Puding Milo Lapis Oreo

November 13, 2013


Assalamualaikum

Hari Sabtu lepas my MIL datang rumah..
kebetulan diorg turun JB so diorg singgah la umah kitorg..
tu pun sebab nak ajak ayah wan gi survey laptop untuk adik dia..

Pagi sebelum MIL datang tu baru ayah wan bagitau..
so mula la berpikir2 nak masak apa..
or wat minum petang apa ke..
sebab cakap datang petang kan..

Ingat nak wat puding roti tp bahan x cukup..
nak wat puding milo oreo -  agar2 tali tu pulak xde..
dalam pikir2 tu siap masak tghari..
wat ayam stim halia..
tp menu utk wat petang tu xde lagi..

Ingat lepas bagi anak2 makan,
siap2kan diri pastu nak g kedai la..
skali lepas siap mandi MIL dah sampai pulak..
alahaii.. x dapat la nak menjamu diorg..
kebetulan diorg pun singgah kejap jer,
Pastu kitorg kuar sama2..
Balik tu dah ingatkan ayah wan nak beli bahan wat puding..

So ari ahad tu pagi2 lagi dah ke dapur..
sementara anak2 masih tido,
Ibu dilah wat la puding milo oreo ni..

Resepi asal amik dari gojes Yana kat SINI yer..
tapi ibu dilah kurangkan sikit gula..sikit jer pun.. hihi 


PUDING MILO OREO

Bahan-bahannya
1 bungkus agar2 tali
1 tin susu cair
750ml air
140g gula
3/4 cawan milo
1 paket biskut oreo

Cara penyediaan :

1) Masukkan agar2 tali, air dan gula ke dalam periuk dan masak sehingga agar2 larut.

2) Masukkan susu cair dan kacau rata.. biarkan dalam 2 minit dan tutup api.

3) Asingkan 2 cawan puding ke dalam bekas lain. [untuk plain puding]

4) Masukkan milo ke dalam baki puding tadi dan kacau rata.. [untuk puding milo]

5) Sediakan loyang, tuang puding milo dalam loyang.. biarkan seketika sehingga puding keras sedikit..


6) Bila puding mula mengeras, masukkan puding plain pula..
[ kalau puding milo tu dah keras, carik2kan sikit permukaan puding tu..]

7) Setelah puding plain dimasukkan, patah2kan biskut oreo dan masukkan dalam puding..


8) Sebagai tambahan : ibu dilah taburkan oreo yg dah dipecah jadi serbuk atas permukaan puding sebagai hiasan.. hihi

9) Siap!! Simpan dalam peti sejuk..

Alhamdulillah.. menjadi jugak puding milo oreo ni..
Sedap sangat.. dan x manis sangat..
Just nice je rasa manis dia..
Makan sejuk2 lagi sedappp!!
Yummy.. yummy!!


Pasni kalau balik kampung boleh buat lagi..
dah ada yg request minta ibu dilah buatkan..
hihi..
InsyaAllah.. akan ditunaikan..

SELAMAT MENCUBA!!

You Might Also Like

6 komen