Breastfeeding : Rutin harian mengepam susu - Ceritera Ibu

Breastfeeding : Rutin harian mengepam susu

Hai.. kali ni nak share citer pasal rutin harian ku mengepam untuk si kecil Faris Zakwan.. Untuk 2nd baby ni aku hanya mengepam 3x jer sehari.. sikit??? hmm.. memang sikit.. dulu time kakak diyana sehari sampai 5 0r 6 kali sehari aku pam..

Adakah aku yg malas kali ni?? Mentang2 la susu ko banyak kali ni ko malas ey nak pam.. huhu.. bukan mcm tu.. aku x nafikan rezeki anak2 aku kali ni sgt murah.. meriah susu walaupun xde la semeriah mommies out there yg sekali pam dpt 10~15 oz for 1 session.. tapi aku tetap bersyukur sgt yg kali ni aku x perlu menghadapi detik2 sukar semasa menyusukan kakak diyana dulu..

Aku pernah kais pagi makan pagi dulu.. pam arini untuk bekalan esok hari.. kalau x cukup aku bangun malam2 untuk cukupkan bekalan ebm tu.. ada masa dah bangun malam pun still x cukup.. sampai aku terpaksa berkejar balik ke rumah babysitter untuk menyusukan kakak diyana.. mujur la rumah BS tu x jauh sgt dari opis, kalau x... bayangkan la sendiri.. huhu..

Aktiviti kais pagi makan pagi tu berlarutan sehingga kakak diyana 6 bulan.. lepas tu baru aku mampu wat stok sedikit demi sedikit.. bukan sebab time tu kakak diyana dah start makan solid food baru aku leh wat stock, tapi sebab usaha aku.. akhirnya aku berjaya jugak membuat stok hampir penuh 1 freezer atas tu..

Tu cerita hampir dua tahun lepas.. citer sekarang lain pulak.. Susu aku meriah mungkin disebabkan aku menyusukan 2org anak sekaligus.. tandem nursing kakak ngan adik.. tu salah satu sebab mcmana susu boleh banyak selain dari memang Allah dah tentukan rezeki aku kali ni..

Rutin harian aku bermula bila setiap pagi anak2 akan bangun untuk bf. x kira adik atau kakak, dua2 bergilir2 bangun menyusu.. kadang2 tengah adik menyusu kakak dah bangun nak bf jugak.. kalau x kena gayanya, boleh mengamuk dia kalau x dapat nak bf gak.. tapi dah tentu aku dulu kan si adik kan.. kakak?? kena la pandai2 pujuk dia.. kadang2 kesian tengok dia menunggu untuk bf sampai tertido2..

Biasanya sebelum pergi keje aku akan bf faris dulu dalam kul 6.30 - 7 pagi gitu.. tu adalah last session sebelum aku pam di opis pulak..

Sepanjang waktu bekerja, aku akan pam 3x sahaja.. 1st session around 10.30 - 11 am.. 2nd session pukul 2.30 - 3pm dan las session kul 6pm.. kalau 2nd session dapat wat awal, yg 3rd session pun akan awal sikit..

Tapi bagi menjimatkan masa, biasanya yg 3rd session tu aku wat masa dalam perjalanan balik rumah.. tempoh masa yg hampir 40minit ke 1 jam tu memang cukup sangat untuk aku mengepam susu.. dah macam wat power pumping ler jugak kan.. dan yg paling penting aku pam sambil driving ok.. sape kate x boleh?? sape kate susah?? nak seribu daya, x nak seribu dalih kan... hihi..


Alah bisa tenggal biasa.. (eh..betul ke peribahasa aku ni ek??) Dah tiap2 hari buat aku dah x kesah dah.. yg penting sebelum gerak tu siap2 la pakai nursing cover dan pasang pam tu siap2.. pastu baru la mulakan perjalanan.. bukan susah pun.. kena la pandai2 handle botol susu tu kan.. letak la bantal ke ape supaya kedudukannya stabil.. kalau x sia2 je mengepam kalau botol tu terbalik dah tumpah..


Kadang2 masa mula2 tu x percaya boleh dapat banyak jugak.. maklum la mula2 tu susu cam malu2 jer nak kuar.. kadang2 sampai 10 minit duk pam je tanpa kuar susu.. tp aku tetap sabar.. aku tetap tunggu jugak.. lama2 susu akan keluar jugak..

Hasil pam semasa on the way balik kerja..

Konsepnya macam kita wat power pumping jugak.. bila kita dah wat tiap2 ari pada waktu yg sama lama2 susu makin bertambah.. sikit2 lama2 jadi bukit.. tengok tu, hasilnya setelah hampir 45min ke sejam aku berjaya dapat susu sebanyak 8oz.. sape nak bagi kan kalau kita sendiri x usaha.. masa pun jimat kan.. so tiap2 ari aku dapat la bawak balik stok ebm 15~22oz sehari..

Emm.. apa kata lepas ni korang try wat  cam ni jugak.. anggap jer la korang wat power pumping tiap2 hari kan.. hihi..
Selamat mencuba.. peace!!

2 comments:

  1. Sy tiap ari pam sampai 5 kali,dapat dalam 10 oz.tp tula.rezeki anak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyela fifi.. rezeki anak lain2 kan.. yg penting mama dia dah usaha kan..

      Delete