Aktiviti bersama family,

Random - Anak Buah Baru dan Family Day

November 04, 2013 Ibu Dilah 2 Comments


Assalamualaikum..

Huawaaa... malas nye nak gi keje arini..
mesti ramai yg cuti arini kan.. kalo ikut hati, nak jer ibu dilah cuti..
tapi nak wat camna, boss dah amik cuti dulu..
so terpaksa la ibu dilah keje jugak arini..

Kalau la arini cuti kan best.. dapat la lama2 sikit berkumpul ngan family..
Oh yee... weekend lepas kitorg balik kampung ibu dilah kat melaka..
balik kali ni memang terlebih excited tau..
nak tau sebab apa??

1) Ibu dilah dapat anak buah baru.. anak che ngah (kakak ibu dilah)
2) ada family day (anak, cucu, menantu, adik beradik belah mak ibu dilah)
3) Sebab dah lama x balik kg.. (last balik time raya puasa aritu)
4) nak tengok rumah baru auntie zaza (adik ibu dilah)

Hahhh.. banyak kan sebab kenapa ibu dilah excited sgt nak balik kg last weekend..
tu sebab x sabar nak balik.. bila dah balik rasa kejap jer dapat duk kat kg..
lagi2 banyak aktiviti kan.. kalo dapat cuti lama sikit mesti best kan..

Ari sabtu tu kitorg pegi tengok baby dulu kat umah che ngah..
Kali ni che ngah berpantang kat rumah sendiri jer..
Bunda a.k.a mak ibu dilah hanya datang sebelah siang jer..
nape tak berpantang kat umah bunda jer??
rumah bunda ngan rumah che ngah dekat jer..
dalam 10-15 minit perjalanan jer..

Bunda x galakkan che ngah berpantang kat rumah bunda sebab, 
nanti abg adam dan abg muaz xnak pegi skool..
oh ye.. baby ni anak ke-3 che ngah..
ketiga2 anak che ngah semua hero tau..
lom ada rezeki nak dapat baby girl..

Anak pertama, abg adam maliq umur 6 tahun,
Anak kedua, abg muaz umur 3 tahun..
diorg ni kalo dah duduk rumah bunda memang susah nak gi skool..
tu yg bunda xnak che ngah berpantang kat rumah bunda tu..

Adik baby ni lahir 30hb ocktober aritu..
dah overdue selama seminggu..
lahir di Hospital Muar..
Nama baby lom ada lagi..

Lepas tengok baby, kitorg pegi tengok rumah auntie zaza pulak..
rumah dia ni x jauh dari rumah bunda jugak..
lebih kurang 10-15 minit jugak..
memandangkan auntie zaza ni bujang lagi,
dan dia pun keje dekat klang..
so, rumah ni nanti akan dijadikan homestay..

Rumah semi-D, ada 5 bilik..
memang sesuai sgt la nak dijadikan homestay..
lagipun kan bunda dah ada homestay jugak..
so ni kira tambahan la..

InsyaAllah, target sebelum cuti sekolah ni siap la masuk barang2 semua..
so, time cuti sekolah nanti boleh la org duduk kan..
Melaka ni time cuti sekolah memang selalu sesak..
mula la jalan sana sini jem..
jangan kata time cuti skolah, time weekend pun kadang2 dah jem..

So, sape yg nak datang ke Melaka tu dinasihatkan cari lah tempat tinggal awal2 yer..
Hotel2 biasanya memang fully booked dah..
homestay pun sama jugak..
InsyaAllah, nanti dah siap homestay tu ibu dilah akan share ye..

Ok.. hari ahad tu pulak kitorg ada family day..
memang happening sgt family day ni..
buat dekat Kem Benteng Negara, Sungai Rambai..

Ada pertandingan masakan ala2 masterchef gitu..
pertandingan bola tampar, lumba basikal, dan berkayak..
untuk kanak2 pulak acara sukaneka..
memang best sgt tau..
i will share later okeh..

Ni sikit intro pictures family day semalam..
adik faris yg hepi dengan ayah wan..
suka la dia ramai aunties nak tolong pegang dan jaga dia..


Suka adik faris.. ramai org layan dia..
lagi satu dia suka sebab dia bebas nak berjalan..
Kat situ ada tempat lepak2..
tempat tu lapang sangat..
so kat situ la adik faris bebas berlatih berjalan..
dah makin konfiden dia menapak..
dah lebih 20 tapak dah..
ada goyang2 sikit tp dah laju sikit dia menapak..

Walaupun penat sangat tp kitorg hepi sgt..
Malam tadi gerak balik jb kul 8mlm..
sampai umah dekat kul 12 tgh mlm..
sebab singgah anta Tok Bah ke rumah Atok..
tu yg sampai lambat..
Kepala pun dah ting tong dah.. huhu..

Okla.. tu la citer weekend kami yg happening!!

You Might Also Like

2 comments: