Anak-anak,

14 Months :: Perkembangan Adik Faris Zakwan

December 10, 2013 Ibu Dilah 4 Comments


Assalamualaikum

Bila anak dah masuk setahun,
mula la slow sikit nak citer perkembangan anak2 ni..
kalau x, tiap2 bulan ko nak apdet pasal anak ko kan..
hahaha..
kadang2 hampir terlupa yg anak dah beralih bulan..
erkkk.. boleh lupa pulak kan..
hahaha
[anak dah 2, banyak sgt benda nak diingat dan dibuat..]

So sebelum terlupa lagi better ibu dilah tulis dulu perkembangan adik faris skrg ni..
oppss.. lupa pulak.. 7 dec aritu adik faris genap 14 bulan..

Gigi dah ada 8 batang..
4 atas dan 4 bawah..
dah hampir sebulan gigi ke 7 dan ke 8 adik tumbuh.. [gigi bawah]
dah nak besar dah pun..
biasanya gigi adik tumbuh 2 batang serentak..

Dah pandai minta makanan/kuat makan 
Skrg ni adik dah pandai minta makanan cam biskut ke keropok or air ke..
dia akan sebut "naa..naa..na.."
hahh.. tu je la yg dia pandai sebut..
dan adik sgt suka makan..
rasa cam sepanjang masa dia nak mengunyah jer tau..
kuat makan tp x besar2 jugak.. hehehe

Dah pandai nak pakai seluar
Kalau kita nak pakaikan seluar, dia terus hulur kaki..
kakak pun dah pandai nak pakaikan adik seluar tau..

Dah paham bila kita nak pakaikan pampers
Bila dia nampak ibu bawa pampers jer adik bunyi2 eh..ehh..
dia ambik pampers sambil tunjuk2 kat kite..
bila ibu cakap adik salin/pakai pampers..
adik bammm or baring.. dia terus baring..
pastu angkat kaki suh kita pakaikan pampers..
ohhh..anak..so clever ini budak..


Dah paham bila kita nak bacakan buku..
bila nampak ayah pegang buku, dia tau kita nak bacakan buku..
pastu terus dia baring sebelah ayah..
suh ayah bacakan buku sambil tunjuk2 kat buku tu..


Dah tau bila nak korek telinga
Hahaha.. bila nampak org pegang cutton buds je terus dia baring..
dia tau org nak korek kan telinga dia..
fav dia tu..

Tau CAT dan CICAK
Bila sebut cicak terus dia tengok kat atas.. kat syiling..
sambil tunjuk3.. bunyi cicak pun dia boleh buat..
Cat pun dia dah kenal jugak.. tp x pandai bunyikan..



Dah pandai jalan laju2..
Adik cepat sgt belajar berjalan..
walaupun dia stat lambat..
tp time dia setahun tu dah pandai jalan..
dalam seminggu 2 gitu terus laju..
sebab dia rajin tolak 'kuda' dia..
tu yg wat dia cepat jalan.
skrg jalan dah laju dah..
[walaupun nampak cam terkedek2..]
hihii 


Kuat memanjat
ni paling x bleh tahan.. asyik memanjat jer kejenye
lagi2 panjat meja dekat TV..adoii..
kadang2 nak panjat meja komputer..
bayangkan la meje komputer tu kan tinggi....
 
 
Cepat ikut apa org buat
Contohnya malam tadi ayah wan wat pumping..
tetiba dia datang dekat ayah wan..
pastu dia meniarap smbil badan dia cam nak angkat2 gitu..
hahaha.. comel sgt ok..
ni yg paling kita x sangka dia boleh buat..
sbb ayah wan baru jer start wat pumping tu smlm..
 
Dah tau mandi pegi bilik air
Bila bukak kan baju or seluar jer, dia tau mesti nak mandi..
or nak salin pampers or nak cebok sbb berak..
otomatik dia terus pegi kat bilik air..
 
Hurmmm.. apa lagi ye??
banyak lagi sebenarnya.. tp tu jer kot yg ingat dan paling ketara sekali..

Belum pandai cakap
Yang ni memang lambat.. bab cakap mmg lambat..
dia cuma pandai ehhh...ehhh..ehhhh..
or naaa..naaaa...nnaaaaa..
tu jer yg dia tau sebut..
bila dia nak sesuatu or bgtau kita dia akan sebut camtu..
pastu dia tunjuk2 or pegi kat tempat tu..

contohnya.. dia tau kalo kat dapur rak mana ada simpan makanan..
so bila dia nak, dia akan bunyi2 sambil tunjuk rak tu
[kat kitchen cabinet tingkat atas]
tak pun kalo kat meja makan ada makanan..
dia akan pegi kat meja makan tu sambil bunyi2 dan tunjuk2..

 
Wahh.. banyak jugak perkembangan adik skrg kan..
yg pasti apa yg ibu dilah perasan adik faris ni pemerhati yg baik..
dia tgk jer apa yg org buat..
pastu kejap jer dia ikut..
cepat sgt dia belajar..
 
okla.. adik jadi good boy yer..
jadi anak yg soleh..
ibu syg adik sgt2..
muaaahhhhh

You Might Also Like

4 comments:

  1. Cepat jer bebudak ni kan kak?sy pun malas nak update pasal perkembangan diaorg sebenarnya..tapi layankan jelah.hehe..

    Tikar faris sama macam rissa lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la fifi, time usia dia skrg ni mmg cepat anak2 tangkap apa kita buat.. cepat mengikut.. segalanya cepat kan.. alhamdulillah..

      Delete
  2. Semoga kedua2nya mmbesar dgn sihat ye..b a good boy n girl..amin

    ReplyDelete