Homemade,

Spaghetti Cabonara yg sgt mudah dan sedap!!

September 18, 2013 Ibu Dilah 3 Comments


Assalamualaikum..

Arini nak share satu resepi spaghetti cabonara yg paling mudah..
kira ni resepi yg paling basic la..
Boleh ikut bahan2 basic ni then boleh tambah bahan2 lain sendiri..
ikut sukahati nak tambah apa..
Ni pun jadi basic sebab ni jer bahan yg ada kat umah..
kalo x, memang mcm2 dah masukkan..
hehehe..

Spaghetti Cabonara


Bahan-bahannya:
(untuk 2-3org)

1/2 bungkus spaghetti
1 tin button mushroom
1 tin sos cabonara
1/2 tin air (guna tin sos cabonara tu)
3 btg sosej
125 ml susu fresh milk
2 slices cheese
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 sk serbuk lada hitam

sedikit olive oil utk menumis
sedikit daun oregano


Cara penyediaan :
1) Rebus spaghetti dalam periuk. Letak sedikit garam dan minyak.
2) Tumis bawang dan serbuk lada hitam.. then bila bawang dah layu, masukkan sosej dan cendawan yg telah dipotong kecil2.
3) Masukkan sos cabonara dan kacau2 sikit dan masukkan air.
4) Bila dah mendidih, masukkan air susu dan kacau sehingga sebati..
5) Lastly, masukkan cheese yg telah dicubit kecik2.. kalau guna pamesan cheese pun boleh jugak..
6) Tabur kan daun oregano.. Siap!!
7) Sedia utk dimakan..

Selamat mencuba resepi yg super simple ni!!

Kalo xnak rasa berlemak sgt, xyah guna fresh milk..
Tapi asben daku suka letak fresh milk..
kalo x letak dia rasa x sedap..
(bagi dia la..)
bagi ibu dilah ok ajer..

# Boleh juga tambah udang / kupang / sotong dan lain2..
# Tak perlu letak garam sebab cheese tu kan dah masin.

You Might Also Like

3 comments:

  1. pecap2 air liur akk nengoknya..akk suka sangat dengan carbonara ni sis..walahhhhhh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorg pun suka kak.. ni memang fav hubby ni.. tu yg xleh kalo x letak susu.. karang dia x makan pulak.. hehe

      Delete
  2. Hehe memang terliur tgk..:-) buat sendiri lagi puas hati kan boleh tambah macam2 yg kita suka haha.

    ReplyDelete