Info,

Info # Pendaftaran Haji

April 03, 2013 Ibu Dilah 1 Comments


Alhamdulillah.. semalam aku dah register nama untuk pegi menunaikan fardu haji.. korang dah register lom??? kalau lom, better gi register skrg..

 Lom ready nak pegi? isk..isk.. bukannye korang dpt gi dalam masa terdekat ni pun.. aku yg register smlm ni pun dijangka dapat pegi tahun 2060 tau.. lagi 47 thn lagi tau.. time tu aku dah tua dah.. dah 77 tahun umur aku... mak aiii.. dah tua2 baru dapat pegi haji.. minta2 time tu masih sihat la hendaknya kan.. maklum ler kalau dah umur 77thn tu, rasa cam dah tua sgt dah.. minta2 larat la time tu kan.. tu pun kalau panjang umur, kalau x?? ^__^

Lain la kalau korang ada duit beriban2 boleh pegi ikut pakej kan.. pakej pegi haji pun dah berpuluh2 ribu.. aku penah nampak sampai RM100k pun ada kan.. mak aii.. mahai nya.. tu la, sementara nak tunggu duit berkepok2 cam tu, better pi je daftar haji kat Tabung Haji (TH) dulu.. kalau ada rezeki lebih, pegi la guna pakej..

So, sape yg lom daftar lagi tu pi la cepat2 daftar ye... kalau ada saving kat Tabung Haji tp x daftar pun x guna jugak.. ada akaun tabung haji x bermakna korang dah daftar tabung haji ye....

Syarat untuk mendaftar nama pegi haji mudah jer.. kalau dalam akaun TH ada rm1300 minimum dah boleh daftar haji.. tp duit tu dah x boleh keluarkan lagi tau.. dah kena block..

Cara lain kalau korang ada KWSP, just tunjukkan penyata KWSP tu kat TH.. diorg akan check kat akaun 1 tu kalau ada at least RM1300 dah boleh register dah.. kenapa akaun 1 bukan akaun 2??? sebab kita kan x boleh kuarkan duit dari akaun 1 sampai kite pencen/bersara.. so, bila ada duit kat akaun 1 tu sebagai petanda yg kita ada duit la bila sampai masa nak pegi nanti..

Mudah kan nak register... x sampai 3 minit dia wat dah siap register.. x payah isi2 borang bagai... bila dah siap TH akan printkan slip pengesahan pendaftaran haji mcm dalam gambar tu untuk rujukan kita..


Kalau korang perasan kat surat tu ada nyatakan tahun peruntukan : 1481 Hijrah / 2060 masihi.. tahun peruntukan / jangkaan ni adalah sebagai panduan sahaja.. kira ikut giliran siapa daftar dulu dapat la pegi dulu..

Tapi kalau ada kekosongan untuk tahun sebelum2 nya, mungkin tahun peruntukan tu akan dicepatkan.. maknanya kita dapat la pergi haji lebih awal dari tahun jangkaan tu..

Lagi satu, kena cukup kan saving dalam TH untuk memudahkan kita membuat rayuan sekiranya ada peluang untuk kita pegi lebih awal..

Nota penting : TH akan memberikan keutamaan kepada mereka yang berumur 75 tahun ke atas, tertakluk kepada kekosongan tempat pada tahun semasa..

You Might Also Like

1 comment:

  1. https://www.facebook.com/pages/PERGI-HAJI-dgn-Simpanan-RM170-sehari-at-RM50-Sebulan/539415189436081

    ReplyDelete