Homeschooling :: Kakak Imani Excited Nak Gi School

November 19, 2013


Assalamualaikum

Alhamdulillah.. last week ibu dilah dah dapat tadika untuk kakak imani..
nak kata ada survey sangat pun idok ler..
sebab bila check senarai tadika/taska yg berdaftar dibawah JKM,
ada sikit jer yg berada di area tempat tinggal kitorg..
pastu yg ada pun mahal2, NURI, GENIUS QAYYUM..

Disebabkan tahun depan kakak imani baru nak masuk 4 tahun..
So ibu cari tadika biasa dulu..
lagipun kena la tgk poket kita jugak kan..
tu pun kena adjust2 jugak monthly expences kitorg..

Walaupun x hantar anak kat tadika yg grand2,
tak bermakna tadika tu x bagus kan..
yang penting tadika ni berdaftar under JKM dan silibus ikut KPM..

InsyaAllah, tahun depan kakak imani dah boleh pegi school di
TADIKA JAMI'AH AL INSAN
Yang bagusnya, sistem pembelajaran di tadika ni siap ada kelas fardhu ain lagi..
memang ni la yg ibu dilah cari..
Semoga kakak serasi belajar di sini nanti..


Malam tu ibu dilah bagitau kakak yg ibu dah jumpa sekolah kakak..
Wahhh.. bukan main suka lagi dia tau..
terlompat2 dia gembira..
mana x nye.. dah bape minggu dia asyik tanya ibu dilah jer..
"ibu, ibu dah jumpa skolah kakak lom?"
"ibu dah cari sekolah kakak lom?"
hai la kakak.. xcited betul kakak imani nak gi school ye..
Lepas bagitau dia yg ibu dah jumpa school untuk kakak,
ibu dilah cakap kakak kena rajin2 belajar..
baru boleh pegi school..
Pastu dia terus amik buku..
minta ibu dilah kaler..
terus nak meng'kaler'.. hahaha..
bijak betul anak ibu ni..


Nak tau x, kakak imani ni kidal tau..
kitorg perasan yg kakak imani ni kidal masa dia berumur 1 thn lebih..
time kalo dia pegang barang ke nak makan ke mesti pegang tangan kiri..
dari situ la yg kitorg tau dia kidal..
lagi obvious bila dia pegang pensil tu tangan kiri jugak..
kalau suruh dia tukar tangan,
nanti dia tukar tangan kanan kejap jer..
pastu dia guna tangan kiri balik pegang pensil tu..
cuma yg susah nk handle tu bila dia makan pun nak guna tangan kiri jugak..
tu yg payah tu...

Eh.. penah dengar org cakap org kidal ni biasa nye pandai..
betul ke??
Kalau betul syukur alhamdulillah..
Misi seterusnya nak sediakan meja study untuk kakak..
tunggu yer..

You Might Also Like

3 komen

  1. anak akak baru nk masuk 3 thn pun dh pikir pasal tadika.
    mak2 mmg camni...selalu pikir anakkk jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula kak.. kalau ikut ayah dia x nak bagi pegi tadika dulu next year.. tp tgk anak tu dah sungguh2 nak pegi school.. tu yg carikan jugak.. sementara budak tgh semangat nak belajar kan..

      Delete
  2. Umur Arissa tak sampai lagi dua tahun. Tapi, saya dah berfikir nak masukkan dia dekat mana. Hehehehe.

    ReplyDelete