Aktiviti bersama family,

Selamat Hari Raya!!

August 05, 2013 Ibu Dilah 0 Comments


Selamat tengahari semua..

Arini merupakan hari terakhir bekerja.. esok dah start cuti raya!! Hurayyy!! Haha.. jangan ler nak ber'huraay' sgt ok.. rumah x siap kemas lagi hokey!! haha.. lagipun bukan nya nak balik kampung arini.. sok baru balik kampung sbb sok asben masih keje lagi.. (cian..hoho)

Tahun ni turn beraya di Melaka.. my kampung ok.. tu yg syok berganda.. sbb dapat balik kampung.. dah rindu sgt ni.. hampir 4 bulan x balik melaka.. dan yg bestnya jugak tahun ni kami beraya berempat..

Persiapan raya ala kadar jer.. beli apa yg perlu.. baju anak3 la yg banyak.. baju ibu ayah sikit jer.. pastu kuih raya cuma buat sejenis jer.. popia nestum.. hahaha.. dah ler sejenis, sonang lak tu.. binik saper la ni kan.. hahaha

Malam ni planning nak pi plaza Angsana.. nak cari tudung, kasut kakak dan ibu (setahun sekali jer beli kasut tau.. tu pun guna tiap2 hari). pastu nak cari kuih raya sikit.. wat bekal balik kampung dan bagi kat mak mentua.. yg lain kepek2 dah kirim dah along.. hah.. tu jer la kuih raya den.. kuikuikui..

Dikesempatan ni jugak nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua readers (ada ker org baca belog aku ni?) dan followers.. Maaf jika sepanjang penulisan ku ni ada banyak yg cacat cela, yg terguris rasa.. yg tak disengajakan.. harap diampunkan yer..

Berhati2 di jalan raya ketika pulang berhari raya di kampung tercinta.. kereta banyak skrg ni.. esok lagi la, sure jem punya.. pandu lah secara berhemah yer..

SELAMAT HARI RAYA!!
Maaf Zahir & Batin

dari,
Ibu dilah, ayah wan,
kakak imani dan adik faris..

p/s : nak upload gambo tapi ada problem xleh nak upload lak.. guna pc and hp dua2 x bleh.. lepas raya nanti kita up gambar raya banyak2 yer..



You Might Also Like

0 comments: