Pray For MH370
Assalamualaikum
Hari Sabtu lepas, 8 Mac 2014,
negara kita digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370..
Kehilangannya yg sangat misteri.
Pelbagai persoalan yg bermain di fikiran kita semua..
Tak dapat dibayangkan kalau ianya terjadi kepada salah seorang ahli keluarga kita..
Sedih dan kesian sangat kepada ahli keluarga mangsa..
semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini..
kalau excident ke, sakit ke, at least kita tahu punca kematiannya..
tapi skrg ni pesawat tu pun belum dijumpai lagi..
kita x tau apa yg terjadi kepada semua penumpang dan anak kapal..
Hentikanlah sebarang spekulasi yg tak betul mengenai kehilangan pesawat MH370 ini..
Kasihani lah ahli keluarga mereka ini..
Amat berat dugaan yg sedang mereka alami ketika ini..
Sesungguhnya, secanggih mana pun teknologi yg kita ada,
sehebat mana pun pilot yg kita ada,
tapi jika Allah dah kata jadilah.. maka jadi lah ia..
KUN.. FAYAKUN..
apa yg Allah kehendaki akan terjadi juga..
Tak lena tidur ibu dilah malam tadi..
Sampai termimpi-mimpi kehilangan MH370 ni..
Bangun2 pun terus nak tengok update terkini mengenainya..
Mungkin juga Allah nak beri petunjuk kepada kita semua..
Terutama kepada mereka yg seakan terlupa kepada Nya..
Dan juga keadaan Negara yg seakan berpecah belah..
Saat diuji sebegini.. baru lah nampak semua nya bersatu..
Semua bekerjasama, bantu membantu..
Semua berdoa bersama memohon petunjukNya..
Semua berdoa memohon keajaiban dari Nya..
Ya.. baru kini Malaysia kembali bersatu..
Mari lah kita sama2 mendoakan agar pesawat MH370 ini dijumpai..
"Ya Allah, Kau permudahkan lah urusan mereka yg mencari pesawat MH370 itu.. Kau berikan lah petunjuk kepada kami Ya Allah,
Jika ia berada di langit, Kau turunkan la ia..
jika ia berada di lautan, maka Kau timbul kan lah ia..
dan jika di daratan, Kau buka kan la mata..
kami agar kami dapat melihatnya..
Aminnn"
#PrayForMH370
tak putus harap.
ReplyDelete