Murtabak Maggi mudah dan sedap!! - Ceritera Ibu

Murtabak Maggi mudah dan sedap!!


Salam Jumaat semua..

Korang dah lunch?? eh..eh.. lupa posa pulak kan arini.. hehe.. tengah wat per tu? tengah pikir2 nak masak menu apa untuk berbuka nanti ker? ke yg kat opis tu tengah tido?? hahaha..

Actually aku dah rasa mengantuk jugak ni.. maklum ler dah tengahari kan.. xpe la sat2 g aku tido la kejap.. ni nak apdet belog jap..

Hah..time bulan posa ni mesti ramai mak2, cik kak-cik kak, makcik-makcik duk meng'google' mencari resepi masakan kan.. kan..kan.. betul tak?? hah, jangan tipu.. tuhan marah tau.. hihi..

Aku pun sama gak, duk pikir2 nak masak apa, walaupun balik umah xdela aku masak utk berbuka.. x sempat nak masak la..bukan tak nak masak.. tapi aku still pikir2 jugak apa nak masak untuk sahur.. dan jugak hari minggu.. time tu jer la yg boleh masak untuk berbuka..

Ni aku nak share 1 resepi mudah, murtabak megi.. sangat mudah.. sebelum ni penah buat, tp dah lama dah.. tetiba last week rasa nak makan pulak, so aku wat la lagi minggu lepas.. mungkin boleh buat lagi dalam bulan puasa ni.. jom tengok resepinya..


Murtabak Megi

Bahan-bahannya:
2 1/2 bungkus megi kari
**2 btg sosej
**4 btg jejari ketam
**1 labu bawang besar
**Sedikit daun sup / kucai
4 biji telur
Sedikit minyak

Cara penyediaan:

1) Celur maggi dalam air yg mendidih. Sekejap saje, jangan sampai kembang. then, toskan maggi dan letak tepi.
2) Potong dadu bawang besar dan potong sosej dan jejari ketam kecil2. Daun bawang / kucai potong kecik2 jugak.
2) Pukul telur sehingga kembang dalam mangkuk yg sederhana besar. masukkan perencah kari (ada 2 bungkus kan) dan juga bahan2 yg dipotong tadi. kacau seketika.
4) Masukkan maggi yg telah dicelur tadi ke dalam campuran telur dan gaul rata.
5) Panaskan sedikit minyak masak dalam non-stick pan. Tuang campuran maggi tadi dalam pan. Tekan2 sikit bagi maggi tu padat.
6) Bila maggi dah garing sikit, terbalikkan maggi tu..
7) Bila kedua2 belah dah agak garing dan x bercerai maggi tu, boleh angkat. Siap!! 

Boleh hidangkan dan makan bersama sos ketika panas2..

Selamat mencuba..

22 comments:

  1. Tq for resepi..sy lama dulu ada buat.dh lupa caranya.ptg ni rs nak buat.

    ReplyDelete
  2. tq dear..sy nk cube buat sendri la pasni,,slu telan jer.tq sharing

    ReplyDelete
  3. Tq l will try

    ReplyDelete
  4. Slurrpppppppp... thanks 4 sharing...

    ReplyDelete
  5. Wow sodap ni kalo wat maggi tomyam boleh x...sbb nk bgi masam jer..

    ReplyDelete
  6. yes! jadi la murtabak maggi lepas ikut resepi ni! thanks ya!

    ReplyDelete
  7. Minyak letak bnyk mana?...api tu kne besar ke kecik?..huhu

    ReplyDelete
  8. Thank youuuu for the recipe! Dapnyeere omnomnommmm 😁😁😁

    ReplyDelete
  9. Mohon share resepi yer....tqvm

    ReplyDelete
  10. Ok da jmpa cara paling senang.ty :)

    ReplyDelete
  11. sedap!!!! uyul selalu buat jugak.

    Jom ke Blog Uyul Rosli >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  12. �� very the nice sharing...

    ReplyDelete
  13. Tkasih..... Ari in Cuba.....

    ReplyDelete
  14. Slurrpppppppp... thanks 4 sharing...

    ReplyDelete
  15. Tengok hari ni utk buat makan petang.. hehehe.. thanks for share..

    ReplyDelete