Ibu Dilah & Ayah Wan

May 09, 2013


Kakak imani semakin petah bercakap skrg.. kadang2 mcm tak caye budak seusia 2thn setengah boleh cakap macam2.. dah terang percakapan dia.. skrg ni nama ibu dan ayah pun dia dah tau.. Berikut adalah antara perbualan ibu dan kakak imani masa mula2 kakak pandai panggil nama ibu dan ayah..

Ibu : Kakak, sapa nama ayah?
Kakak : Ayah Uwan.. (Nama ayah Aswan)
Ibu : Nama ibu?
Kakak : Ibu Bella.. (Nama ibu Afdilah)
Ibu : Ibu apa??
Kakak : Ibu bella..
(Erkk.. glamer nama ibu kan.. bella tu.. huhu..)

Ibu : Nama kakak pulak?
Kakak : Kakak imani.. (Nama kakak Nur Diyana Imani)
Ibu : Pandai kakak.. nama adik pulak?
Kakak : Adik Zahuan..
(Nama adik Faris Zakwan.. dulu kakak panggil adik 'Paish..')


Layan kan je la anak dara yg suke wat gaya gediks skrg ni.. hihi

Sekarang ni kakak dah pandai sebut nama ibu betul-betul.. kakak dah boleh sebut Ibu Dilah dengan terang.. dan yg lebih menarik lagi, kadang2 kat rumah pun kakak panggil ibu dgn panggilan 'Ibu Dilah'..

Kadang2 bila kakak tengah menangis or merajuk, dia akan merengek-rengek cakap nak ibu.. "Nak ibu.. nak ibu... kakak nak ibuuuuuuuu..." Merengek2 tak abis2.. kadang2 naik angin jugak sbb ibu depan mata dia tp still cakap nak ibu jugak..

Then bila tanya dia, kakak nak apa? ibu kan ada kat kakak ni.. apa jawapannya?
"Kakak nak ibu dilah...." Adohai anak.. ibu dilah tu kan ibu jugak.. saje jer nak menguji kesabaran ibu tau.. ^__^

Bila dah biasa dengar kakak panggil ibu dilah macam best pulak.. lepas ni nak guna nama ibu dilah la pulak.. hahaha... lagi pun ibu dilah kan ibu untuk kedua2 anak ibu.. hehe..

Sekian..
-Ibu Dilah-

You Might Also Like

0 komen