Playtime :: Main Doktor-doktor

November 21, 2013


Assalamualaikum

Bila anak-anak dah pandai bermain sama-sama,
suka pulak kita yg melihatnya..
iya la.. melihat perkembangan anak depan mata kan..
sapa yang tak suka kan..

Malam semalam kakak imani dan adik faris main doktor-doktor..
adik jadi pesakit.. kakak jadi doktor..
pastu mickey mouse jadi patient dia jugak..



Doktor bagi baby mickey mouse makan ubat..
pastu dia bagi adik makan ubat pulak..
ni semua gara2 kakak terjumpa picagari ngan botol susu la..
semalam ibu kemas2 botol susu yg lama2..
lepas dia nampak picagari tu, dia pun amik..
 main doktor-doktor ni kat bilik..



Pemerhatian budak-budak ni sangat tajam sebenarnya..
dan diorg ni cepat ingat apa yg diorg lihat..
dia belajar dari apa yg dia lihat..
dari situ dia akan ikut dan tiru gaya yg dilihat..

So bila dia tengok cara kita bagi anak2 makan ubat..
tengok gaya doktor kat klinik tu macamana..
dari situ dia terjemahkan dalam bentuk "lakonan semula"
kira dia main2 la tu..

Tu la yg terjadi semalam..
main dengan adik faris..
ehh.. yang adik pulak ikut jer apa yg kakak cakap..
kakak suruh nganga nak bagi makan ubat - adik nganga
suruh isap - dia isap
hahaha.. comel sangat okeh..




Tengok tu adik faris.. beriya-iya dia tengok apa yg kakak buat..

Apa yg ibu dilah perasan skrg ni adik suka tiru gaya kakak..
apa kakak buat dia akan ikut..
bila kakak nak main sama2 ngan dia lagi la dia suka..
mana tak nye.. kalo x kena gaya kakak tu bukannya nak main ngan adik..
dia suruh adik pegi main jauh2...
huhhh.. kesian adik kan..
tapi adik still nak main ngan kakak jugak..
tu la budak2 kan..



Seronok sangat la tengok diorg main sama2..
nampak comel sangat tau..

Bila nak tido tu ibu dilah tanya kakak..
kakak dah besar nak jadi apa??
nak jadi doktor ke??
kakak cakap kakak nak jadi doktor..
bila ibu tanya tak nak jadi cikgu ke??
[hahaha.. kan kat skolah dulu2 biasa bila cikgu tanya nak jadi apa, masing2 cakap nak jadi cikgu.. hahaha]
tapi kakak jawab nak jadi doktor jugak..

InsyaAllah.. ibu dilah tak kan menyekat minat anak2..
apa cita-cita dia nanti biar la ikut yg dia minat..
tapi kita kena monitor la jugak kan..
 semoga anak-anak ibu menjadi anak yg berguna kepada agama, bangsa dan negara..
amin..
 
 
 

You Might Also Like

0 komen