Kakak yg sangat petah bercakap

February 21, 2013


Dulu aku sgt kagum bila anak buah aku yg pompuan baru masuk 2thn begitu petah bila bercakap.. aku pikir mungkin sbb dia ada abg yg tua setahun dari dia.. so diorg ni slalu la berkomunikasi antara 1 sama lain, tu yg wat si adik ni cepat bercakap.. 

Kakak try baju yg diberi oleh auntie masa gi vietnam..

Perkara yg sama berlaku pada anak aku si kakak skrg ni.. bezanya dia xde abg kandung tp babysitter yg menjaga dia semuanya ada anak lelaki yg usianya tua setahun dua dari dia.. so, si abg2 ni memang la dah pandai cakap.. so, kakak ni banyak berinteraksi dgn org yg lebih besar dari dia.. tu yg membuatkan di cepat cakap dan yg penting lancar dah x pelat.. cakap pun dah mcm org besar..

Kalau x silap aku, sebelum kakak masuk umur dua tahun lagi dia dah pandai cakap banyak.. pot pet pot pet jer mulut dia.. haha.. time aku berpantang selama 2 minggu kat melaka pun dia dah stat banyak cakap.. dan kakak sgt cepat belajar.. baru masik 2 thn dia dah boleh buat ayat dengan baik..

Sekarang ni lagi la.. cakap dah mcm org besar.. kadang2 apa yg dia cakap mcm x padan ngan umur dia.. tak tercapai dek akalku yg dia boleh cakap mcm tu.. dia banyak belajar melalui pemerhatian.. apa yg kita buat dan apa yg kita ckp cepat jer dia boleh ikut..


Antara ayat faberet kakak sekarang ni;

"Ibu, boleh kakak tengok?"
"Ibu, boleh kakak ikut ayah?"
"Ibu, kakak nak tengok adik yak boleh?"
"Ibu, kakak nak tengok ni boleh?"

Sopan jer.. lembut je ibu dengar.. kalau x asyik menjerit2 je si kakak tu tau.. huhu..Pagi tadi masa dia bangun tdo nak minta aku watkan susu (dutchlady coklat) dia..

"Ibu, buat miyo kan untuk kakak boleh?"

hahaha.. lawak betul.. tgh terpisat2 pun dia boleh cakap dgn tersusun.. cuma dia salah guna 'kan'..penat aku ngajo kat mana nak guna 'kan' tu tp dia still x leh nak ikut..

"Ibu, toyong pakai baju kan kakak.."
"Ibu, toyong amik sudu kan kakak boleh?"
"Ibu, toyong letak botol kan kakak dekat meja boleh?"

Tula antara ayat2 yg selalu keluar dari mulut kakak.. sebut 'tolong' masih pelat jadi 'toyong'.. Time CNY aritu family aku datang jb.. syok la kakak ada bunda, cikshu, auntie ngan tokbah.. semua melayan je dia cakap.. tergelak2 diorg dibuatnya bila dengar kakak cakap.. bila kita tanya ada jer jawapan dia.. pandai je dia nak jawab..
tapi bila dia x tau nak jawab apa, dia mesti cakap cam ni;

"Kakak nak ibu je la.."
or
"Kakak nak ibu ngan ayah jer.."

Hahaha.. jawapan yg xde kena mengena langsung ngan soklan.. mmg tu je la jawapan dia bila x tau nak jawab apa.. agaknya dia pk at least ada bg jawapan kan.. hahaha.. macam2 la kakak ni.. tapi memang seronok sgt bila dengar anak2 yg tengah belajar cakap ni..

Tak sabar nak balik dengar kakak membebel lagi.. rindu lak kat cik kak kecik yg mentel ni.. hihi.. bye2 auntie semua..

You Might Also Like

0 komen