Solid Food : Resepi begedil untuk baby ( 9 months )

July 18, 2013


Salam semua..

Aritu aku ada share resepi begedil daging kan kat SINI. Masa aku wat begedil aritu, tetiba aku dapat idea nak buat kan begedil untuk adik faris jugak.. mana tak nye, time tu aku dah goreng 2 biji kentang, kakak nampak dia nak makan.. aku bagi la.. pastu dia bg adik makan kentang skali.. abis lebih kurang 2 biji kentang diorg makan.. terpaksa aku kupas kentang lagi tau..

Ok.. xmo bebel banyak2, bulan pose kan.. [walaupun cuma taip jer.. hahaha]. Meh kiter tengok resepi begedil daging untuk baby.. aku adjust sikit mengikut kesesuaian baby..

Begedil Ayam untuk Baby (9 months)



Bahan-bahannya

Sedikit isi ayam bahagian dada
1 1/2 biji kentang (bergantung pd saiz kentang)
2 biji kurma
2 sudu tepung
sedikit daun sup/kucai

Cara penyediaannya:

1) Kupas kentang dan potong dadu. Isi ayam potong kecil2.
2) Rebus kentang dan ayam dalam periuk..
3)  Bila kentang hampir empuk, masukkan kurma yg telah dibuang biji.
4) Bila kentang dah empuk, toskan semuanya.. biarkan seketika.[ Jangan buang air rebusan tadi, boleh dijadikan stok ayam]
5) Lenyekkan semua bahan menggunakan batu lesung / blender jer lagi senang. blend halus..



6) Masukkan bahan2 tadi dalam bekas. Bubuh 2 sudu tepung.. Masukkan daun sup/kucai.. gaul hingga sebati. [pastikan semua aduanan bersatu dan bole dikepal2..]


7) Bentukkan aduanan kecil2 dan leperkan.. [ kalo nak terap pun boleh jugak ]
8) Panaskan non-stick pan.. letak sedikit saje olive oil.. [letak beberapa titik jer]
9) Masak begedil yg telak dibentuk tadi.. pusing2kan sekejap2..  bila dah masak boleh angkat. [x perlu lama sgt sebab semua bahan tadi dah direbus kecuali tepung]
10) Siap.. boleh bagi baby makan..


Adik faris suka makan begedil ni.. ada rasa manis2 kurma.. aku tak goreng semua.. aku goreng sikit2.. yg lebih tu simpan dlm peti.. boleh goreng keesokan hari untuk dibawa ke umah babysitter..

Ok, selamat mencuba!!

P/S : sori, gambar mmg x cantik.. tak dan nak amik gambau betul2.. tangan penuh dengan kentang time tu.. ngan anak2 duk depan aku, duk tengok aku wat.. kena wat cepat2 la.. hehe


You Might Also Like

3 komen

  1. ni emak makan pun sodapp ni...:)

    ReplyDelete
  2. macam best jer..
    nak try la...
    anak maya pun 9 bulan..
    badan slim jer..

    ReplyDelete
  3. Tq dilah share resepi ni.. kita nk cuba ptg ni

    ReplyDelete