Susunatur :: Tempat Menyimpan Stok Bahan Kering

November 28, 2013


Assalamualaikum

Aritu ibu dilah dah citer pasal tempat menyimpan jajan kan..
boleh tengok kat SINI
Arini nak citer pasal tempat menyimpan bahan kering pulak..
senang citer bahan2 untuk masak or untuk wat minuman la..

Ada 2 tingkat jugak.. sama tempat mcm aritu..
dekat kitchen cabinet rak bahagian atas..
jom kite tengok cam ne ibu dilah susun..

 
Full view untuk 2 tingkat rak untuk menyimpan stok bahan kering
 

Kita mulakan dengan tingkat atas dulu ye..
sebelah kanan ibu dilah susun stok gula, tepung gandum dan tepung serbaguna yg belum digunakan..
sebelahnya ada milo yg dah buka.. milo tu x muat dalam bekas milo..
bekas milo tu muat2 untuk 1kg jer.. tp biasa ibu dila beli bungkusan milo 2kg..
ada jugak bungkusan speghetti kat situ..



Bahagian tengah tu ada stok ketupat segera dan lain2..


Sebelah kiri pulak stok bahan dalam tin..
susu pekat, susu cair, sardin, buah-buahan dalam tin, sos cabonara & lain2 lagi..


Ok, habis susunan sebelah atas kita tengok sebelah bawah pulak yer..


Mulakan dengan sebelah kiri pulak..
atas tu ibu dilah letak bakul untuk isi botol2 kecik rempah ratus..
cthnya : oregano, chille flakes, lada sulah, black pepper dan sbgnya..


Bawah bakul tu letak tippuware besar untuk isi barang2 kecik jugak..
contohnya ada perencah instant nasi goreng maggi dan mcm2 perencah juga..
perencah ni standby jer.. ibu dilah jarang guna yg instant..
tu yg letak dalam tippuware tu.. hihi

Selain tu ada juga perencah kiub ikan bilis, kiub tomyam dan kiub ayam..
ada juga santan kotak..
bahan-bahan dalam tippuware ni semua jenis yg ibu dilah jarang2 guna..
tu sebab letak dalam tippuware..
kalau bahan yg selalu kita guna kena la letak kat tempat yg senang diambil..


Next sebelah kanan pulak tempat letak bahan2 untuk buat air dan juga tepung..
Milo, gula, susu kakak imani (susu dutch lady coklat), teh, kopi dan juga tepung gandum..
belah belakang bekas tu pun ada lagi..


Seperti biasa, perlu la label bahan2 ni..
takut kalau x berlabel karang kalau org lain nak wat air salah ambil pulak..
nak ambil milo terambil susu kakak..
ada satu bekas lagi susu kakak guna susu dutch lady plain..
karang nak ambil susu terambil tepung gandum pulak..
acaner tu???
hahaha..

Okla.. rasanya tu jer kot citer pasal rak untuk stok bahan kering ni..
nanti kite citer pasal rak lain pulak ye..

till then..
bye..






You Might Also Like

8 komen

  1. keja lebih mudah bila ada label kan? tp saya tak rajin. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun wat label ni time tgh rajin jer.. tp bukan slalu nak kena wat label kan.. hihi

      Delete
  2. bekas2 tutup hijau tu comel sungguh!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq fizah.. time nak beli dulu lama gak saya usha untuk dapatkan bentuk dan warna yg sesuai.. akhirnya yg tu la yg berkenan di hati.. hihi

      Delete
    2. beli kat mana ye bekas hijau tu?

      Delete
  3. Kemasnya..
    Senang la nk manage klu tersusun cmni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis.. dah kemas & susun senang nak manage.. nak cari pun senang..

      Delete
  4. rajin buat label,:) tipuware ye?hihi..kelakar taw ibu dilah... :)

    ReplyDelete