TIPS Melatih Anak Ke Tandas @ Potty Training
Assalamualaikum
Ok.. hari ni ibu dilah nak berkongsi serba sedikit tips dan cara bagaimana nak potty train anak kecil..
Ni adalah sambungan dari kisah kejayaan ibu dilah potty train kakak imani..
Jom ibu dilah share sikit beberapa tips yg boleh dijadikan panduan utk potty train anak.. TIPS ni terbahagi kepada 2 tau, persediaan sebelum mula training dan semasa potty training..
Ibu bapa perlu betul2 bersedia dari segi fizikal dan mental..
Kalau kita belum betul2 bersedia, tu yg training tu x jadi dan stop setengah jalan..
TIPS Persediaan sebelum memulakan potty training
1) Persediaan mental
Ibu bapa perlu kuat dan banyak bersabar.. sabar dan sabar..
sebab kita kena kerap tanya anak dan bawa anak pergi tandas.. kena control amarah bila anak kencing terabur.. memang sgt menguji kesabaran kita nnt.. So sblm start training tu, mind set kite kena set dulu..
Jgn mudah putus asa. .
sebab kita kena kerap tanya anak dan bawa anak pergi tandas.. kena control amarah bila anak kencing terabur.. memang sgt menguji kesabaran kita nnt.. So sblm start training tu, mind set kite kena set dulu..
Jgn mudah putus asa. .
2) Persediaan fizikal
Kita tau potty train ni akan ambil masa.. kalau anak kite cepat belajar, sekejap jer dia dah pandai.. dan sebaliknya..
So, for sure serba sikit akan menggaggu rutin harian kita yg lain.. akan terkejar2 nak wat itu, nak jaga yg ni.. nak awasi anak yg tgh potty train tu lagi.. so mmg akan penat sikit la..pastu kena kerap bawa anak ke tandas.. kalo anak kencing terabur pulak, kena cuci.. So jgn mudah mengalah..
3) Bahan bantu belajar
eceehhh.. cam cikgu pulak kite kan..hehe.. contohnya untuk memudahkan kita melatih anak, beli panties utk potty train, alas tandas utk letak kat mangkuk tandas duduk..
Pada peringkat permulaan, ibu dilah bagi kakak imani pakai panties ni..
panties ni dapat menyerap air kencing dlm kuantiti yg sikit..
panties ni dapat menyerap air kencing dlm kuantiti yg sikit..
Kalau banyak mmg lencun jugak..
so utk permulaan, kalo kakak x sempat nak cakap dan terkencing,
xdela terabur 1 rumah..
mmg byk membantu pakai panties ni.. tp skrg dah x pakai dah..
Sumber Google. .
Selain tu boleh guna alas tandas utk anak..
Jgn guna portable mangkuk tu..
Ajar anak guna tandas yg betul..
FYI, sebenarnya ibu dilah dah start wat potty train kakak imani masa usia kakak imani 2 thn lebih..
time tu adik faris pun kecik lagi.. baby2 lagi..
disebabkan ibu dilah belum betul2 ready untuk potty train kakak,
ibu dilah x berjaya..
ibu dilah x cukup bersedia dari segi mental dan fizikal..
dengan anak kecik lagi time tu, bila kakak kencing terabur ibu dilah mula stress.. dengan nak handle baby faris lagi..
lepas tu x dapat bawak kakak pegi bilik air dengan kerap..
so, training tu terputus setengah jalan..
Tu sebab ibu dilah cakap persediaan dari segi fizikal dan mental tu sgt penting.. tapi x bermakna bila kita ada anak kecik yg lain kita x boleh lakukan potty train.. kalau dah betul2 ready,
boleh la buat ye..
Ikut la kemampuan diri sendiri..
Next, tips untuk melatih anak cerai pulak.. apa yg perlu kita buat untuk potty train anak.
Tips untuk melatih anak potty train
1) Kerap tanya anak dan bawak anak ke tandas..
untuk permulaan, setiap 5 ~10 minit tanya anak nak kencing tak..
kalo dia xnak pun bawak jer pegi tandas.. suruh dia kencing..
tp kalo x kencing pun xpe..
tunggu la dalam 2-3 minit gitu..
dalam stgh hari boleh jarakkan masa pergi ke tandas..
setiap 20 minit, 30 minit, 40 minit.. bergantung kepada tahap kecepatan anak boleh ikut arahan kita..
2, 3 hari pertama merupakan hari yg sgt mencabar..
Pastikan selepas minum susu or air, suruh anak kencing @ tanya anak nak kencing tak.. sebelum tido malam, suruh anak kencing dulu..
2) Ajar anak untuk bercakap
"Ibu, kakak nak kencing.." or
"ibu, kakak nak verak"
Ajar anak bercakap bila dia ada rasa nak terkencing..
mula2 memang kita jer yg kena tanya dia..
ajar dia supaya bercakap..
tp lama2 anak2 akan cakap sendiri bila dia nak kencing..
kadang2 anak cakap nak kencing,
tapi bila bawak pegi tandas dia x kencing pun..
xpe.. jangan marah..
sebaliknya, bagi kata2 semangat..
"xpe, lain kali kakak cuba lagi ye.. lama2 nanti mesti kakak pandai.."
tu contohnye la..
tapi sekurang2nya dia dah boleh bagitau kita yg dia dah ada rasa nak kencing, or verak kan..
kira ok le tuh..
3) Lakukan secara konsisten
Bila dah start wat potty train, lakukan secara konsisten..
jangan arini buat, esok x buat, lusa buat balik..
ehh.. main2 ko yerrr.. hahaha..
Buat straight 2,3 minggu, baru kita boleh lihat berjaya ke x..
Ibu dilah mula2 dulu buat time weekend jer..
weekday x buat, konon nye susah sbb kita keje..
x ready nak train time weekday..
so mmg x jadi la..
tu la yg dikatakan hangat2 taik ayam.. kahkahkah..
Tapi bila ibu dilah dah betul2 ready,
time tu ibu dilah mmg cakap nak wat straight 2 minggu,
walau rebut taufan melanda, akan ku paksa kakak tu cerai pampers jugak..
hahaha… akhirnya berjaya jugak..
4) Jangan mudah cair ngan anak..
Hah.. camner pulak tu??
Ala.. kadang2 bila dah asyik ulang alik ke tandas, anak2 akan mengadu penat la..
kita pun sama jugak..
so, jangan sesekali mengalah sebelum berjuang.. eceeehhh..
Cam kakak imani aritu, ada sekali dua dia cakap nak veraks dalam pampers.. mungkin sebab dia geli tengok ‘tai' dia yg berketul2 tu.. hahah..
ehh.. dia penah nangis tau masa mula2 nampak ketulan ‘emas' tu.. hahaha..
so, dia penah merayu nak veraks dalam pampers..
Pujuk2 xnak.. sampai nak nanges2..
kalo ikut hati nak jer pakaikan pampers tu, sebab malas nak dengor dia merengek2..
tapi kite kena kuatkan hati..
paksa jugak dia veraks kat tandas..
kalo tak lagi la lama process nak cerai pampers nanti..
5) Bagi kata-kata semangat dan pujian kat anak
Ala.. cam pompom gurl gitu.. hahaha.. tapi idok ler ibu dilah ni terlompat2 kan.. burok benor ler gayanye nanti.. hahaha..
"ok kakak.. kakak cuba lagi.. xpe, selow2.. nanti keluar la tu…"
Tu contoh jer la.. tapi bila anak dah berjaya kencing or verak..
kita bagi kata pujian…
"Wahhh.. good.. bagus.. kakak dah pandai kencing..",
Atau
"Hah.. tengok tu, kakak dah pandai veraks la.. good girl la anak ibu ni.."
Sambil tepuk2 tangan..
wat la muka excited sikit.. hahaha.. walaupun nampak cam drama, tapi benda ni penting untuk menaikkan semangat anak tau..
dia akan rasa suatu kejayaan yg amat besar bagi dia..
Ehh.. jangan tak tau.. kakak imani penah jawab mcm ni tau kat ibu dilah..
"Ibu, kakak dah pandai kencing..
banyak sgt tau..
kakak hebat kan ibu.. kakak hebat.. "
tengok tu, betapa dia bangga dengan pencapaian dia..
so, kita pun sebagai ibu bapa perlu bangga dengan dia..
6) Bagi reward sebagai ganjaran dan penghargaan..
Pada mulanya ibu dilah x menjanjikan apa2 pada kakak imani..
tapi bila dah 2,3 hari kakak imani berjaya cerai pampers, ibu dilah pun cakap kat dia..
"kalau kakak dah x pakai pampers lagi, nanti ibu belikan panties baru untuk kakak..
nanti kakak kena ada banyak panties kan.."
Hah.. yg ni kira ganjaran untuk dia bila berjaya..
dan jugak boleh dijadikan sebagai penguat semangat untuk dia terus berusaha..
ala, kadang2 budak2 ni kan excited kalo nak kan sesuatu..
jadi dia kena bersungguh-sungguh belajar potty train..
nanti boleh la dapat panties baru..
Ni la 6 tips yg boleh ibu dilah share untuk panduan kita semua..
Mungkin korang ada tips lain, boleh la share jugak..
Iyela, lain org lain caranya kan..
Setakat ni, ni jer la yg ibu dilah buat..
Alhamdulillah.. kakak imani dah berjaya potty train dalam masa kurang dari seminggu..
Sungguh, ibu dilah x sangka semudah ni dapat potty train kakak..
Pada awalnya ibu dilah rasa mesti susah sgt..
Iyela, time tu belum betul2 ready kan..
But, once kita dah betul2 ready,
Otak kite dah set untuk potty train anak betul2..
Kita jadi kuat dan sabar untuk menghadapi sebarang cabaran..
Ye.. mind set tu penting..
Dan sampai ke hari ni, kakak imani dah tak pakai pampers lagi..
Siang dan malam.. sepanjang hari..
Alhamdulillah.. jimat banyak dah..
Ada tinggal 1 bag jer lagi pampers kakak yg x habis guna tu..
Campur2 dgn yg kat umah dan umah babysitter..
Dah sumbat masuk lemari..
Simpan untuk adik guna..
Tapi entah bila la adik boleh guna..
Montot adik kan kecit jer..
dari 3 bulan tukar pakai saiz M sampai la skrg x tukar2 lagi..
hahaha..
For my lilttle baby, faris zakwan..
Ibu ingat nak potty train adik awal sikit..
Kalau dapat before umur 2 thn lagi better..
But, adik sampai skrg lom pandai cakap..
Acaner nak suh dia cakap adik nak terkucil nanti???
Hurmmm..
Semoga korang semua berjaya potty train anak korang..
Amin..
bestnya..kalau berjaya selamat $$$ kan?
ReplyDeleteMmg best sgt cikna... Pastu rasa free sikit sbb x yah nak salin kan pampers dia dah..
Deleteinfo yang baik bagi mereka yang sedang mencari cara nak potty train anak.. ;)
ReplyDeletetq aizamia.. sharing is caring kan.. ;)
DeleteNak train rayyan jugak laa. Tp mmg betul mula2 mesti kental
ReplyDeletebetul tu kak.. hati mmg kena betul2 kental nak layan kerenah anak yg nak cerai pampers ni.. kalo x kental memang susah nak berjaya..
DeleteBestnyer...tapi jasmin tak ready nak pt firas lg. Tambahan firas tak gheti ckp sgt...huhuhu
ReplyDeleteoo.. sama la cam anak sy yg 2nd ni.. lom pandai cakap lagi.. susah sikit la nak train.. tp kalau dia dah boleh sebut " nak cing" pun dah ok.. asalkan dia boleh bagtau kita yg dia nak buang air... time tu dah boleh stat dah..
DeleteBestnyer...tapi jasmin lom sedia lagi nak pt firas...firas tak berapa nak pandai ckp lagi....huhuhu
ReplyDeleteSukaaaaaaaaa tips ibu dilah bagi...yeyyyy Umi Qi dh hafal...nak ikut tips ibu dillah...Qi baru 1 tahun 7 bulan...nak train dia awal sikit bleh kan...nak cuba sabtu ni cm ne hehehhe
ReplyDeleteTry la umi Qi.. nanti kalo berjaya bagitau ye.. boleh try kat faris jugak nanti.. tapi faris baru 1thn 5bln .. cakap pun x lagi.. hihi
DeleteAnak saya dah 4 tahun this year, dah masuk tadika..kalau nak shishi dia pandai pegi toilet sendiri..tapi kalau nak poo2, mesti nak pakai pampers lagi..dah ajar suruh poo2 dalam toilet, banyak alasan dia bagi, xkeluar la, xbest la..camna nak train lagi tak tau la..huhu
ReplyDeletenice post. thanks for sharing:)
ReplyDeletesy pun dlm proses. cuma taktau nak start mcm mana. perlu kekuatan mental dan fizikal..
anyway jemput singgah rumah saya :)
http://tipssihat-ibuzara.blogspot.com/
Nice post...
ReplyDeleteBy the way, untuk memudahkan pengurusan dan takut tereksiden..
ibu boleh gunakan pelapik tilam kalis air. nipis, mudah cuci, mudah kering.
saya gunakan untuk anak saya. jadi kurang stress. hehehehe..
saya dah guna cadar yang sama selama hampir 3 tahun.. anak saya stop pampers completely around 2 tahun..memang terasa jimatnya..
boleh ke http://kapasutera.blogspot.com/2014/09/bila-anak-kencing-malam.html
nice blog...sy pn br stat latih anak potty training..agak dah lmbt sgt gara2 xsedia tp skrg dah terpksa..kena jg...follow blog sy: http://hadizah.blogspot.com
ReplyDeleteMasalah saya pula anak tak nak lepas langsung dgn pampers... lpas mandi jer nk pkai pampers terus...dah pujuk2..dah gaya x mkn saman. Menangis.. umur dah 3 1/2..kalau lpas mandi nk kencing ke tp dia blum pakai pampers pandai pula dia ckp nk kencing..mulut semua dah petah...geram.betul. abg2 dia dlu senang jer latih..
ReplyDeletetq for the info. saya baru nak start potty train anak sy berumur 2 tahun. semoga sy sabar dan berjaya :)
ReplyDeletejemput singgah ke blog saya :)
http://mommyrafa.blogspot.com/2015/08/Petua-cerai-susu-badan.html
Good tips..anak saya baru masuk 2 tahun, hari ni dah 2 hari start potty training, tp hanya ketika waktu selain tido..bagaimana kita nak pastikan waktu tido anak dah boleh lepaskan pampers?
ReplyDeletedatang singgah baca pngalaman potty training anak.
ReplyDeletedoakan saya juga ye semoga semuanya berjalan lancar. tgh train anak yg berusia 1 thn 4 bln. mmg mncabar. sabarrrrrr sbb uminya nak ajar awal snngat,kan ! tp seronok layan kerenah dorng bla msk blk air. nak main air je lebih .hikhiks
Thanks 4 the info sis...tgh train ank kedua...aihhh..mencabar btl...ank first ok je...lain ank lain cabarannyer..
ReplyDeleteassalamualaikum.. kat mana ye beli panties utk training dan alat letak kat tandas tersebut? tk
ReplyDeleteDoakan sy juge..anak sy dh nak masuk 3 thn..hrtu ade try sekali tp give up sbb die wee wee kt bilik n kebetulan adiknye pn menangis nak mintak dukung
ReplyDeleteMacam mana kalau anak tahan kencing kita nak paksa die kencing ... ada cara tak ? anak lelaki .. dari pg - ptg xkencing klu x di pakaikan pampers .. masuk dlm tandas pon pancut air xjalan gak ...
ReplyDeleteMore and more parents want to know when to potty train their children - particularly as the economy weakens and they're looking for ways to cut back on unnecessary expenditures, such as diapers. And frankly, in addition to the other benefits you and your family will receive, fast-forwarding to a diaper-free household is a great way to save money! However, before you begin potty training your child, you must be certain they're ready physically and developmentally (mentally, emotionally, socially, etc.), otherwise you're likely to frustrate yourself and your little one. So, let's begin here. Susan
ReplyDeleteThe simple answer is, "No, it's not a myth", and "Yes, you can absolutely, positively potty train your child in 24 hours or less." I should know... You see, I've personally done it many times. I started with my own three children and then moved on from there. (By the way, in case you're wondering my kids were as strong-willed as most two-year-olds and far more stubborn than many! :>) Let me explain... Susan
ReplyDeleteIf you want to find out what you can do in order to help your child through this bedwetting situation read through the following notes and make an informed decision if they would be suitable for your child. Will start with an alarm or bedwetting alarm which is its commercial name. It either makes a ringing sound or vibrates when it senses moisture. This method is highly effective in 70 percent of cases on curing the condition. it's time to potty
ReplyDelete