Bila kakak imani nak jadi baby balik...

September 11, 2013


Assalamualaikum semua..

Ni citer weekend lepas.. ntah apa mimpi si kakak imani ni pun x tau.. tetiba dia nak isap puting pulak.. ntah ceruk mana dia jumpa puting ni ntah..


Actually puting ni dulu adik yg punya.. tp adik x suka hisap pun puting ni.. jadi bahan mainan kakak jer la.. tp dah lama x nampak puting ni.. tetiba aritu dia cakap dia nak isap puting.. sbb dia dah terjumpa la tu..  nasib baik dia basuh dulu baru masuk mulut..

Lepas tu, kejap2 dia lari pegi bilik air.. ingatkan dia wat ape.. rupa2nya dia basuh puting tu.. tau x sebab apa dia asyik basuh jer??
sebab dah penuh air lio.. hahaha.. tau pulak tu rasa best bila puting penuh air lior.. kahkahkah..

Kakak ni memang pantang tul ngan air lior.. x nak share air ngan adik la, kalau suap makanan kat adik guna sudu, kalau ada balance sikit makanan adik tu kat sudu, dia xnak makan makanan tu.. sebabnya dia cakap ada air lior adik.. dah pandai geli skrg ni tau..
hahaha..

Berbalik pada topik, bila dah isap puting tu mula la dia wat gaya ala2 baby gitu.. bila kite panggil dia, dia pun 'ekkk...ekkkk..' wat macam baby tu.. hahaha.. drama betul la kakak ni..

Yang adik lak geram jer tengok puting tu kat mulut kakak.. asyik nak di tarik je puting tu.. bila dah cam tuh, kakak pulak merengek lagi.. dah 'baby' nama nya kan, mana boleh org cabut puting dia.. hahaha..


Lepas dari tu, dia wat projek lain pulak.. kakak ni memang suka dok punggah2 baju bajan dia ngan adik.. penat la maknya ni dok kemas & susun elok2.. datang dia main tarik jer.. dah tu pandai nak memiliih pulak.. dah beso kata ko kan.. tu yg pandai nak pilih baju apa nak pakai..

Time ni ibu tgh layan adik menyusu kt hall.. tetiba dia datang terjah dengan pakai baju sendat ni.. aku apa lagi.. 'hahhhhhhhhh....' meloponggggggg la tengok dia pakai baju tu..  tersentap ler kejap.. pastu terus ketawa berdekah dekah.....

Adohaii.. boleh pulak dia pakai baju kecit ni kan.. dia cakap apa tau,

"Ibu, baju adik ni kakak x muat la.. dah kecit sgt!!"

Hahaha.. mau nyer x kecik, kakak tu yg dah besar.. macam sarung nangka gaya nyer.. kahkahkah.. jangan kate nak butang romper tu, butang pun dah kat pusat camner nak dibutangkan.. hahaha... pampers pun tak mampu nak ditutup..

Lawak tul aku rasa.. camne la dia boleh terpikir nak pakai baju tu ek.. adohaiii.. penat mak ko ni gelak kan ko kakak... dah tu bila aku cakap ibu nak amik gambo jap, pandai lak dia berdiri betul2...

Tula dia perangai anak dara sorg ni.. mcm2 ragam dia sekarang ni..
kadang2 menggugat tahap kesabaran mak dia ni jugak..
uhhh.. urut dada banyak2...

You Might Also Like

2 komen

  1. Dah besar dia...mcm2 aksi ye anak dah membesar lucu rasa hehhe

    ReplyDelete
  2. Tula umi Qi.. si kakak ni mmg byk akai.. ade jer benda dia nak buat.. lagi2 kalo bercakap tu.. cam org besar.. pdhal baru nak masuk 3 thn.. huhu

    ReplyDelete