First Solid Food - Ceritera Ibu

First Solid Food


Memandangkan adik faris dah masuk 6 bulan, ibu pun nak perkenalkan adik faris dengan makanan pejal.. Survey2 apa makanan pertama yg perlu diperkenalkan pada baby.. Org cakap mulakan dengan bubur kosong...no msg no sugar.. no sayur no ayam..no daging..no seafood..no telur..

Kenapa hanya bubur kosong sahaja? Sebab time ni baby baru nak belajar makan.. kita belum ketahui lagi penerimaan baby tu mcmana kan.. perut dia boleh tahan ke tidak.. alah ke tidak dengan makanan yg diberikan.. sebab tu kita mula kan dengan bubur kosong.. tanpa apa2 perasa.. dan pastikan tekstur bubur sangat halus dan cair.

Kenapa tak boleh letak garam dan gula? Ginjal bayi pada usia bawah 1 tahun belum cukup matang untuk memproses garam dan gula.

Kenapa pulak tak boleh bg sayur? Sayur bukannya tak boleh makan tapi boleh diperkenalkan secara berperingkat.. contoh sayur yg boleh diberi pada baby 6 bulan adalah carrot, sweet potato dan kentang.

Bagaimana pula dengan ayam or daging? Ayam dan daging tidak boleh diberikan terlalu awal kerana ada kemungkinan baby alah pada ayam.. Bagi baby yg alah ianya boleh menyebabkanb kegatalan atau tumbuh ruam merah2 di badan..

Begitu juga dengan telur dan seafood. Ada baby yg alergik dengan seafood dan telur. Masa yg sesuai untuk perkenalkan ikan adalah pada usia 8~10 bulan. Jenis ikan juga harus dipilih seperti ikan merah, salmon dan lain2 lagi. Telur pula perkenalkan pada usia 10bulan ke atas..

Bubur kosong yg dicampurkan dengan susu ibu. Pastikan tekstur bubur betul2 halus dan cair.

Adik faris suka dapat makan..
Budak tomot yg tomel.. senyum jer dapat makan ye..

Nampak macam excited kan.. memang adik excited nak makan tapi hanya sikit sahaja yg ditelan.. yg lain semua dikeluarkan semula.. takpe.. baru 1st time kan.. Lepas ni adik makan buah pula ye..

Disamping itu juga boleh perkenalkan buah-buahan kepada baby. Caranya dengan membuat puree buah-buahan. Antara jenis buah-buahan yg sesuai untuk baby 6 bulan adalah buah epal merah, pear, betik, pisang..

Kaedah terbaik untuk melihat penerimaan anak terhadap makanan yg diberi adalah dengan menggunakan Kaedah '4 days rule'.- akan share di entry lain -

Will be continued in next entry..
tata..
^__^

2 comments:

  1. makin hensem si faris ni..

    ReplyDelete
  2. tq auntie.. tp pipi faris naik ruam la skrg ni.. cian adik..

    ReplyDelete