Hari Raya,

Popia Nestum Horlick

July 31, 2013 Ibu Dilah 12 Comments


Assalamualaikum semua..

Tinggal beberapa hari jer lagi kita nak menyambut kedatangan bulan syawal kan.. mesti ramai yg tengah pulun wat persiapan terakhir kan.. tp jangan lupa ibadah lain di bulan ramadhan  ni yer.. yg penting jangan sampai berlaku pembaziran..

Bila cakap pasal raya mesti org citer pasal baju raya, kuih raya, duit raya dan perhiasan rumah kan.. aku part yg lain2 tu ada la sediakan sikit2.. tp kalo part kuih raya, mintak mahap la yer.. aku x pandai nak wat biskut2 raya ni.. tau makan jer..hahaha

Dulu time kecik2 or time lom kawen, kitorg wat biskut raya kat umah Bunda bila adik ngan kakak balik bercuti sama.. maklum ler, aku ni tangan keras sikit, diorg tu part masak2 memang handal.. aku jer yg paling malas turun ke dapur.. hahaha..

So skrg bila dah kawen, rasa kan la.. x merasa nak wat biskut2 kat umah sendiri.. kalo nak pi order or beli kat kedai tu.. RM100 dpt 4 jenis.. hahaha.. tp rasanya x jamin la yer..

Tapi dalam x pandai nak wat biskut raya tu, aku tetap ada keinginan nak wat kuih raya sendiri.. ala, wat yg simple2 jer.. lagi2 yg x payah nak bakar2.. tambahan pulak dengan adanya 2 org assistant aku tu, memang payah ler nak ke dapur lama2... 'small soldier' tu lagi la, cepat jer dia kejau mak nyer ni nanti.. ada yg termasuk dalam tepung lak nanti.. hahaha

Okla, panjang nau mukaddimah aku ni.. asalnye nak citer kuih raya pertama yg aku wat jer pun, tapi dah terbebel panjang lak.. sori la yer.. aku kan memang kuat membebel.. hahaha.. so, nak diceritakan yg aku dah dapat wat kuih raya @ dengan kata lain kerepek raya.. hahaha.. iaitu popia nestum.. resepi yg sgt mudah dan simple.. dan yg paling penting rasanya sedap sgt.. jom tengok resepi..

POPIA NESTUM @ HORLICK
(anggaran 400 pcs)

Bahan2nya:
1 paket kulit popia (40 keping)
**1 1/2 cwn nestum origanal
**1/2 cwn susu tepung (aku guna dutch lady)
**1/2 cwn horlick
**1/2 cwn gula castor
1 sb tepung gandum (bancuh dgn sedikit air)
minyak utk menggoreng

Cara membuatnya:


1) Buka kulit popia satu persatu dan gulung. sapukan bancuhan tepung tadi di hujung kulit popia yg telah digulung.. tepung tu berfungsi sebagai gam, tak bagi kulit popia tu terbuka bila digoreng.

2) Buat sampai habis kulit popia tu.. lepas tu gunting serong2.. 1 gulung boleh digunting kpd 10 bhgian. Gunting semua..

3) Panaskan minyak utk menggoreng dalam kuali. bila minyak dah betul2 panas, baru masukkan popia tadi. api jgn besar sgt. goreng sehingga keemasan sikit.. balik2kan supaya warnanya sekata.. bila dah siap, angkat dan toskan.. pastikan minyak di tos kan betul2.. alas bekas dengan tisu.
4) Sementara menggoreng popia tu, sediakan bahan untuk serbuknya pula.. blend semua bahan yg bertanda **.

5) Bila popia dah kering dari minyak, masukkan popia dalam campuran nestum tadi dan gaul rata.. buat sampai siap..

6) Dah siap.. boleh masuk dalam balang..

# TIPS
* Ketika menggulung kulit popia, pastikan kedudukan anda jauh dari kipas. Kalau tidak, kulit popia akan cepat kering.
* Boleh guna lidi or chopstick bagi memudahkan proses menggulung kulit popia.
(tp aku tak guna pun)
* Jangan gulung terlalu padat, biar longgar sikit supaya popia tu akan jadi rangup dan serbuk nestum boleh masuk dicelah2 popia.
(kalau padat, popia akan jadi keras selepas digoreng)

SELAMAT MENCUBA!!

P/S :Hurmm.. mudah sangat kan.. aku rasa macam tak cukup jer sebalang tu untuk raya, mcm nak wat lagi jer.. hahaha.. tuan rumah yg banyak makan ni..


Pssttt... nak jana pendapatan di rumah?? Klik >> Jobdirumah untuk info selanjutnya..


 

12 comments:

Aktiviti bersama family,

Melentur buluh biarlah dari rebungnya : kakak sembahyang subuh

July 30, 2013 Ibu Dilah 0 Comments


Salam ramadhan semua..

Hari jumaat lepas, kakak dan adik bangun awal.. masa ibu dan ayah tengah bersahur.. biasa la tu.. dalam 2minggu mesti ada 2 or 3 ari yg anak2 ni akan bangun awal..

Bangun2 jer terus minta nasi.. nasi ngan kicap katanya.. muka segar bugar tu, macam bukan org baru bangun tido.. so, bagi la kakak nasi ngan lauk sikit.. makan xde la banyak mana, tp tengok org makan, dia pun nak makan jugak..

Siap makan, ibu kemas2, basuh pinggan mangkuk, siapkan bekalan susu adik.. pastu dah azan subuh, ibu pun nak solat.. adik kat tepi ibu.. kakak nampak ibu nak solat, dia pun cakap 'kakak nak semayang jugak'.. okla, tapi kakak kena  tolong ibu jaga adik dulu.. lepas ibu sembahyang kakak pulak sembahyang.. ibu pulak jaga adik.. 

Lepas ibu sembahyang, ibu pakaikan kakak telekung dia pulak.. dia pun berdiri kat sejadah.. mula sembahyang.. kali ni dia sembahyang nampak kusyuk sgt.. walaupun xde baca pape pun sbb x pandai lagi, tapi tengok muka dia mmg siyes sgt.. mcm real dia tgh sembahyang..


Biasanya kalo dia perasan kita tgh usha2 dia, dia akan ketawa.. tp ni tak.. x pandang langsung.. lepas tu dia rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan berdiri balik.. sampai siap.. walaupun ada yg x betul sgt dan skip perbuatan, tp alhamdulillah, kakak dah ingat jugak sikit2 step dalam sembahyang.. suatu perkembangan yg baik kan...

Lepas ni boleh ajar bacaan pulak sikit2.. Semoga kakak menjadi anak yg bijak dan solehah.. ameennn.. 
"Melentur buluh biarlah dari rebung nya " 

0 comments:

Aktiviti bersama family,

Roti Lapis Daging Berkeju

July 29, 2013 Ibu Dilah 4 Comments


Salam Ramadhan semua.. pejam celik, pejam celik x sampai 2 minggu lagi kita dah nak raya kan.. mesti skrg ni dah ramai yg sibuk wat persiapan untuk hari raya kan.. baju raya, kuih raya, rumah raya.. eh?? ada ke rumah raya?? hahaha..

Sampai sekarang aku lom ada kuih raya lagi.. order pun xde, beli pun x, apatah lagi nak buat kuih raya.. ada gak tepikir nak wat 1,2 jenis kuih raya.. tp x tau la dapat ke idok nak buat.. maklum ler, dengan anak2 kecik tu, susah sikit ler nak berkampung kat dapur nanti.. ramai nau assistant nye nanti.. hahaha

Ok, arini nak share resepi roti lapis daging berkeju @ lasagna melayu (org kata la kan..) tapi ada gak kebenarannya.. sebab ni 1st time aku buat.. tp asben cakap "mcm yg aku wat dulu.." aku pun pikir bila masa lak aku wat benda alah ni.. pikir punya pikir dia cakap dulu aku penah beli yg ready made punya.. oh ye.. baru la ingat, aku penah beli lagsania ready made.. maknanya kompem la sama kan tp versi melayu..

Memandangkan ada roti kat rumah yg dah nak expired, maka muncul la idea nak wat roti lapis ni.. lagi2 bahan semua ada.. kononnya nak buat untuk berbuka, tapi x sempat sebab balik sopping semalam dah penat.. melayan si adik tido.. bila baru stat nak masak si kakak lak 'yak' tp sembelit.. last2 kul 7 baru stat nak masak.. kompem lar x sempat nak makan time berbuka.. jom kita tengok resepi nya.. aku dah x ingat amik resepi dari mana, sbb dah lama cari dah, resepi pun campur2.. so ni resepi campuran aku la.. basic punya senang dan simple..

ROTI LAPIS DAGING BERKEJU
(untuk 2~4 org)


Bahan-bahannya:
8 keping roti
8 keping cheese (slice)
Keju mozarella

(A) Bahan inti
1 keping daging kisar (aku guna ramly)
1 labu bawang besar (potong dadu)
3 biji bawang putih (potong dadu)
1 sudu besar serbuk kari
1 sk serbuk lada hitam
1 sk serbuk lada sulah
1 cawan air
garam secukup rasa

(B) Bahan kuah/sos
2 biji telur
100ml susu segar

Cara penyediaan:

1) Tumis bawang besar dan bawang putih dalam kuali.. bila bawang dah layu, masukkan serbuk kari yg telah dibancuh dengan sedikit air.. tumis sampai naik bau..
2) Masukkan daging kisar.. cerai2kan daging, jangan bagi berketul2. masukkan 1 cawan air.
3) Bubuh serbuk lada sulah, lada hitam dan sedikit garam. jangan letak garam banyak sgt sbb nanti nak letak cheese. cheese tu kan masin..
4) Masak inti sampai daging tu empuk dan kering.. dan tutup api.

Cara penyediaan roti lapis:
1) Sapukan majerin pada bekas/loyang.. nak senang letak aluminum foil pada loyang dan sapu majerin.. lebihkan sikit aluminium foil supaya senang nak angkat keluar.

2) Pecahkan telur dalam bekas, tuangkan fresh milk dalam telur dan pukul sebati.

3)Celupkan roti dalam campuran telur dan susun dalam loyang untuk lapisan pertama.


4) Letak inti daging atas roti.. ratakan inti..(guna separuh dari inti tu)


5) Susun kepingan cheese di atas inti daging.

6) Ulang langkah 3 hingga 5 sampai siap. akan ada 3 lapis roti.
7) Jika ada lebihan bacuhan susu dan telur, tuangkan ke semuanya dalam bekas loyang.


8) Tabur kan keju mozarella di lapisan paling atas sekali.. tabur banyak2.. lagi banyak lagi best.

9) Akhir sekali, bakar roti lapis dalam oven selama 40~45 minit pada suhu 18o degree.


10) Siap.. sedap dimakan ketika panas2.. boleh makan begitu sahaja ataupun makan dengan sos.. memang sedap sgt ok..

Selamat Mencuba!!

# happy sgt sbb dapat pujian dari en.asben lagi..hehehe.. dia cakap sedap sgt!!
Pasni boleh buat lagi..

Pssttt... nak jana pendapatan di rumah?? Klik >> Jobdirumah untuk info selanjutnya..

4 comments:

Aktiviti bersama family,

Wordless Thursday # Sama jer gaya tido kakak dan adik

July 25, 2013 Ibu Dilah 0 Comments


Gaya tido kakak ngan adik sama jer.. ni gambar pagi tadi.. kakak kalo tido suke peluk adik.. pastu ganaz lak tu.. hahaha..
sweet sgt kan..

0 comments:

Aktiviti bersama family,

Berbuka puasa di Heaven Steamboat & Grill Buffet

July 23, 2013 Ibu Dilah 1 Comments


Alhamdulillah.. rezeki bulan ramadhan yg mulia ni.. aku terpilih sebagai salah sorang pemenang cabutan bertuah di Heaven Steamboat and Grill Buffet.. Nama pemenang telah diumumkan pada awal ramadhan aritu di FB mereka..

Actually aku penah makan dia HSGB ni dah 3 kali.. dari situ aku dapat tau pasal cabutan ni.. caranya sangat mudah!! hanya like page mereka dan setiap bulan akan ada 4 org pemenang bertuah akan dipilih.. lagi banyak kita like dan komen di FB HSGB ni lagi besar peluang kita untuk menang cabutan ni..

Memandangkan bulan ni bulan kelahiran HSGB, maka mereka ada buat extra cabutan.. biasanya ada 4 org pemenang jer, tp kali ni ada 8 org pemenang.. dan nama ku no. 5. alhamdulillah.. rezeki kan.. 1st time rasanya menang2 cabutan bertuah ni.. aku dapat tau berita ni bila aku bukak fb.. time tu tgh baring2 lepak2 ari ahad kan.. tetiba nampak HBGB ni post pengumuman pemenang untuk bulan Jun..


Pemenang cabutan bertuah akan menerima pakej berbuka untuk 2 org di HSGB.. tp kalau bukan bulan puasa tu bila2 pun boleh claim hadiah tu.. so, kitorg decide utk berbuka di HSGB pada hari khamis lepas.. tu la 1st time kitorg berbuka di luar sepanjang bulan puasa kali ni.. 


Orang kuat yg banyak memasak hari tu.. haha.. kitorg sampai restoren tu betul2 time azan magrib.. nasib baik dah booling dulu.. tp baby chair dah habis lak.. so terpaksa la pangku adik sepanjang masa.. tu yg asben jer yg byk masak.. aku dah last2 baru dpt main masak2.. hahaha..


 Aku rasa kalo org lain mesti makan dah banyak.. hubby aku ni makan sikit jer.. pastu dia cakap dah kenyang.. whatt?? dah kenyang?? aku ni x rasa apa pun lagi.. walaupun dah masuk mulut gak tp rasa cam lom makan pape.. hahaha.. dasar kuat makan yer.. hahaha.. bukan apa, kalo makan sambil2 tu menyuap dan melayan kakak & adik kan, memang ler tak terasa kenyang kan..

Tapi lepas hubby aku pegang adik jer, aku stat makan sorg2.. kejap jer dah kenyang.. sbb baru dapat fokus pada makanan kan.. hahaha.. boleh gitu?? ada jer alasan aku ni ek.. tp siyes, aku x bohong.. cam tu ler aku.. pastu bab perabih segala makanan dah kompem2 ler aku.. macam tong perut aku ni dah.. hahaha.. ala, aku kan menyusukan adik, tu yg cepat lapar.. [alasan lagik..]


Sape yg berminat boleh la datang ke Heaven steamboat and grill ni.. murah2 jer harga buffet kat sini.. pastu banyak pilihan.. ada aiskrim lagi.. tp aku x sempat nak makan aiskrim sbb dah kenyang sgt.. rugi..rugi.. hahaha.. sapa nak datang berbuka dekat sini pun boleh jugak..

okla.. tu jer citer berbuka di HSGB..
sape nak menang pakej makan di HSGB ni cepat2 like di FB HSGB di SINI.
Like/comment banyak2 untuk menang kupon makan tu yer..
Oh.. lupa lak nak bgtau, HSGB ni terletak di Tmn Universiti, Skudai Johor..
ok, Good Luck!!


1 comments:

Aktiviti bersama family,

Meriahnya dapat berbuka bersama family!!

July 22, 2013 Ibu Dilah 0 Comments


Assalamualaikum semua..
alhamdulillah, arini dah masuk 13 hari kita semua berpuasa kan.. so far aku still puasa penuh lagi.. xde ponteng2 lagi.. hihihi.. sepanjang 11 hari berpuasa aku ok jer cuma smlm jer dah petang dlm kul 4 lebih tu aku betul2 tired dah.. mungkin sebab smlm aku x sempat nak bersahur.. pastu dengan menyusukan adik faris lagi kan.. memang betul2 rasa x larat sgt.. lagi2 nak berdiri, rasa cam nak pitam jer dah.. badan dah kekurangan air kot..

Oh ye.. ari jumaat lepas, bunda tokbah (mak & abah aku) dan ciksu, adik aku yg bongsu tu datang rumah kitorg.. diorg sampai betul2 time dah nak berbuka.. aku pun sampai umah dah lambat kan, mmg x dan ler nak masak2.. just wat air panas jer.. pastu hubby balik keje terus singgah bazar beli nasi dan mee sup.. bunda lak dah siap bawak kuih dari melaka.. wah.. makanan dari melaka tau.. yg pasti ada popia sira garing, memang sedap gilos la.. aku memang suka popia sira yg jual kat melaka sbb garing.. memang penuh la meja hari tu.. tu 1st time kitorg makan byk2 sepanjang bulan puasa kali ni..

Ari sabtu lak, kitorg xde beli makanan kat bazar.. masak simple2 jer.. xde masak banyak2.. aku masak asam pedas ikan parang, goreng ayam, goreng sayur bayam.. pastu bunda lak wat bubur lambuk.. itu jer.. xde kuih2 pun.. tu pun makan x abis.. actually kitorg mmg kalo berbuka puasa style makan ala kadar jer.. xde beli makanan byk2 kat bazar sampai penuh meja n membazir.. kalo org lain biasa bulan puasa banyak membazir beli makanan byk2, tp kitorg tak, yg penting dapat berbuka..

Tapi semalam paling happening la.. sebab masa tghari tu tetiba bunda cakap nak wat sate goreng.. whattt?? sate goreng?? sedap tu.. pastu wat sambal kacang lak.. & kebetulan kat umah ada ketupat segera.. wah!! dah macam menu raya ler pulak kan..  memang superb!! pastu last minit aku tambah wat sayur masak lodeh pulak.. memang kena betul la menu semalam.. terangkat habis beb!!


Memang mabeles la.. sedap hingga menjilat jari beb!! paling tak tahan hubby siap dah bgtau awal2 suruh simpan sambal kacang tu sikit.. dia nak wat cicah ngan jemput2.. hahaha.. tak agak2 ko.. time tu lom rasa lagi, tapi dah suruh simpan.. kahkahkah.. tp yg ni bukan aku masak ler.. bunda yg masak.. aku kena try wat sendiri lepas ni.. kena mintak resepi dari bunda..

Sate goreng tu pun bunda yg buat jugak.. sebelum ni bunda mmg penah buat.. tp kali ni dia wat ikut resepi dari internet.. wah.. mentang2 bunda dah pandai meng'google' skrg ni kan.. dah pandai cari2 resepi ye.. hehehe..

Dah semua bunda yg masak, apa yg aku masak?? hahaha.. aku cuma masak sayur masak lodeh tu jer.. pastu aku wat cheesekut lagi skali.. hihi.. sajer jer wat cheesekut sbg dessert tuk smlm.. lagipun aritu aku ada post kat pesbok, adik aku dah tengok.. so alang2 dia ada, aku wat la.. sempat la aku turunkan ilmu skali.. hah, lepas ni boleh la dia wat sendiri nanti.. hehehe..


Tu pun aku wat separuh, pastu dia sambung abiskan sbb adik faris dah bangun tido.. merengek ler dia bila ibu dia xde kan.. tu yg aku suh adik aku siap kan.. dapat la bekal kan diorg bawak balik kg sikit.. hihi..

Yang pasti menu berbuka semalam memang superb!! macam menu raya kan.. bunda pun dah cakap raya tahun ni bunda nak wat sate goreng ngan daging ungkep.. tak nak menu yg bersantan.. kalo nak makan rendang, kat umah makcik2 aku leh makan.. hihi.. boleh gitu??

Alhamdulillah, walaupun aku x dapat balik kampung berpuasa ngan diorg masa awal ramadhan aritu, tp sekurang2 nya aku merasa la jugak berpuasa bersama family bila diorg datang sini.. tu pun kakak melalak bila bunda & ciksu tinggalkan dia... dia nak ikut bunda balik kg..

0 comments:

Aktiviti bersama family,

Solid Food : Resepi begedil untuk baby ( 9 months )

July 18, 2013 Ibu Dilah 3 Comments


Salam semua..

Aritu aku ada share resepi begedil daging kan kat SINI. Masa aku wat begedil aritu, tetiba aku dapat idea nak buat kan begedil untuk adik faris jugak.. mana tak nye, time tu aku dah goreng 2 biji kentang, kakak nampak dia nak makan.. aku bagi la.. pastu dia bg adik makan kentang skali.. abis lebih kurang 2 biji kentang diorg makan.. terpaksa aku kupas kentang lagi tau..

Ok.. xmo bebel banyak2, bulan pose kan.. [walaupun cuma taip jer.. hahaha]. Meh kiter tengok resepi begedil daging untuk baby.. aku adjust sikit mengikut kesesuaian baby..

Begedil Ayam untuk Baby (9 months)



Bahan-bahannya

Sedikit isi ayam bahagian dada
1 1/2 biji kentang (bergantung pd saiz kentang)
2 biji kurma
2 sudu tepung
sedikit daun sup/kucai

Cara penyediaannya:

1) Kupas kentang dan potong dadu. Isi ayam potong kecil2.
2) Rebus kentang dan ayam dalam periuk..
3)  Bila kentang hampir empuk, masukkan kurma yg telah dibuang biji.
4) Bila kentang dah empuk, toskan semuanya.. biarkan seketika.[ Jangan buang air rebusan tadi, boleh dijadikan stok ayam]
5) Lenyekkan semua bahan menggunakan batu lesung / blender jer lagi senang. blend halus..



6) Masukkan bahan2 tadi dalam bekas. Bubuh 2 sudu tepung.. Masukkan daun sup/kucai.. gaul hingga sebati. [pastikan semua aduanan bersatu dan bole dikepal2..]


7) Bentukkan aduanan kecil2 dan leperkan.. [ kalo nak terap pun boleh jugak ]
8) Panaskan non-stick pan.. letak sedikit saje olive oil.. [letak beberapa titik jer]
9) Masak begedil yg telak dibentuk tadi.. pusing2kan sekejap2..  bila dah masak boleh angkat. [x perlu lama sgt sebab semua bahan tadi dah direbus kecuali tepung]
10) Siap.. boleh bagi baby makan..


Adik faris suka makan begedil ni.. ada rasa manis2 kurma.. aku tak goreng semua.. aku goreng sikit2.. yg lebih tu simpan dlm peti.. boleh goreng keesokan hari untuk dibawa ke umah babysitter..

Ok, selamat mencuba!!

P/S : sori, gambar mmg x cantik.. tak dan nak amik gambau betul2.. tangan penuh dengan kentang time tu.. ngan anak2 duk depan aku, duk tengok aku wat.. kena wat cepat2 la.. hehe


3 comments:

Aktiviti bersama family,

Bibir berdarah, adik faris jatuh!!

July 17, 2013 Ibu Dilah 2 Comments


Semenjak 2 minggu lepas, si hero cilik ni makin lasak dan berani.. mana tak nye, adik dah mula dapat kaki.. dah pandai berdiri sendiri dekat sofa, meja dan katil tanpa bantuan ibu dan ayah..

Skrg ni, pantang jer org letak adik kat bawah, terus jer dia bangun.. mencapai2 sofa or meja.. terus berdiri.. kalau kat sofa ngan katil tu adik dah boleh panjat dah.. ohh.. dah besar dah anak bujang ibu ni..

Skrg kat kerusi meja  makan pun dia dah boleh berdiri.. pastu tangan comel dia duk meraba2 nak mencapai barang atas meja.. ohh.. comel sgt hokeh!! bayangkan ler kalo tetiba jer ko nampak ada tangan kecik duk raba2.. hahaha.. comel sgt!! tp sgt bahaya kalau xde org yg perasan.. kalau dia pegang kerusi or meja tu tak kuat boleh jatuh tau.. tu yg bahaya..

Malam tadi kejadian yg x diingini dah pun berlaku.. time tu aku kat dapur tgh buat bubur adik n basuh2 pinggan... adik ngan kakak main kat hall.. tp kejap2 memang aku pegi tengok la bebudak tu main berdua.. tak pun aku tanya2 kakak adik tgh wat apa, kat mana.. aku suh kakak jadi mata2 aku, suh dia tolong jaga adik.. ala.. tolong tgk2kan jer la.. budak baru nak masuk 3 thn kan, tak boleh la nak diharapkan sgt kalo suh jaga adik..

Nak dijadikan citer, kakak ni duk ulang alik g dapur ngan hall, kejap tgk ibu kejap tgk adik.. ada skali tetiba kakak lari pegi kat aku.. pastu aku dengar adik nanges.. aku dah x sedap ati.. tanya kakak adik jatuh ke?? biasa la budak2 kadang2 boleh terus jawab, kadang2 dia cakap benda lain.. dengar suara adik nanges kuat..

Aku cepat2 lari pegi tengok adik.. ayah dia dah datang dulu tgk adik.. adik jatuh!! berdarah mulut!! ayah mula nak marah kakak, tanye kakak sape yg buat..
ala.. budak baru kalau kena marah, ditanya susah ler nak jawab kan.. dia sendiri ketakutan.. lagi kita marah2 dia lagi la takut nak cakap kan..

Aku kompem selamatkan adik dulu.. lepas dapatkan adik dan tengok kat ne luka dia, aku terus nyusukan adik.. itu jer cara terbaik nak tenangkan budak kecik cam adik.. lepas dia nyusu [kejap jer pun] terus dia x nanges lagi.. bila lepas cik N pun dia bole sengeh2 tayang gigi 4 btg dia tu.. cam xde pape yg berlaku jer.. fuhhh.. lega hati aku bila adik dah x nanges lagi.. makna nya xdela sakit sgt kan.. kalo dia sakit mesti dah nanges balik lepas menyusu..


Pastu aku tengok keadaan luka adik.. betul2 kat tengah bibir belah atas dia.. terpecah sikit, tu yg berdarah.. dan dah bengkak sikit... cian sgt tengok bujang tu.. tp adik memang kuat!! anak laki2 kan.. mesti la kuat.. jangan nanges2 kan...

Lepas tu dah bole main2 lagi ngan kakak, dah bole gelak2 sama2.. aku rasa adik yg jatuh sendiri.. kakak tu nak bgtau aku jer.. tp bila kena sergah ngan ayah, ketakutan ler dia kan..

Ingat kan lepas dah jatuh tu, memasing bole ler tido awalnye.. lagi rancak budak 2 org tu bermain.. aku dah tutup lampu bilik.. tp diorg leh main dalam gelap berdua.. [tp xde la gelap sgt pon sbb biasanya aku akan buka 1 lampu hall, so cahayanya akan masuk ke bilik]  tapi si kakak tu memang berani.. tiap2 malam dia tido lambat, main sorg2 kat luar.. sbb aku dah cakap kalo x nak tido, nak main pegi main kat luar [kat hall ler tu].. nak tido baru masuk bilik..


So malam tadi, budak berdua ni main dlm bilik jer.. bukan main apa pun.. adik berdiri kat kepala katil sambil pegang kete.. tu jer pun.. kakak lak tiru gaya adik.. tp x bole tahan kalo adik terduduk jer, cepat jer kakak paksa adik tu berdiri balik.. adohaii.. sabo jer la anak2 ni kan.. dah tu mulut kakak lak bising mengomel2.. kakak kan.. mulutnya memang bising..

Kakak dah suka dah skrg dia dah ada kawan bermain.. dulu main sorg2 kan.. bila adik dah besar sikit, dah boleh diajak bermain.. adik pulak, pantang kakak panggil dia, ajak dia, cepat jer nak ikut kakak.. tengah nyusu pun dia bole stop kejap dan menyegeh kat kakak.. hahaha...

Tu la 2 org kesayanganku.. buah hati pengerang jantung aku.. suka sgt tengok anak2 main bersama2.. hepi sgt!!

2 comments:

Aktiviti bersama family,

Trip # 2nd Family Day 2013 Terengganu - Kuantan / Bukit Gambang (22 ~25/5/13) Part 4

July 16, 2013 Ibu Dilah 2 Comments


Adohai... bukan main lama lagi aku nak habiskan citer pasal cuti2 malaysia kitorg kat t'ganu - kuantan / gambang ni.. hampir2 aku terlupa yg aku lom abis lagi citer.. tu la, asyik citer benda lain jer, lupa dah pasal family day ni.. ni pun aku teringat sebab ternampak gambar sate zul.. hahaha.. 
[tengok tu, bulan2 pose ni nampak makanan baru nak ingat ye pasal cuti aritu yer..] teruk tul perangai ek.. 

Ok2, jom sambung citer pasal family day aritu. Kalau nak tau citer sblm ni ada kat sini, PART 1, PART 2 and PART 3.

DAY 3

Hari ke-3 ni kitorg planning nak ke Bukit Gambang Water Park. So, kena la gerak awal2 pagi dari Kuala Terengganu.. emm, kalo dah ramai2 ngan anak2 kecik ni, jangan harap ler nak kuar awal sgt. lagi2 nak check out dari homestay kan, banyak ler barang2 yg nak dikemaskan.. 

Pukul 9 lebih kitorang check out dari homestay. planning nak singgah breakfast kat mana2 kedai tepi jalan masa on the way turun ke kuantan.. tapi cam banyak kedai x bukak pulak pagi tu.. ada pun asyik dah terlepas jer.. tambahan pulak time tu sibuk meng'usha' gerai2 yg jual kopok di sepanjang jalan.


Kalo gi t'ganu x sah la kalau balik x bawak ole2 kopok dan kopok lekor kan.. ada member en asben ku bgtau yg kopok lekor 008 sedap.. sebelum ni aku pun x tahu menahu pasal nombor2 gerai ni.. rupa2nya nombor2 tu mcm kod kedai la.. senang org nak tau kedai nombor berapa. maklum ler banyak sgt gerai tepi jalan tu kan..
Jalan punya jalan x jumpa jugak gerai 008 tu.. last2 kitorg benti jer la mana2 gerai yg nampak yg menarik dan banyak barangnye.. tu pun x memborong sgt.. pastu teruskan perjalanan depan sikit lagi baru jumpa gerai 008 tu. kalau dari arah t'ganu ke kuantan, gerai tu sebelah kanan.. so kena la melintas jalan. gerainya pun besar.. nampak jelas pekerja2 gerai tu buat kopok lekor sbb open jer.. kat sini banyak gak la memborong kopok..

Nak mencari kopok lekor tu pun dah makan masa lama. time tu dah pukul 11 dah kalo x silap.. [sori aku dah lupa sikit2..] makan tak lagi, perut dah bunyi2 dah.. macamana nak sampai bukit gambang pukul 12 ni [planning asal sampai BG kul12]. then, tok bah cakap dia dah janji nak singgah umah sedara kat bandar dungun pulak.. so x yah la singgah breakfast.. direct ke dungun.

Sampai dungun dah tengahari.. rumah sedara kitorg ni betul2 kat bandar dungun.. sampai jer rumah dia, borak2 kejap pastu org tu jemput makan tengahari.. wah! macam org ngantuk disorongkan bantal pulak.. masing2 makan bukan main lagi. . dah lapo katenye kan.. hahaha.. siap makan terus kitorg teruskan perjalanan..

Kalo dah namanya lepas makan, mata mesti ler mengantuk.. lagi2 jalan tengahari buta, tengah panas2 kan.. en2 driver sume dah mula layu.. jalan slow jer..  haii, kalo cam ni kul bape nak sampai.. asben ku tu lain pulak, kalo ngantuk dia lagi bawak laju2.. nak hilangkan ngantuk katenye..


Kitorg lalu jalan pantai.. so dapat la tengok pantai time siang.. aritu lalu pantai time malam x nampak apa pun.. lepas cherating baru kitorg masuk highway pantai timur..  time tu dah pukul 2 lebih.. disebabkan masing2 ngantuk, kitorg benti kat hentian kejap.. sambil2 tu discuss samada nak terus ke bukit gambang atau check in homestay jer.. sebab dah lewat kan, rugi la kalo mandi kejap jer kat water park tu..

After discussion, we decided untuk terus check in homestay jer.. memasing pun dah penat kan.. kali ni kitorg duduk homestay dekat kuantan sbb homestay dekat bukit gambang dah habis dah.. sampai homestay pun dah pukul 5 lebih sbb kitorg siap sesat2 lagi.. hahaha.. lepas tu kitorg relax2 jer, ada yg tido..

Malam tu kitorg kuar makan dinner kat Restoren Sate Zul. sate zul ni mmg glamer kat kuantan. terdapat 4 cawangan restoren sate zul kat kuantan ni.. tempatnya pun x jauh dari homestay, dalam 10 minit jer.. kalo dah expert jalan kat kuantan ni 5 minit boleh sampai.. kedudukan restoren sate zul ni pun dekat2 jer.

Restoren 1st yg kitorg pegi dah kehabisan sate.. pastu pegi restoren yg ke 2 pulak, ramai org jugak.. hampir2 x dpt tempat duduk. masa nak amik order, waitress tu cakap kuah kacang dah habis.. perghh.. yg tadi sate abis, ni kuah kacang pulak abis.. kalo kuah kacang abis nak makan ngan apa pulak???


Tapi nasib kitorg baik, kuah kacang dah sampai.. dapat ler makan ngan sate.. pastu masing2 ada order makanan lain, nasi lemak, nasi goreng dan macam2 lagi.. yang pasti sate zul ni memang best sgt.. dan besar.. x sia2 menunggu lama..


Harga sate ni pun berpatutan. Ayam hanya 70sen saje secucuk. Daging pulak 80 sen secucuk. kira murah la dengan saiznya yg besar kan.. Lepas makan kitorg jalan2 kat bandar kuantan kejap.. pastu terus balik homestay..  dan tidooo..zzzzz

Kalau datang kuantan jangan lupa singgah di restoren sate zul ye!!

Tinggal 1 entry lagi untuk last day.. harap2 aku x lupa la nak update nanti ye.. hehe



2 comments:

Aktiviti bersama family,

Resepi : Begedil daging

July 15, 2013 Ibu Dilah 18 Comments


Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, harini dah masuk hari ke-6 kita semua berpuasa.. kejap jer dah nak seminggu berpuasa kan.. pastu 2 minggu, 3 minggu, 4 minggu.. pastu dah raya.. haaipp.. baru seminggu puasa dah nak raya.. hahaha

Ok2.. lupa kan sebentar citer nak raye tu.. emm.. semalam korang berbuka apa? arini nak buka apa pulak? semalam aku buka mihun sup ala2 bihun soto.. nape ala2 pulak?? mesti kompius kan.. hahaha.. aku pun kompius sebenarnya apa beza mihun sup ngan mihun soto.. tp aku rasa biasanya kalau soto tu kuah sup dia pekat sikit.. pastu kalau resepi masak soto yg ori biasa ada begedil, soon kering tu, kacang2..


Semalam en asben request nak buka sup daging.. dah alang2 wat sup daging aku pun nak wat la mihun sup.. pastu teringat lak yg aku dah lama teringin nak wat begedil.. sebelum ni penah la buat masa kat umah mak dulu, tu pun wat ngan adik n kakak aku.. kira ni 1st time la aku wat sendiri.. dan yg pasti mendapat pujian dari en asben ku yg mempunyai taste yg sgt tinggi tu.. jarang dia nak puji2 ni kalo x betul2 sedap, ada jer yg dia nak komplen.. tapi kalau dia dah cakap 'best giler' tu apa maknanya?? korang pikir la sendiri.. hahaha..

Jom kita resepi begedil daging yg super sedap ni.. hahaha [mentang2 suami ko dah puji sedap giler, berbakul2 ko angkat sendiri ye.. hahaha]

Begedil Daging


Bahan-bahannya (20 biji) :

 4 biji kentang (saiz sederhana)
 250 gram Daging cincang (aku guna sekeping jer, brand Ramly)
 2 biji telur
 1 labu bawang besar [potong dadu]
 Secekak daun sup / daun kucai [potong kecik2]
 1 sudu kecil serbuk lada sulah
 1 sudu kecil serbuk lada hitam
 Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1) Kupas kentang dan potong dadu besar or potong bulat2.. (ikut suka korang nak potong camna). Then, goreng kentang sampai empuk dan toskan. [Kalau nak rebus pun boleh, tapi lama sikit la nak tunggu kentang tu empuk]


2) Sementara menggoreng kentang, goreng tanpa minyak daging cincang sampai masak. Then, toskan.


3) Lenyek kentang yg telah digoreng tadi menggunakan batu lesung.


4) Potong dadu bawang besar dan potong kecik2 daun bawang / daun kucai. [aku guna dua2 jenis daun]


5) Satukan daging cincang, kentang lenyek, bawang dan daun bawang/kucai dalam satu bekas. Masukkan kuning telur, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam dan sedikit garam.Gaul sebati semua bahan.

6) Bentukkan aduanan bulat2 dan leperkan.. Buat sehingga habis adunan. Untuk adunan ni boleh menghasilkan 20 biji begedil. [bergantung kepada saiz ye]

7) Panaskan minyak untuk menggoreng. Minyak tak perlu banyak sgt, agak2 tenggelam separuh begedil sahaja.

8) Celupkan begedil dalam putih telur dan masukkan dalam kuali. Agak2 sebelah bawah dahg garing baru terbalikkan.. Goreng sehingga warna keemasan dan angkat.


9) Siap!! Hidangkan.. boleh dimakan begitu sahaja atau cicah dengan sos. Boleh juga makan dengan soto.

Selamat mencuba dan selamat berpuasa!!

p/s : puas makan begedil macam tu aje.. boleh makan untuk sahur skali pagi tadi..

18 comments:

Homemade,

Murtabak Maggi mudah dan sedap!!

July 12, 2013 Ibu Dilah 19 Comments


Salam Jumaat semua..

Korang dah lunch?? eh..eh.. lupa posa pulak kan arini.. hehe.. tengah wat per tu? tengah pikir2 nak masak menu apa untuk berbuka nanti ker? ke yg kat opis tu tengah tido?? hahaha..

Actually aku dah rasa mengantuk jugak ni.. maklum ler dah tengahari kan.. xpe la sat2 g aku tido la kejap.. ni nak apdet belog jap..

Hah..time bulan posa ni mesti ramai mak2, cik kak-cik kak, makcik-makcik duk meng'google' mencari resepi masakan kan.. kan..kan.. betul tak?? hah, jangan tipu.. tuhan marah tau.. hihi..

Aku pun sama gak, duk pikir2 nak masak apa, walaupun balik umah xdela aku masak utk berbuka.. x sempat nak masak la..bukan tak nak masak.. tapi aku still pikir2 jugak apa nak masak untuk sahur.. dan jugak hari minggu.. time tu jer la yg boleh masak untuk berbuka..

Ni aku nak share 1 resepi mudah, murtabak megi.. sangat mudah.. sebelum ni penah buat, tp dah lama dah.. tetiba last week rasa nak makan pulak, so aku wat la lagi minggu lepas.. mungkin boleh buat lagi dalam bulan puasa ni.. jom tengok resepinya..


Murtabak Megi

Bahan-bahannya:
2 1/2 bungkus megi kari
**2 btg sosej
**4 btg jejari ketam
**1 labu bawang besar
**Sedikit daun sup / kucai
4 biji telur
Sedikit minyak

Cara penyediaan:

1) Celur maggi dalam air yg mendidih. Sekejap saje, jangan sampai kembang. then, toskan maggi dan letak tepi.
2) Potong dadu bawang besar dan potong sosej dan jejari ketam kecil2. Daun bawang / kucai potong kecik2 jugak.
2) Pukul telur sehingga kembang dalam mangkuk yg sederhana besar. masukkan perencah kari (ada 2 bungkus kan) dan juga bahan2 yg dipotong tadi. kacau seketika.
4) Masukkan maggi yg telah dicelur tadi ke dalam campuran telur dan gaul rata.
5) Panaskan sedikit minyak masak dalam non-stick pan. Tuang campuran maggi tadi dalam pan. Tekan2 sikit bagi maggi tu padat.
6) Bila maggi dah garing sikit, terbalikkan maggi tu..
7) Bila kedua2 belah dah agak garing dan x bercerai maggi tu, boleh angkat. Siap!! 

Boleh hidangkan dan makan bersama sos ketika panas2..

Selamat mencuba..

19 comments:

Aktiviti bersama family,

Selamat berpuasa semua!!

July 11, 2013 Ibu Dilah 2 Comments


Salam ramadhan semua..

Wah, dah masuk hari ke-2 puasa baru nak bersalam2 ye.. hahaha.. sori ler, ahkak bizi.. ade ke yg kesah aku ada ke xde? hahaha... mesti ramai yg bercuti semalam kan sempena awal ramadhan.. malangnya, aku kena kejer.. sobb..sobbbss.. en asben tu jer yg coti.. aku x coti.. sobs.. sobb lagi.. jeles tau......

Tapi nak wat cam ne, dah company aku x amik coti awal ramadhan kan, annual leave aku pun x banyak dah, so lupakan jer la angan2 nak duk umah masa 1st day puasa.. hahah..

Hari pertama puasa smlm memang penuh dengan cabaran bagi aku.. dah ler terlambat sahur.. walaupun terjaga awal, tp gara2 si kecit tu nak tek lagi, dengan aku2 terlelap sekali.. dekat2 azan baru tersedar balik.. cepat2 sahur..

Pastu pagi pegi keje jalan lengang jer.. maklum ler ramai yg coti.. gilerr boleh racing pagi tu.. hahah.. giler ko nak racing!! x sayang nyawa ker??
Hihihi.. tipu jer la.. walaupun habit aku bawak kete laju tp xde ler sampai nak racing bagai.. aku masih sayang lagi diri aku ni.. hahaha 

Sampai jer kat opis, bukak lappy.. skali masuk password failed!! dah kenapa?? rasanya aku x salah tekan lagi.. xkan baru bape jam pose dah lupa password pulak.. kompius tul aku.. panggil org it mintak tolong tengok kan, tp lambat pulak dia dtg.. time tu pulak dia bz kan, semua org perlu kan service dia.. sampai tengahari dok melahu tunggu org tu betul kan.. sabo jer la.. dh la mengantoks... keje banyak tp x leh wat keje.. naik ting tong kepala hotak aku ni..

Lepas setengah jam lappy tu ok dah time rehat pulak.. rasa baru nak warm up wat keje, dah rehat pulak kan.. xpela, dapat tido jap.. macam dah nampak bintang2 jer pusing2 kat pala aku ni.. hahaha.. lepas tido baru rasa fresh sikit.. lepas tu meeting pulak.. boring tul keje smlm..

Balik kul 5.3o ptg.. bulan puasa ni masa balik awal 30 minit.. so dpt la balik awal singgah bazar kejap kan.. en asben pun dah cakap weekday kita beli jer makanan kat bazar, weekend baru masak.. sahur tengok keadaan.. kalo nak masak, malam tu aku masak dulu.. xnak masak pagi2 takut terlewat bangun pulak.. lagipun dengan adanya si kecik tu keadaan mmg x boleh dijangka.. asyik nak ibu dia jer.. cam ne aku nak masak pagi2 kalo dia pun ikut bangun skali??

Part yg paling best semalam adalah kitorg solat terawih bersama2.. me, asben dan kakak imani pun ikut skali.. kitorg solat kat hall supaya senaang nak handle adik.. tu pun adik banyak kaco.. kakak asyik terjerit2 jer suruh adik dia ke tepi.. mulot nye bising cakap2 ngan adik, tapi bila kitorg rukuk, sujud dia tetap ikut.. hahaha.. kakak.. kakak.. lawak pun ada tengok gelagat kakak ngan adik smlm..

Alhamdulillah, arini dapat bersahur.. sahur nasi ngan telor jer pun.. ngan kuah kari daging semalam.. time sahur semua bangun.. adik ngan kakak mcm dia pun nak puasa skali.. aku makan sambil pangku adik, suap kan adik kurma.. bila dah abis kurma dalam mulut dia, dia tepuk2 meja, mulot bising2 mintak lagi.. hahaha..

Si kakak pulak kononnya nak makan sahur skali.. baru nak start makan, dia turun dari kerusi dn cangkung.. "Ibu, kakak yak!!" Hai, baru nak start makan dah berak pulak.. tu sebab baru lepas minum susu la tu terus berak.. last2 nasi dia aku bawak kan bekal ke rumah babysitter..

Bulan puasa ni aktiviti sgt pack.. esok pulak planning nak balik melaka.. minta jadi la, dah lama x balik melaka.. last balik bulan 4. tapi bunda tokbah jer yg ada dtg umah kitorg.. Rindu pulak kat diorg.. lagipun, ari sabtu ni ada buka puasa ramai2 kat umah nenek aku.. mesti meriah kan..

Semoga Allah permudahkan segala urusan ku arini dan seterusnya..
Aminnn..

Selamat berpuasa semua.. semoga di bulan ramadhan ini kita dapat melipat gandakan amal ibadah kita.. amin..




2 comments:

Homemade,

Resepi : Cheesekut yg sangat sedap dan mudah membuatnya!!

July 09, 2013 Ibu Dilah 23 Comments


Sehari sebelum masuk ramadhan sempat jugak buat cheesekut ni.. mana tak nyer, fenomena cheesekut tu bukan main glamer lagi skrg dikalangan geng blogger2 gojes.. aku tengok kat blog diorg jer, aku x join pun.. maklum ler, diorg tu sume geng2 gojes & duk KL nun.. aku ni kan silent reader jer..

Bila tengok cheesekut ni kat belog diorg, ohhh.. terliuq ahkak ni.. lagi2 dah nak masuk bulan pose ni kan.. karang tiap2 ari terbayang2 cheesekut tu.. Ohhh.. tidakkk!!



Maka nye smlm jugak ku gi cari bahan2 nya.. cari biskut jer pun sbb cheese cream tu mmg dah ada kat umah.. bahan pun simple sgt kan.. kompem boleh buat punye la.. cuma yg leceh nye nak cari biskut Duluxe Cracker tu.. memang susah nak dapat kat kedai2 runcit biasa.. mau 6-7 kedai gak aku pegi tp x jumpa.. last2 pegi Songmart baru ada.. rembat 2 pack terus sbb takut susah nak jumpa kann.. (xpe.. len kali leh try guna biskut lain)

Jom kite tengok resepi dan cara nak buatnya.. super simple okeh..

Bahan2nya :


250 gram Cream cheese (aku guna brand Tartura)
1 pack biskut Duluxe Cracker (Brand Hup Seng)
1/2 tin susu pekat manis ( kalo x suka manis boleh kurang kan)
Susu Low fat / full cream
Sedikit milo (sebagai hiasan)

Cara membuatnya :


1) Pukul cream cheese bersama susu pekat manis.
- Kalau nak senang guna blender jer mcm aku.. susu tu ikut resepi asal guna 1/2 tin, tapi pada aku still manis lagi.. next time kena kurangkan lagi susu tu.. sebab aku ni x suka manis2..

2) Bila dah kembang / sebati masuk kan 4 sudu susu full cream.
- tujuan masukkan full cream ni adalah utk mencair kan sedikit campuran cream cheese tu tadi.. tapi jangan terlalu cair dan terlalu pekat ye..


3) Sediakan bekas utk cheesekut ni.. letak baking paper utk memudahkan kita keluar kan cake ni dari bekas.

4) Masukkan sedikit susu full cream / low fat ke dalam bekas lain..
- sedikit saje untuk celup biskut.

5) Celupkan biskut satu persatu ke dalam susu tadi dan susun ke dalam bekas.
- celup saje ye, jangan rendam.. kalau rendam nanti biskut tu lembik..


6) Selepas siap susun biskut, letak campuran cheese cream tadi di atas biskut..
- sapu rata.. nipis2 ajer ye, x perlu tebal2..


7) Then, tabur kan milo di atas cream cheese.
- yg ni optional ye, tak nak letak pun xpe.. resepi asal2 nye x letak pun..

8) Ulang langkah 5 - 7 sehingga cream cheese abis..
- aku dapat buat 4 kali.. kalau nak tebal guna bekas yg kecik so dpt buat banyak lapisan..

9) Dah siap masuk kan dalam peti sejuk..
- bagi cheesekut ni sejuk dan keras sikit.. lepas tu baru boleh potong..

Siap!!
Mudah kan.. dalam setengah jam jer kot dah siap.. kalo dah expert nanti lagi cepat siap.. tp aku lambat sikit sbb 1st time buat dan ada gangguan dari anak2.. kalo tak, kejap jer dah siap.. hahaha

Selamat mencuba!!


23 comments:

Faris Zakwan

Faris Zakwan dah 9 bulan

July 08, 2013 Ibu Dilah 0 Comments


Salam semua..  Alhamdulillah, semalam 7 July my lil bambam dah masuk 9 bulan.. Ohhh..kejap jer dah 9 bulan anak ibu.. Rindu pulak suasana adik time baby2 dulu.. Time tu x pandai pape lagi.. Sume ibu ayah yg kena buat.. Skrg adik dah makin lasak..

Ikuti perkembangan adik sepanjang 8 - 9 bulan ni..


Adik dah pandai berdiri sendiri.. start 2 minggu lepas, mula2 perasan adik mula bangun sendiri.. pastu dia pegang sofa, or ibu ayah, pandai dia cari tempat nak berpaut.. dekat coffee table pun sama.. ohhh.. risau sgt kalo dia nak berdiri kat coffee table tu sbb table tu kaca, kalo dia x pegang betul2 boleh jatuh terhantuk.. bahaya sgt kan.. tp alhamdulillah, so far x penah terhantuk lagi.. tp jatuh dah banyak kali, nasib baik kitorg sempat tangkap dia.. kalo tak....


Lepas berdiri, adik start memapah dekat sofa.. bila ada peluang jer, dia akan berdiri, pastu slow2 dia memapah dekat sofa.. dekat katil pun sama jugak..

Step seterusnye, adik memanjat pulak.. bila dah confident berdiri kat sofa or katil, dia mula angkat kaki.. utk panjat.. saje nak tengok betul ke tak dia panjat sendiri, ibu acah dia dengan menan.. letak menan tu ketengah katil sikit.. memang betul, bila dia try nak mencapai menan tu tp x sampai, dia mula angkat kaki dan panjat katil.. bijak betul anak ibu ni la...


Adik dah pandai duduk sendiri.. x perasan bila dia stat duduk sendiri, tp bila perasan dia dah stat panjat2 atas ibu ayah dan mcm dah nak berdiri, baru la perhatikan dia betul2..

Dah tumbuh gigi atas.. sblm ni adik dah ada 2 btg gigi bawah.. 8bln stgh adik tumbuh 2 btg gigi lagi tp gigi atas pulak.. gigi rabbit mcm gigi ibu!! hahaha.. nampaknye adik banyak ikut ibu.. opsss..mare ayah dia nanti.. hehehe.. bila dah tumbuh gigi baru lagi ni, mula la gatal2 gusi dan gigi tu kan.. keje nye nak menggeget org jer skrg ni.. sabo jer la.. sakit giloss bila kena geget ngan budak kecit ni.. lgi2 time tgh menyusu.. ohhh.. rasanya mcm dah melecet dah cik N ku.. time kakak dulu xdela mcm ni.. agaknye baby boy mmg cam ni kot??eh iye ke??


Merangkak.. ermm.. belum lagi.. walaupun dah nampak gaya dia nak merangkak, tapi adik mcm xnak jer teruskan.. adik dah stat angkat montot dari 7 bulan lagi.. dah nampak 2 step ke depan.. tp pastu dia stop.. terus meniarap dah maju ala2 small soldier gitu.. agaknye dia pikir, cam tu lagi cepat.. haha.. satu rumah dia dah jelajah.. masuk bawah meja semua boleh..

Nampaknya si manja ibu ni makin aktif dan lasak.. tu sebab berat x naik
. Pastu dah pandai main ngan kakak.. iye la, badan pun dah kuat kan, boleh la main lasak2 main golek2 ngan kakak.. sweet sgt bila tgk diorg main sama2 tau.. nampak dah besar dah bila pandai main ngan kakak.. kakak pun suke la dah ada kawan ajak main kan..

Semoga anak ibu terus membesar dgn sihat dan baik.. 
Ibu, ayah dan kakak syg sgttttt kat adik tau..

P/s : agak2 raya nanti adik dah pandai jalan lom?? 
Erkkk.. x sabau lak nak tgk adik pandai jalan..

0 comments: