Cerita ibu,

Resepi :: Nasi Ayam Mudah dan Sedap

November 07, 2013 Ibu Dilah 4 Comments


Assalamualaikum..

Hari Selasa lepas tempat keje ibu dilah cuti..
tapi tempat keje ayah wan x cuti pulak..
kalo x, confirm dah sambung cuti aritu kan..
hihi..

Kebetulan kitorg baru balik dari kampung aritu kan..
maka nya banyak ler kain baju yg x dibasuh lagi..
plus rumah pun bersepah ngan menan anak2..
so, ibu dilah plan ari selasa tu anak2 hantar ke rumah babysitter jer cam biasa..
baru la dapat ibu dilah wat keje..
basuh kain baju, kemas rumah, masak..
kalau budak2 tu ada memang susah nak wat keje..
dapat wat keje sikit2 jer la..

Bila kat umah sorg2 mula la malas nak masak tghari..
skip jer la lunch aritu..
masak lambat sikit untuk dinner terus..
Asalnya nak try wat ayam panggang rosemary..
tapi bahan x cukup pulak..
last2 wat nasi ayam jer la..

Alhamdulillah.. ayah wan suka makan nasi ayam ni..
sampai bertambah 2 kali rasanya..
hahahaha...
ayah wan ni kan jenis cerewet sikit..
so kalo dia makan sampai bertambah tu mmg sedap ler kan..
[kembang semangkuk ibu dilah tau..hahaha]

Resepi asal amik dari SINI
Thanks kak share resepi yg sedap ni..
Tapi ibu dilah ada ubah sikit2 bahan2nya..
Jom kita tengok resepi nya yg ibu dilah buat aritu..


NASI AYAM
(untuk 2~3 org)


Bahan-bahan untuk sup ayam :
3~5 ketul ayam + kaki + leher ayam
(basuh bersih)

4 biji bawang putih *
2 biji bawang merah *
2 inch halia *
1 kiub pati ayam
daun sup
daun bawang
8 cawan air [terpulang nak kuah banyak mana]
garam secukup rasa


Cara penyediaan:
1) Tumbuk bahan bertanda *
2) Tak perlu tumis, masukkan semua bahan tumbuk, ayam dan air secukupnya ke dalam periuk dan masak..
3) Letak garam secukupnya..
4) Bila dah siap masak, keluarkan ayam (kecuali bahagian kaki dan leher)  dan toskan..
5) Taburkan daun bawang dan daun sup yg dipotong kecil2.
Siap!!

Lepas dah siap sup, baru boleh masak yg lain..
masak nasi ayam dan goreng ayam sekali..
Jom masak nasi ayam dan goreng ayam pulak..


Bahan-bahan untuk nasi ayam
2 1/2 pot beras
3 sudu majerin
3 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inch halia *
kulit ayam

Cara penyediaannya :
1) Tumbuk bahan bertanda *. Basuh beras dan toskan..
2) Panaskan kuali dan masukkan majerin. Bila dah cair tumiskan bahan tumbuk tadi..
Masukkan kulit ayam yg dah dibasuh bersih tadi..
3) Bila dah naik bau, tutup api.. masukkan bahan tumis tadi dalam bekas berisi beras yg dah siap dibasuh..
4) Gaul2 sikit bagi rata. masukkan air sup secukupnya untuk masak nasi.. [jangan letak air banyak sangat, nanti nasi lembik]
5) Masak nasi seperti biasa

** Ibu dilah biasa masak nasi guna steamer.. tu sebab kena tumis kat kuali dulu..
kalau guna rice cooker biasa, boleh terus tumis dalam tu.. x payah nak transfer2 lagi..


Ayam goreng

Bahan-bahan perapan ayam : 
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
1 sudu kicap pekat
4 sudu madu
2 sudu minyak jagung

Cara penyediaan
1) Perap ayam yg telah dimasak tadi dengan semua bahan perapan tu dalam 5~10 minit.
2) Panaskan minyak dalam kuali. bila dah panas, masukkan ayam.. terbalik kan ayam seketika.. agak2 dah cantik ayam tu nampak garing dan kilat2 sikit, dah boleh angkat..
3) Hias dengan daun salad, tomato dan timun.

** Tak perlu goreng lama sangat sebab ayam tu dah masak. 
dan jika terlalu lama ayam akan keras..


Kuah lada / sos
4-5 lada hidup (merah)
1 biji bawang putih
3 sudu gula
sedikit garam
1/2 sudu kecil cuka
2 sudu makan cili sos
3/4 cawan air

Cara penyediaan :
1) Blend cili + bawang putih + gula.
2) Panaskan periuk, masukkan bahan blend tadi.. masukkan cuka, sos cili, air dan garam secukupnya..

** Kalau nak cair tambahkan air..
kalau nak pekat tambahkan sos cili..
tapi bagi ibu dilah sukatan kat atas ni just nice jer.. for me la.. hihi 

KUAH KICAP
[cara asal]
*Guna balance perapan ayam tadi.. campurkan dengan kuah sup.. kalau cair.. tambah lagi kicap manis.. 

** Kuah kicap ni ibu dilah try wat jugak.. tp cam x jadi sangat la..
tak kaww.. hahahaaa.. len kali leh try lagi..

Secara keselurahannya, nasi ayam ni memang sedap sangat!!
Nasi sedap, ayam nye pun sedap sangat..
sos kuah lada tu pun sedap sangat dan rasa pedas dan pekat..
Walllaaaa..

Ayah wan siap puji lagi tau.. sedap katanya..
alhamdulillah.. bukan senang nak dengar dia puji2 gitu..
so, resepi ni kena tepek gak kat sini sebagai rujukan ibu dilah di kemudian hari.. len kali nak wat dah senang kan..

Citerasa org ni lain2 kan.. kadang2 tekak kita suka cam ni, tapi husband lak x suka.. so bila dah kena ngan tekak dia, kena la simpan resepi ni baik2 kan..
hehehe..

SELAMAT MENCUBA!!


 

You Might Also Like

4 comments:

  1. Bestnya kalau hubs akk pun mkn ns ayam..hubs akk xmkn ayam..bau apatah lg..huhu..tu yg ssh la nk buat ns aym kt umh..huhu

    ReplyDelete
  2. Fuhhh. Kalau kite nak buat yg gini husb mst kata tak payah sbb nampak renyah. Sobs.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Selalu tgk resipi nasi ayam selalu rumit terus jadi malas. Yg ni nampak macam tak susah sangat.Terima kasih ye ,nanti nak cuba :)

    ReplyDelete
  4. http://hackfbaccountlive.com/?ref=13240925

    ReplyDelete