Luahan perasaan

Gaji dan elaun kakitangan awam naik lagi??

February 20, 2013 Ibu Dilah 4 Comments


Perghhhh.. berasap telinga pekerja swasta dengo berita ni kan.. sapa lagi kalau bukan aku.. hahaha.. kalau laki aku dengor lagi la berapi dia.. geram n bengang betul dia kalau dengor berita2 mcm ni.. Balik2 gaji kakitangan awam naik.. balik2 kakitangan awam dapat bonus.. kejap2 elaun itu ini dinaikkan..

Pekerja swasta dapat apa?? Bak kata laki aku, kita pun bayar income tax jugak.. sume kite bayar.. tapi bila nak wat loan org keje kerajaan senang2 je leh wat loan.. nak beli rumah, nak beli kete.. semua senang kalau keje ngan kerajaan.. pastu gaji asyik naik, elaun naik.. nak raya dapat bonus, hujung tahun dapat bonus.. pekerja swasta dapat apa??? habuk pun tada..

Orang cakap, "Ala, pekerja swasta tu lagi dapat banyak dapat bonus.. 10 bulan gaji pun ada.." Hat ni betui2 wat ati aku panas.. ko hingat semua pekerja swasta dapat bonus 10bln gaji ke?? yg dapat bebulan2 gaji tu keje kat mana?? Kalau keje kat company oil & gas ke aerospace ke boleh ler dapat dapat bonus gitu.. x semua company swasta boleh bagi bonus cam tu tau.. kalau dah keje kat kilang kecik ko hingat boleh ke dapat bonus sampai camtu.. silap2 sebulan gaji pun x dapat tau..

Ni experience aku sendiri.. kat company lama aku.. aku keje kat situ bertahan 2 thn jer.. tp dari apa yg member aku cakap hampir 5thn x dapat bonus tau.. pastu gaji kitorg siap kena potong lagi ada la.. ko bayangkan la apa yg kitorg rasa bila dengor balik2 kakitangan awam dpt bonus?? apa yg ko rasa kalau korg ditempat kitorang ni?? ko pikir la sendirik..

Dah tau tu mintak ler keje gov.. emm.. ko ingat senang ke nak dpt keje gov.. dah banyak kali aku apply.. tapi xde rezeki lagi.. hubby aku ckp kalau boleh biarlah aku keje gov, nanti nak apa2 senang sikit, banyak keistimewaannya kan.. tp dah x dapat nak wat cam ner kan..

Emo pulak aku arini kan.. hahaha.. mau nye x emo bila dengor berita2 cam ni.. lagi2 dekat2 PRU-13 ni kan.. agak2 ar kalau nak bagi itu ini.. jangan disebabkan nak menang macam2 ditaburkan.. berjuta2 duit kerajaan habis sebab nak mengaburi hati rakyat.. time ni la macam2 elaun diberikan kan.. kebanyakkannya untuk golongan belia.. nampak sangat la taktik tu..  jangan sebab nak menang nanti kerajaan terpaksa hutang berbilion2 sebab nak bagi elaun itu ini..

Kadang2 elaun yg diberikan tu cam x masuk akal betul.. syarat2nya pun x ketat.. mudah sgt nak dpt.. org kaya pun bole apply camtu.. kalau nak bantu pun bantu la golongan yg betul2 memerlukan.. dulu aku pk nape diberi elaun untuk smartphone?? syaratnya pulak tu belia di bawah 30thn.. sebab apa?? sebab nak menangi hati belia la.. kan golongan pengundi paling banyak dari umur ni..

Honestly aku cakap aku x berpihak kat mana2 parti.. aku pun x tau nak undi parti mana nanti.. tp aku x suke cara cam ni.. berat sebelah.. media massa & media elektronik semua dicontol oleh kerajaan.. makanya banyak la kebaikan dari pihak 'kerajaan' yg ditonjolkan.. kadang2 boring lak aku tengok.. cam malas dah nak tengok tv.. balik2 citer tu.. uhhhh..

Berbalik kepada kakitangan awam.. tahniah untuk korang semua sbb dapat naik gaji, dapat naik elaun.. rezeki korang.. jeles pun x guna.. pejam mata jer la aku.. tapi kalau kerajaan ada bagi pape kat pekerja swasta lagi la bagus.. jangan la abaikan nasib pekerja2 swasta ni.. kalau xde kami2 yg bekerja di sektor swasta ni, malaysia pun x membangun tau.. pihak kami jugak yg banyak menjana ekonomi negara tau..

Fuuhhhh.. panjang betul aku membebel kali ni.. emo betul kan.. hahaha..ni cuma luahan perasaan.. bela la nasib kami yg bekerja swasta ni..

---------------------------------------------------------------------------

BREAKING NEWS : Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 (RM400) 1.4 Juta Penjawat + Elaun Perumahan Naik

Kenaikan gaji kakitangan awam 2013 + elaun : Berdasarkan sumber dalaman yang kami baru terima sebentar tadi dari Putrajaya di mana bahang Pilihanraya Umum ke 13 di sana semakin terasa. Bilik-bilik gerakan yang bertempat di Jabatan Pendaftaran Negara contohnya dikatakan telah bersedia. Dalam pada masa yang sama….

Gaji Kakitangan Awam + Elaun Perumahan Naik?

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji akkitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.

P/S : Nantikan kemaksini berita seterusnya daripada Berita Semasa selepas ini….
PP/S : Dalam pada masa yang sama, (CUEPACS) dilihat akan terus menekan supaya kerajaan mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 4 peratus dengan menurunkan ia kepada satu peratus.

You Might Also Like

4 comments:

  1. Replies
    1. tau xpe.. sgt kan.. pastu pinjaman utk perumahan pun diorg nak turunkan lg dari 4% ke 1%.. giler x? awat x cakal 0 interest je.. uhh.. panas tul aku dengar..

      Delete
  2. Aaaaaah! Bg 0 interest terus lagi bagosss. Ciss

    ReplyDelete