebelum tu nak jumpa org lain tp org tu bgtau yg kak su ni pun nak jaga budak jugak sbbnya sebelum ni dia memang ada jaga budak.. tp lepas dia eksiden last year, budak yg dia jaga tu dijaga oleh makcik depan rumah dia pulak.. so bila dia dah sembuh dari eksiden tu kononnye dia nak ammik balik la budak yg dia jaga tu, tapi budak tu x nak sbb dia dah start kenal org.. dan yg lagi sedih, semasa eksiden tu, anak bongsu dia yg ketika tu berusia 10 bulan telah meninggal dunia.. so, dia memang nak  jaga budak  sebab nak mengubat kesunyian dia.. kak su ni ada 2 org anak je, so yg tinggal sekarang ni anak 1st dia lelaki berumur 5thn..

So, sekarang ni kakak dan adik ada mama pulak.. memang kak su bahasa kan diri dia mama.. aku pun x kisah.. biar kakak selesa dengan mama dia.. aku tengok kak su ni jenis yg penyanyang sgt.. rumah dia pun bersih.. hubby aku pun suka dgn babysitter ni.. hope kakak dan adik cepat serasi dengan mama, abg dan ayah.. hai.. kakak ni asyik dpt abg jer.. suke la kakak kan ada abg lagi.. hihi..

Malam tadi aku dah siap2 sediakan semua barang keperluan budak berdua ni untuk dibawa ke rumah babysitter.. aku sediakan baju untuk seminggu terus.. huwawaa.. tengah rajin gitu, aku siapkan le seminggu terus.. kalau x, time tempat lama tiap2 ari duk kena bawak baju.. tu yg mula terkejar2 time malam sbb byk keje nak siapkan... hope lepas dah bwk baju seminggu skali ni xde la masalah cam tu lagi..

Tu dia.. bukan main banyak lagi barang2 diorang..

Pastu disebabkan arini 1st day diorg maka nya banyak la barang keperluan yg perlu dibawa.. pampers kakak ngan adik jer dah sorang 1 pack.. pampers ni nanti akan ditinggalkan di rumah kak su.. pastu toiletories, bantal kakak ngan adik, dan barang2 keperluan yg lain seperti bedak, minyak2, ubat2 dll.. dan yg paling penting adalah susu adik.. yg ni pagi tadi la aku sediakan.. masuk dalam cooler box merah tu.. tengok tu, bukan main banyak lain barang aku nak angkut pagi tadi.. sib baik banyak yg boleh tinggalkan kat umah kak su tu.. kalau x mau patah tulang aku tiap2 ari duk angkat barang banyak tu.. hahaha.. tipu jer.. pahala tu.. ikhlas tau.. hihi..


Pagi tadi masa hantar diorg, si kakak mula2 xnak lepas ngan ibu, nak ibu.. nak ibu.. tu la ayat peberet dia.. huhu..biasa la kakak ni lambat sikit nak start engine.. kena bagi warm up sikit  tapi bila dah kena umpan ngan menan abg jer terus dia duduk.. start nak punggah2 barang menan tu.. amboi.. amboi.. amboi.. sat gi dah x ingat la tu bila dah nampak menan banyak2.. Emm.. kakak mcm tu la, 5-10 minit jer, pastu bila dia dah start bersuara, lupa dah yg dia tu kat umah org.. pastu mcm org dah kenal lama gayanye, dah x hirau dah kat ibu ayah dia.. kakak ni pun jenis cepat mesra.. sama gak mcm ibu dia ni.. hehe..



Adik faris pulak suke jer.. dia biasa la time pagi2 cam tu memang masa dia berjaga.. tp adik memang xde  masalah sebab dia lom kenal org sgt kan dan yg paling penting dia memang x takut dengan org.. mudah mesra mcm ibu dia ni.. hihihi..  (angkat bakul lagik.. hihi)

Aku berharap lepas ni xde masalah lagi ngan babysitter.. bukan senang nak cari babysitter skrg ni.. nasib baik aku ni bukan jenis yg cerewet, kalau x lagi parah.. mau aku yg benti keje nanti.. hihi.. okla, hope anak2 cepat serasi dan ceria dibawah jagaan kak su.. aku percayakan dia walaupun baru kenal.. naluri keibuan aku boleh rasakan nya.. sama2 la kita berdoa ye semoga anak2 aku dan korang2 semua dilindungi oleh Nya.. amin..

0 comments: