Resepi : Begedil daging
Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah, harini dah masuk hari ke-6 kita semua berpuasa.. kejap jer dah nak seminggu berpuasa kan.. pastu 2 minggu, 3 minggu, 4 minggu.. pastu dah raya.. haaipp.. baru seminggu puasa dah nak raya.. hahaha
Ok2.. lupa kan sebentar citer nak raye tu.. emm.. semalam korang berbuka apa? arini nak buka apa pulak? semalam aku buka mihun sup ala2 bihun soto.. nape ala2 pulak?? mesti kompius kan.. hahaha.. aku pun kompius sebenarnya apa beza mihun sup ngan mihun soto.. tp aku rasa biasanya kalau soto tu kuah sup dia pekat sikit.. pastu kalau resepi masak soto yg ori biasa ada begedil, soon kering tu, kacang2..
Semalam en asben request nak buka sup daging.. dah alang2 wat sup daging aku pun nak wat la mihun sup.. pastu teringat lak yg aku dah lama teringin nak wat begedil.. sebelum ni penah la buat masa kat umah mak dulu, tu pun wat ngan adik n kakak aku.. kira ni 1st time la aku wat sendiri.. dan yg pasti mendapat pujian dari en asben ku yg mempunyai taste yg sgt tinggi tu.. jarang dia nak puji2 ni kalo x betul2 sedap, ada jer yg dia nak komplen.. tapi kalau dia dah cakap 'best giler' tu apa maknanya?? korang pikir la sendiri.. hahaha..
Jom kita resepi begedil daging yg super sedap ni.. hahaha [mentang2 suami ko dah puji sedap giler, berbakul2 ko angkat sendiri ye.. hahaha]
Begedil Daging
Bahan-bahannya (20 biji) :
4 biji kentang (saiz sederhana)
250 gram Daging cincang (aku guna sekeping jer, brand Ramly)
2 biji telur
1 labu bawang besar [potong dadu]
Secekak daun sup / daun kucai [potong kecik2]
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:
1) Kupas kentang dan potong dadu besar or potong bulat2.. (ikut suka korang nak potong camna). Then, goreng kentang sampai empuk dan toskan. [Kalau nak rebus pun boleh, tapi lama sikit la nak tunggu kentang tu empuk]
2) Sementara menggoreng kentang, goreng tanpa minyak daging cincang sampai masak. Then, toskan.
3) Lenyek kentang yg telah digoreng tadi menggunakan batu lesung.
4) Potong dadu bawang besar dan potong kecik2 daun bawang / daun kucai. [aku guna dua2 jenis daun]
5) Satukan daging cincang, kentang lenyek, bawang dan daun bawang/kucai dalam satu bekas. Masukkan kuning telur, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam dan sedikit garam.Gaul sebati semua bahan.
6) Bentukkan aduanan bulat2 dan leperkan.. Buat sehingga habis adunan. Untuk adunan ni boleh menghasilkan 20 biji begedil. [bergantung kepada saiz ye]
7) Panaskan minyak untuk menggoreng. Minyak tak perlu banyak sgt, agak2 tenggelam separuh begedil sahaja.
8) Celupkan begedil dalam putih telur dan masukkan dalam kuali. Agak2 sebelah bawah dahg garing baru terbalikkan.. Goreng sehingga warna keemasan dan angkat.
9) Siap!! Hidangkan.. boleh dimakan begitu sahaja atau cicah dengan sos. Boleh juga makan dengan soto.
Selamat mencuba dan selamat berpuasa!!
p/s : puas makan begedil macam tu aje.. boleh makan untuk sahur skali pagi tadi..
Memang terbaik..terima kasih akak tuk resipi ni..
ReplyDeletesama2 dik..:)
DeleteTerbaik,, pnh guna resipi yg lbhnkurang sama.. mmg sedap.. yummy
ReplyDeleteur welcome.. mmg sedap kan..
Deletedh tak sabar rasanya nak buat..harap2 menjadi la.. terima kasih akak sebab share resepi ni...
ReplyDeletesama2 dik..;)
Deletenk cuba try dh lama teringin nk buat.. tq
ReplyDeletetry la buat cik anon... puas hati bila buat sendiri sbb dpt makan byk.. hehe
DeleteTerima kasih atas resepi yg mudah ini. Alhamdulillah suami kata sedap...lega menjadi...
ReplyDeletedh cube buat n mjadi...sdap..tq kak
ReplyDeletedah cube buat n mjadi...tq kak
ReplyDeleteari ni nk wat iftar dgn kawan2..nk try wat bergedil gne resipi akak..thanks kak..
ReplyDeleteanak bujang di perantauan
Knpe saya buat begedil dia jd serap minyak bnyk sangt
ReplyDeletesedang mencari resepi begedil daging...resepi akak simple, so nak try yang ni lah. tq akak. Jemput singgah blog saya. Resepi begedil xde, tapi yng lain adalah.
ReplyDeletekalau minyak serap byk sgt tu maybe tanda minyak x cukup panas?
ReplyDeletePernah buat tp bile di goreng habis hancur. Nak cube yg ni plak
ReplyDeleteTq...sharing yang bagus
ReplyDeleteJalan2 cari resepi begedil. Hehe. Tq. Bleh try ni 😊
ReplyDeletehttp://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1
Pernah buat tp bile di goreng habis hancur. Nak cube yg ni plak
ReplyDelete