Faris Zakwan,

Solid Food : Puree buah-buahan

May 20, 2013 Ibu Dilah 2 Comments


Selamat hari isnin semua.. arini nak share macamana cara wat puree buah-buahan untuk si manja.. dah terperam lama dah.. faris dah 7 bulan setengah dah baru nak up entry pasal puree ni kan.. tak pela.. untuk rujukan sendiri juga di kemudian hari..

Cara yg sangat mudah untuk membuat puree apple.. selain dari apple, boleh juga wat puree pear menggunakan kaedah yg sama.

1) Kupas kulit buah epal, basuh dan potong dadu. Ni quantity untuk 3 biji epal merah bersize kecil.

2) Setelah siap dipotong dadu, masuk kan apple tersebut ke dalam steamer.. (sbb sy masak nasi guna steamer.. kalo xde, lepas nasi masak, boleh masukkan buah apple ni.. )
Anggaran masa dalam 15-20 minit.

 3) Ini hasilnya.. buah epal yg telah di kukus.. sudah lembut dan lembik.. kemudian, kisar kan buah epal ni..

 4) Bagi baby 6 bulan, pastikan tekstur puree ni betul2 halus.. tapis puree ni terlebih dahulu sebelum disimpan..
- bagi faris yg dah 7 bln lebih dan dah ada gigi, ibu kisar halus tapi tak buang hampasnya..

5) Masukkan puree dalam bekas ais cube.. bagi 3 biji epal yg bersaiz kecil tadi boleh menghasilkan 9 biji cube puree apple..
- yg last tu tinggal sikit sbb dah bagi fais makan.. hihi..

6) Simpan di tempat beku..

7) Setelah beku, keluarkan puree dan simpan di bekas yg bertutup rapat. Labelkan tarikh dan masa puree ni dibuat..
- biasanya ibu buat sikit2 jer untuk 2, 3 hari makan.. supaya faris makan yg fresh..

Setiap hari ibu bekalkan faris 3 cubes puree buah-buahan.. tapi bukan semua apple.. kadang2 2 epal, 1 betik.. or kentang.. utk betik dan kentang lain caranya.. nanti kalo rajin ibu share lagi ye..

Ok.. tu jer.. short entry utk arini..
bye..bye..
^__^


You Might Also Like

2 comments:

  1. Eh af, kalau kentang lain ke caranya. Kalau betik ye la x yah rebus/steam. Kentang sama je kot ngn epal kan. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kentang/labu biasanya kena rebus.. kalau buah2 cam epal / pear boleh steam jer.. tp boleh jer kalau nak steam kentang, lama sikit la.. huhu.. tp faris x suke makan kentang, dia paling suke betik, labu n epal..

      Delete