JJCM # Coffee Talk

April 19, 2013


Semenjak company berpindah ke Kulaijaya, setiap hari kami (merujuk kepada diriku dan opismate ku) akan pergi makan tengahari di tempat yg berbeza-beza.. Maklum la tempat baru kan, kena la 'try and error' tempat2 makan di sini kan.. ada tak tempat makan yg menarik, harga yg murah dan berpatutan, makanan yg sedap dan yg pasti tak jauh dari i-park (opis kami).

Malangnya, tiada kedai makan melayu berhampiran tempat kerja aku yg baru ni.. kalau ada pun kedai mamak.. Nak cari kedai makan melayu kena pergi ke Bandar Putra.. Kalau diikutkan, takde la jauh sgt Bandar Putra tu.. tapi kita kena melalui traffic light yg sgt lama.. kalau nasib x baik kena lampu merah, memang lama la menunggu nak hijau balik.. tapi nak wat cam ne, terpaksa redah jugak kan demi sesuap nasik.. hahaha.. sadis..

Antara kedai makan yg kami dah terjah adalah Restoren Coffee Talk, Restoren Moha, Restoren Mak Ja dan ada beberapa kedai lain lagi yg x ingat namanya.. huhu.. So, kali ni nak review restoren Coffee Talk.

Nama restoren : Coffee Talk
Lokasi : Bandar Indapura, Kulaijaya
(Berdekatan dengan Aeon (JJ) yg dalam pembinaan, dan bersebelahan dengan Tea Garden)

Ni antara menu yg pernah kami order.. Rasanya memang sedap.. tapi harganya agak mahal.. erkk.. tak boleh la nak makan tiap2 hari kat sini..

 
Nasi Goreng Olive - RM 8.90
Bagi aku sangat sedap tp harganya macam x berbaloi jer.. mahai..

 
Nasi Goreng Belacan - RM 9.90
Sangat terasa belacannya.. pada pendapat aku, harga nasi goreng ni sgt mahal hokey!!

Nasi Goreng Kampung - RM 4.50
Yang ni pulak rasanya biasa2 jer.. harga pun harga biasa.. nasib baik..
Air limau suam - RM 2.20
Erkk.. air limau jer dah RM2.20.. sabo jer la..

Selain dari menu di atas, kami penah juga mencuba menu Nasi Ayam Penyet. Harganya RM 8.90. Pun mahal jugak.. tapi nasib baik sedap.. kalo tak.. siap la.. hahaha..

Lagi, Nasi Ayam Hailam - rasa nya ok, tapi ayam dan sup x dipanaskan.. at least kalau sup tu panas pun ok la.. harganya RM4.50. Murah pulak harga nasi ayam ni kan..

Secara keseluruhan, makanannya sedap tapi tak boleh la pegi tiap2 hari.. sekali sekala boleh la pegi ke restoren ni..

Masih mencari kedai makan yg makanannya sedap, harga berpatutan dan mudah untuk dikunjungi.

You Might Also Like

0 komen