TIPS : Bercerai susu part II
Salam jumaat semua..
adoihaii.. bulan ni slow betul mengapdet belog ni.. bz la sikit kan.. lagi2 bila ada cuti lama sikit kompem la xde masa nak apdet belog.. banyak bahan nak share tp masa je yg xde nak tulis belog..
Okla, x mau bebel banyak2.. arini aku nak share pasal misi aku untuk cerai susu ngan kakak diyana.. sebelum ni aku penah share sikit kat sini Tips : Bercerai susu. setelah mencuba pelbagai cara seperti yg dinyatakan dalam entri yg lepas, aku still x berjaya jugak.. Time tu aku hanya boleh mengelak untuk bf untuk sementara waktu je..
Alhamdulillah, hari ni genap seminggu aku berjaya stop BF kakak diyana..
So kali entry ni adalah kesinambungan dari entry yg lepas..
Kakak dah besar dah..
Kaedah E
Letak kopi pulak.. bila balik dari keje aku terus letak sikit kopi kat cik N.. tp sebelah je la.. sbb biasanya balik dari keje, aku akan bf kedua2nya skali.. so sebelah yg ada kopi tu aku standby untuk si kakak.. bila kakak isap je, muka dia bertukar jadi kelat2 gitu.. haha.. aku wat2 la tanye kakak kenapa muka dia mcm tu.. dia jawab " masham la ibu" hahaha.. dia nak cakap susu tu pahit tp dia sebut masam sbb dia x tau nak sebut apa.. tp kejap je la, bila abis yg 'masham' tu dia isap lagi.. so kira kekdah ni x berjaya jugak..
Kaedah F
Hari yg berikutnya aku letak nescafe pulak.. sama mcm dia rasa kopi dia ckp susu aku 'masham'.. tp kali ni dia terus xnak isap lagi.. setiap kali nak tek dia akan tengok ada x masham2 tu lagi.. aku memang x dan la setiap kali dia nak bf aku kena letak nescafe.. xdan nak berlari2 ke dapur pi letak.. kalau nak sentiasa letak je pun x boleh sbb si adik pun kan bf jugak.. tu yg payah tu.. so kekdah ni pun bersifat sementara..
Kaedah G
Yang ni aku stat last week ari khamis kalau x silap.. balik keje aku terus je letak asam jawa kat cik N yg sebelah.. pastu as usual, aku duduk je kat sofa si kakak terus terkam aku ckp nak tek.. aku pun pangku adik skali dan kakak pun terus selak dan isap.. baru je isap dia terus angkat kepala.. dengan muka yg berkerut2 dia ckp "pedhas la ibu.. pedhas.." hahaha.. ada susu pedas pulak skrg ni.. masam dah jadi pedas pulak.. mcm2 la kakak ni.. pastu dia tgk kat cik N ada baki asam jawa tu lagi.. dia tunjuk2 sambil cakap ada pedas.. hahaha.. pastu dia terus x jadi nak isap lagi..
Kali ni aku tekad untuk lebih kerap letak asam jawa.. tiap kali kakak nak bf aku pun bg la alasan nak cuci tangan ke apa kejap.. pastu aku cepat2 gi dapur dan letak asam jawa.. pastu aku pun dengan rela hati bagi kakak menyusu.. dan untuk sekian kalinya dia akan ckp susu aku pedas.. aku rasa ada la dalam 6,7 kali kot aku wat cam tu.. akhirnya kakak x nak isap lagi..
Kadang2 dia usha2 jugak kat cik B aku.. nak le teww.. hihihi.. bila adik dapat tek dia usha2 lagi.. dia pelik kenapa adik tek ok jer.. nape dia rasa lain.. last2 dia tanye aku..
Kakak : Adik tek pedhas ke ibu?
Ibu : Adik tahan pedas.. kakak x tahan pedas kan.. tu sebab adik boleh tek ibu..
(Cian kakak kena kelentong ngan ibu dia ni..)
Kesian anak ibu.. Dalam hati aku memang sedih sebab terpaksa tipu anak aku sendiri.. maafkan ibu kakak.. ibu terpaksa wat mcm ni supaya kat kak boleh benti menyusu ngan ibu..
Bila nak tido malam pun mcm tu jugak.. kakak mesti nak tdo ngan ibu.. dia pegang2 cik B aku.. mesti dia nak tek kan tapi dia x cakap.. dia cuma tengok aku je.. aku wat2 x tahu.. tp dalam hati Tuhan je yg tahu sbb aku terpaksa menolak permintaan anak aku.. maafkan ibu sayang...
Bila terjaga tengah malam, dia pegang lagi.. kadang2 dia cium2 cik B aku.. tangan merayap jer.. kadang2 dia nak selak baju aku.. seperti biasa aku cuba mengelak.. untuk tenangkan hati kakak dan hati aku jugak, aku peluk kakak erat2.. usap2 dia.. aku cakap aku sayangkan dia.. aku nak kakak tahu walaupun aku x bagi dia tek lagi bukan bermakna aku tak sayangkan dia..
Allah jer yg tahu macamana perasaan aku menghadapi saat2 mcm ni.. walaupun luaran aku nampak ok tapi sebenarnya hati aku rasa terseksa, sayu dan macam2 lagi.. bayangkan la hampir 2thn 3bln aku bf kan kakak.. rasa dekat sgt bila dpt bf kan anak.. sentuhan disaat menyusukan anak ni sgt istimewa.. x terluah dengan perkataan..
Mujur lah skrg ada adik faris yg masih bf lagi.. kalau x mesti aku rasa something missing kan.. tapi mcmana pulak ngan kakak?? kalau aku sebagai ibu ni pun dah rasa terseksa, mesti kakak lebih2 lagi.. tambahan pulak bila tengok adik bf.. mesti dia jeles kan.. mesti sayu hati dia kan...
Maafkan ibu kakak.. ibu tetap sayangkan kakak sgt2...
Okla.. aku dah x mampu nak tulis lagi.. dah sebak dah ni.. ada yg tumpah pulak air mata aku ni nanti.. better aku stop dulu.. pada ibu2 kat luar sana yg dalam usaha nak cerai susu ngan anak boleh la try cara ni.. yg penting korang mesti betul2 dah bersedia untuk dari segi fizikal dan mental.. jiwa mesti kental, hati kena tabah.. Dalam masa yg sama kena keraskan hati jugak.. kalau x confirm tak jadi punya bila anak dah merayu2 mesti hati ibu cair jugak nanti..
Selamat mencuba dan semoga berjaya mommies!!!
Nota kakiku : tabah la wahai hati.. ibu dah halalkan semua susu yg ibu berikan untuk kakak.. semoga kakak menjadi anak yg solehah.. berjaya dunia dan akhirat..
wardghh...sedihnya, x bleh byg nnt nak putus susu huhuhu...
ReplyDeleteMemang sedih.. tu pun dah byk delay dah sbb mcm x sanggup nak cerai kan susu.. tp nak x nak kena jugak kentalkan hati ibu ni.. huhu.. hani pun nak ceraikan susu ngan anak ke?
DeleteOk...sy sedih baca n membayangkan bila tiba waktu itu...hero sy lagi 2 bulan nak masuk dua tahun..sekarang ni memang tak boleh nak nego bila dia nak nenen..mesti na..tak dapat melalak pukul2mama...haishhhh...cmne la nanti.
ReplyDeletememang mcm tu liana.. si kakak tu pun sama jugak.. kdg2 xnak mengalah ngan adik dia.. ibu nye kena byk sabar... tp bila rasa betul2 dah sedia baru la ceraikan susu tu, kalau x cukup sedia pasti cair punya..
Deleteanak bujang sy dh 2y2m..dh mcm2 cara buat nk bercerai susu..tp dia siap ajar kite suh g bsuh cin B ni hahaha..kite kna tekad kan...bru berjaya...nk try buh asam jawa gak la...nk wat mcm awk buat hihihi
ReplyDeletenk try gak mcm awk ni..harap2 berjaya huhuhuhu
ReplyDeleteYa Allah..tabahkan lah hati ni..dah 2y10m..
ReplyDeleteassalam dayana. Kiranya si kakak sekarang dah minum susu formula ke? Saya baru nak start ceraikan susu ni..my boy dah nak masuk 25 months (2 years 1 month old). Sedih juga pikirkan nak ceraikan susu ni.
ReplyDeleteYe.. kakak minum susu dutch lady jer skrg ni.. puan buat la slow2.. tp yg penting puan sendiri dah bersedia.. kalo x mmg susah nak wean off.
Deletesaya dh cuba buh mcm2....asam jawa pun dh sapu....siap dia kutip asam jawa yg lekat masuk.ke mulut dia...ltk kopi pun ....dia amik kain lap....ltk sirap pun x takut pun..botol susu klu isi air sirap dia hisap tp llu bubuh susu formula tak mau isap....masalahnyer niler dia terjaga dr tidur mesti nk nenen....klu x dpt mesti nangis dan terus bangun...x mau tido smula...tolong la...camner nk wat
ReplyDeleteermm.. mcmana ye.. penah try letak garam x? ada org letak garam.. nescafe ke..ada org letak lipstik.. yg penting kena kerap letak.. lepas tu kalo time tido puan cuba alih kan perhatian dia pada benda lain.. dan yg penting doa byk2.. cuba cakap dgn dia baik2.. sy doakan semoga dipermudahkan puan utk cerai susu ngan anak ye..
Deletethanx for the tips.hari ni jugak sy try..xthn da ank ggt nipple.anak da bsr pon 2thn 1bulan da
ReplyDeletesaya dulu letak nescafe..alhamdulillah berkesan,..tapi umi yg x keruan..kesian tgk anak..lebih2 lagi time die nak tdo malam...
ReplyDeleteSedih kan...tpksa ceraikan susu bdn dr ank...sya tgh usaha ke arah tu lah sb rezki mengndung lg..no 2...sb tu kna gak lah bt...lgpon dh lma dkt 2 tahun 4 bulan dh ank ptama myusu....kekdg xsgup dgar ank mengis..
ReplyDelete