Roti Lapis Daging Berkeju
Salam Ramadhan semua.. pejam celik, pejam celik x sampai 2 minggu lagi kita dah nak raya kan.. mesti skrg ni dah ramai yg sibuk wat persiapan untuk hari raya kan.. baju raya, kuih raya, rumah raya.. eh?? ada ke rumah raya?? hahaha..
Sampai sekarang aku lom ada kuih raya lagi.. order pun xde, beli pun x, apatah lagi nak buat kuih raya.. ada gak tepikir nak wat 1,2 jenis kuih raya.. tp x tau la dapat ke idok nak buat.. maklum ler, dengan anak2 kecik tu, susah sikit ler nak berkampung kat dapur nanti.. ramai nau assistant nye nanti.. hahaha
Ok, arini nak share resepi roti lapis daging berkeju @ lasagna melayu (org kata la kan..) tapi ada gak kebenarannya.. sebab ni 1st time aku buat.. tp asben cakap "mcm yg aku wat dulu.." aku pun pikir bila masa lak aku wat benda alah ni.. pikir punya pikir dia cakap dulu aku penah beli yg ready made punya.. oh ye.. baru la ingat, aku penah beli lagsania ready made.. maknanya kompem la sama kan tp versi melayu..
Memandangkan ada roti kat rumah yg dah nak expired, maka muncul la idea nak wat roti lapis ni.. lagi2 bahan semua ada.. kononnya nak buat untuk berbuka, tapi x sempat sebab balik sopping semalam dah penat.. melayan si adik tido.. bila baru stat nak masak si kakak lak 'yak' tp sembelit.. last2 kul 7 baru stat nak masak.. kompem lar x sempat nak makan time berbuka.. jom kita tengok resepi nya.. aku dah x ingat amik resepi dari mana, sbb dah lama cari dah, resepi pun campur2.. so ni resepi campuran aku la.. basic punya senang dan simple..
ROTI LAPIS DAGING BERKEJU
(untuk 2~4 org)
Bahan-bahannya:
8 keping roti
8 keping cheese (slice)
Keju mozarella
(A) Bahan inti
1 keping daging kisar (aku guna ramly)
1 labu bawang besar (potong dadu)
3 biji bawang putih (potong dadu)
1 sudu besar serbuk kari
1 sk serbuk lada hitam
1 sk serbuk lada sulah
1 cawan air
garam secukup rasa
(B) Bahan kuah/sos
2 biji telur
100ml susu segar
Cara penyediaan:
1) Tumis bawang besar dan bawang putih dalam kuali.. bila bawang dah layu, masukkan serbuk kari yg telah dibancuh dengan sedikit air.. tumis sampai naik bau..
2) Masukkan daging kisar.. cerai2kan daging, jangan bagi berketul2. masukkan 1 cawan air.
3) Bubuh serbuk lada sulah, lada hitam dan sedikit garam. jangan letak garam banyak sgt sbb nanti nak letak cheese. cheese tu kan masin..
4) Masak inti sampai daging tu empuk dan kering.. dan tutup api.
Cara penyediaan roti lapis:
1) Sapukan majerin pada bekas/loyang.. nak senang letak aluminum foil pada loyang dan sapu majerin.. lebihkan sikit aluminium foil supaya senang nak angkat keluar.
2) Pecahkan telur dalam bekas, tuangkan fresh milk dalam telur dan pukul sebati.
3)Celupkan roti dalam campuran telur dan susun dalam loyang untuk lapisan pertama.
4) Letak inti daging atas roti.. ratakan inti..(guna separuh dari inti tu)
5) Susun kepingan cheese di atas inti daging.
6) Ulang langkah 3 hingga 5 sampai siap. akan ada 3 lapis roti.
7) Jika ada lebihan bacuhan susu dan telur, tuangkan ke semuanya dalam bekas loyang.
8) Tabur kan keju mozarella di lapisan paling atas sekali.. tabur banyak2.. lagi banyak lagi best.
9) Akhir sekali, bakar roti lapis dalam oven selama 40~45 minit pada suhu 18o degree.
10) Siap.. sedap dimakan ketika panas2.. boleh makan begitu sahaja ataupun makan dengan sos.. memang sedap sgt ok..
Selamat Mencuba!!
# happy sgt sbb dapat pujian dari en.asben lagi..hehehe.. dia cakap sedap sgt!!
Pasni boleh buat lagi..
Pssttt... nak jana pendapatan di rumah?? Klik >> Jobdirumah untuk info selanjutnya..
Pssttt... nak jana pendapatan di rumah?? Klik >> Jobdirumah untuk info selanjutnya..
hohhhh..nampak sedap sangat.tapi nak buatnya malas pulak.acaner tu?hehe
ReplyDeleteMemang sedap sgt fifi.. dan sgt kenyang tau..
ReplyDeletepergh.. meleleh nengok nye
ReplyDeletejangan meleleh ciknaa.. nanti baby yg dalam perut tu pun meleleh jugak... huhu
Delete