Breastfeeding :: Konsep Demand vs Supply dalam Penyusuan - Ceritera Ibu

Breastfeeding :: Konsep Demand vs Supply dalam Penyusuan

Assalamualaikum

Pernah tak korang alami keadaan mcm ni..
Bila usia baby semakin meningkat, ibu mula runsing bila susu semakin kurang..
Mula la runsing, cukup ke susu untuk baby nanti..
Anak dah masuk 6 bln.. kemudian 1 thn.. 1 thn setengah..
Susu makin hari makin berkurang..
Bila pam dapat sikit jer..
Risau nye hati ni..
Hahhh.. pernah tak?? Pernah tak rasa cam ni??

Rasa nya normal kot bila kita mempunyai perasaan mcm ni..
Risau anak x cukup susu.. x cukup khasiat untuk tumbesaran anak..
Ibu dilah pun penah rasa mcm tu jugak..
Malahan skrg ni pun tgh alaminya jugak tau..

Tapi kita kena balik kepada konsep sebenar penyusuan susu ibu..
Konsep Demand vs Supply..
Bila demand tinggi, kita pun perlu supply banyak jugak..
Bila baby kuat menyusu direct atau kita mengepam susu secara konsisten,
Maka makin banyak la susu yg terhasil.. 
Semakin kerap kita mengosongkan breast,
Semakin banyak susu yg akan terhasil..
Tu la yg dinamakan Demand vs Supply


Disamping tu kita kena tahu jugak keperluan susu ibu itu mengikut peringkat usia:

Pada usia 6 bulan pertama
- baby hanya bergantung sepenuhnya kepada susu ibu (mengandungi nutrisi yg lengkap)
- tiada makanan tambahan
- tiada minuman selain susu ibu

Usia 6 bulan ke 12 bulan
- anak mula mengenali makanan pejal (solid food)
- memberi solid food mengikut keperluan, 2/3 kali sehari
- anak masih memerlukan susu ibu lagi bagi melengkapi keperluan nutrisi anak

Usia 12 bulan ke 18 bulan
- anak mula makan dalam kuantiti yg banyak
- susu ibu sebagai tambahan (anak mula kurang menyusu)
- susu ibu diperlukan untuk melengkapi keperluan nutrisi anak

Usia 18 bulan ke atas
- makanan adalah sumber tenaga/khasiat yg utama
- susu ibu sebagai tambahan tp mungkin dalam kuantiti yg sedikit

Berdasarkan keperluan susu ibu yg dinyatakan di atas,
Kita boleh paham bahawa semakin meningkat usia anak,
Permintaan susu ibu semakin berkurangan.
Disebabkan demand makin kurang, maka supply pun berkurangan la kan..


Ini ibu dilah sedang alami skrg.. adik faris kurang minum susu sbb dia lebih banyak makan.. jadi ibu dilah tak perlu risau bila susu berkurangan.. namun, jangan terus berhenti mengepam sebab jika tak pam dikhuatiri susu akan lagi berkurang..

Sebab apa??
Sebab breast dapat signal yg xde demand lagi, so x perlu la supply.
Padahal anak masih menyusu lagi tapi dalam kuantiti yg sedikit.
Bila malam anak boleh direct feeding tapi siang mcmana pulak???
Itu la perlunya kita mengepam susu..
Supaya kita boleh bagi respon kat breast yg perlu produce susu lagi..


So, kena rajin2 pam ye..
Yang penting kita dah berusaha utk pastikan susu kita sentiasa ada..

Tau tak skrg ni adik faris hanya minum 2 botol jer di rumah babysitter. .
Dan ibu dilah pulak pam boleh dpt 2 botol jugak..
So in dan out sama..
2 in - 2 out..

So, ibu-ibu  jgn risau sgt ye bila susu sikit..
Check balik konsep demand vs supply..
Kita ikut x konsep tu??
Jangan stress ye, nanti lagi mengganggu proses penghasilan susu..

Ok, tu jer sedikit pengkongsian pasal demand vs supply dalam penyusuan..

Semoga ceria slalu. . ;)


10 comments:

  1. Alhamdullillah..sy dulu memang byk susu sebab sy mengepam..sehari sehingga 4x di office

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. murah rezeki rizziela.. saya pun sama, 6 bulan yg pertama mmg susu meriah sgt.. masuk 6 bulan kedua susu mula berkurang sedikit.. skrg ni dalam fasa yg ke 3, (12bln ke 18bln) susu semakin berkurangan.. setakat mencukupi untuk keperluan harian adik faris..
      tapi masih x berputus asa untuk meneruskan bf..

      Delete
    2. same la kak.. susu dah makin kurang walaupun masih pam 4kali sehari..aiyakk

      Delete
  2. Bagus perkongsian entry ini tau...nanti jikalau ada rezeki anak kedua akan dtg...Umi QI kena byk belajar utk belajar sistem D & S....harap berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Umi Qi.. sekadar perkongsian dan pengalaman diri sendiri.. kadang2 kita terlalu stress bila susu makin berkurangan.. tp bila back to basic D&S ni, kurang sikit stress kan.. baru teringat balik yg skrg anak mmg dah kurang minum susu sbb dia dah besar..

      Delete
  3. ayish bulan 4 ni dah 2 tahun tapi masih byk menyusu...sampai lembik dah mama dia ni...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la dgn faris ni nana.. kdg2 diorg ni bukan menyusu sgt pon.. lebih kepada nak bermanja ngan mak dia kan.. time menyusu ni la bonding time terbaik ibu ngan anak kan.. kadang2 stress jugak.. tp bila stress pk balik, x lama dah, pas dia wean off nanti mesti kita rasa lost sgt.. percaya la... ibu dilah dah penah rasa time anak 1st dulu.. mmg sedih sgt..

      Delete
  4. Hi, thank share info ni sebab kdg2 stress boleh menyebabkan susu merudum ..Alhamdulilah tak pernah kena lagi. Ada kawan fb cerita yg susah nk nyusu kan baby bila susu kurang ni..anak asyik nangis malam2 lapar. dgr ada org recommend suruh guna Pump It Milk Booster , sapu2 je boleh tambah susu. nak pulihkan puting luka pun boleh . InshaAllah boleh cuba nnti :)

    ReplyDelete
  5. There still exist various social and legitimate obstructions that make it extremely challenging for moms to only breastfeed.https://ladyimpeccable.com/does-breastfeeding-make-you-look-older/

    ReplyDelete