Homemade,

Resepi : Meehoon Hong Kong

March 10, 2013 Ibu Dilah 0 Comments


Masak dinner untuk 4 hari lepas.. actually x tau nak masak apa.. pastu check2 sayur mcm sesuai jer kalau wat meehoon hong kong.. lagipun dah lama x makan.. so feeling cam pegi hong kong ler kejap.. hahaha..


 

Hidangan ni untuk 3 org makan.. Resepi ikut suka hati aku sendiri.. hehehe...Jom kite tengok bahan2 dan cara nak memasaknya...

Bahan untuk meehoon nya;

1) Meehoon (setengah bungkus)
2) 2 biji telur
3) Garam secukup rasa


Cara-cara memasak;
1) Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk.. bubuh sedikit garam dan kacau rata.
2) Masukkan meehoon yg telah lembut (dah rendam) ke dalam mangkuk yg berisi telur tadi.. Gaul hingga sebati.
3) Panaskan sedikit minyak masak dalam non stick pan.. (kuali biasa pun boleh jugak)
4) Ambil 1/3 daripada meehoon yg telah dicelup telur tadi.. masukkan dalam kuali yg telah panas.. ratakan meehoon bentuk bulat.. (macam gambar di atas)
5) Agak2 sebelah bawah dah keras dan kekuningan, terbalikkan meehoon tadi.. masak sehingga garing dan warna keemasan.. siap.. angkat..
6) Buat lagi sehingga meehoon habis.. boleh dapat 3 keping..

Sementara menunggu mehoon masak, boleh sediakan bahan untuk kuahnya pulak.



Bahan2 kuah;
1) 3 ulas bawang putih ditumbuk kasar.
2) Sotong di potong2 kecik
3) isi ayam hiris nipis
4) 1 batang carrot
5) sedikit kubis cina
6) 3 biji baby jagung
7) 2 sudu sos tiram
8) 5 biji cili api (nak pedas lebihkan ye..)
9) 1 sk serbuk lada hitam
10) 3 cawan air
11) 2 sb tepung jagung
12) garam secukup rasa

Cara penyedian;
1) Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih dan cili api. Then, masukkan ayam yg telah dihiris.
2) Masukkan sos tiram dan semua jenis sayuran yg telah dipotong tadi. Masukkan 3 cawan air. gaul2 seketika.
3) Then masukkan sotong. taburkan serbuk lada hitam.
4) Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan dalam kuali dan kacau sekejap.
5) Bubuh garam secukup rasa. siap!!

Senang kan.. Selamat mencuba!!

You Might Also Like

0 comments: