Faris dah 7 bulan - Ceritera Ibu

Faris dah 7 bulan


Alhamdulillah.. harini usia adik faris genap 7 bulan.. Adik dapat membesar dengan sihat.. lom penah demam atau batuk or sakit2 lain.. selsema penah kena skali dua kot tp sikit sgt.. 

Senyuman yg menikam kalbu.. membuatkan ibu sentiasa rindu nak tgk senyuman ni..

Sepanjang usia faris 6 bulan, perkembangan adik faris sangat cepat.. aritu nak meniarap bukan main lama ibu tunggu.. hujung2 5 bulan baru nak meniarap betul2..

Tak lama lepas meniarap, adik dah start nak menyusur pulak.. maju ke depan.. Dalam masa seminggu jer, dah laju dia menyusur.. habis bawa meja dia masuk.. hahaha.. bentang toto pun dah lepas toto tu.. semalam adik faris kejo beskal kakak pulak... marah si kakak bila adik capai2 beskal dye.. haha.. aii.. adik pun dah pandai nak men beskal ke?? huhu


Terkini, adik dah angkat montot pulak.. nak merangkak.. hari jumaat lepas, angkat2 montot gaya pumping gitu.. selang 2 hari jer, adik dah berjaya angkat montot dia betul2.. caya la adik!!!

Paling tak tahan bila adik dah berjaya angkat montot dia, then dia x tau nak wat apa pastu.. maka nya dye goyang2 kan montot dan badan dye ke depan ke belakang.. hahaha.. lawak dan comel sgt ok!! xpela, baru lagi kan.. kejap lagi mesti adik angkat kaki pulak kan.. tu nak kuatkan kaki dulu la tu..


Dan yg pasti, gigi adik dah ada 2 batang.. che ngah (kakak ku) cakap, rasanya adik faris paling cepat tumbuh gigi dalam ramai2 anak buah.. umur 6 bulan setengah dah tumbuh gigi.. caya la adik!!



Dari segi pemakanan pulak, stakat ni adik dah makan, epal, labu, pear, pisang, biskut baby dan bubur.. tapi wat masa ni bubur adik mcm tak nak sgt.. dah bape kali bagi, tp dye macam elak2 nak makan.. tutup jer mulutnye.. huhu.. protes ler tuh..

Paling adik suka labu dan pisang.. laju jer dye makan.. dan satu lagi perkembangan yang baik, babysitter cakap dah boleh tambah lagi kuantiti makanan adik.. tak cukup ok!! Ok, fine.. ibu dah bekal kan adik lebih puree skrg ni kan..

Puree labu yang ibu bekalkan.. untuk sekali makan.. bekalkan 2 bekas dan biskut juga.. malam adik kaco kakak makan pisang pulak..

Selain tu, adik faris pun dah boleh duduk sendiri.. walaupun belum kukuh sgt, tapi adis dah boleh duduk tanpa dipegang.. malam tadi kitorg kuar makan kat luar.. dah boleh duduk kan adik dalam kusi baby tu.. tapi still kena monitor.. takut tergolek ke tepi pulok.. huhu


Ibu doakan adik akan terus membesar dengan sihat dan kuat.. jadilah anak yg soleh dan berguna kepada bangsa dan negara.. berbudi pekerti mulia dan menyenangkan hati ibu dan ayah.. adik la penawar dalam keluarga..

Sangat adik sangat2!!!
Mmmuaaahhhhhhhhh..

Love
- ibu dilah -

4 comments:

  1. yeay!faris dah pandai dah.dah ada gigi..tp rissa takde lagi.hihi..

    ReplyDelete
  2. Xpela fi, ada gigi lambat sikit pun xde.. kalo x asyik nak menggigit je kejenye.. lagi x tahan kalo dia menggigit time bf.. ohhh.. tobatt mak!! sakit sgt... yg lain okla, banyak perkembangan dlm 6 bln ni..rissa mcmana pulak?

    ReplyDelete
  3. cepat nye dia tumbuh gigi!
    jeles lorr.. sbb afiq setahun dah bayang gigi pun takde..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh.. afiq lom tumbuh gigi lagi ke cikna? lambat jugak ye.. xpela, setiap anak perkembangannya x sama.. ni pun terkejut gak bila faris tumbuh gigi awal.. time kakak dulu kalo x silap 9 bln kot baru tumbuh gigi..

      Delete