Susunatur :: Bilik Anak @ Playroom Part 2 - Ceritera Ibu

Susunatur :: Bilik Anak @ Playroom Part 2

Assalamualaikum

Entry ni adalah sambungan cerita dari entry sebelum ni..
Cerita mengenai susunatur bilik anak @playroom @ ruang keluarga kitorg..
Boleh check kat SINI yer..



Ok..selain dari tempat belajar, dalam bilik ni jugak ibu dilah letak sebuah tilam bujang..
Bukan selapis tapi 3 lapis sebenarnya.. hihi.. 
Sebab nak bagi tinggi tilam tu..
Kat tilam ni la tempat kitorg lepak2..
Tempat ibu dilah baring2 merehatkan badan sambil menyusukan adik faris..
Dan sambil tengok kakak imani belajar dan bermain..
Kadang2 tertido jugak kat sini..hihi


Sebelah tilam tu letak khemah budak2..
Memang suka la diorg main keluar masuk khemah tu..
Adohai.. sampai senget benget dah tangkai khemah tu dikerjakan dua beradik ni tau..
Ibu dilah pulak temankan diorg main sambil baring kat tilam sambil surf internet dari phone.. memang heaven la time tu dapat rehat2kan badan kat situ.. 
Memang lepak habis la... hihi


Susunatur sebelum

Sebelah khemah tu pulak  ada meja computer..
Sebelum ni susunatur tilam ngan khemah tu terbalik tau..
Jadi bila tilam diletak sebelah meja computer, adik faris ni selalu la kaco barang2 kat meja tu..
Dia suka sangat tarik mouse dan ketuk2 meja…
Sabo jer la…


Susunatur selepas

So sebagai langkah penyelesaiannya.. ibu dilah tukar susunatur tilam dan khemah tu..
Dengan susunatur skrg ni, adik faris dah tak boleh main dekat meja computer tu lagi..
Yess… selesai masalah… hehehe

Tempat anak2 main dah ada, tempat ibu lepak2 dah ada..
Tempat ayah kat mana pulak yerrrr???
Ok.. tempat ayah dah tentu la kat meja computer.. hihihi..
Kat situ la tempat ayah layan internet sambil teman anak2 bermain..



Kadang2 time ibu dilah nak masak, ibu dilah kurung diorg kat dalam bilik ni…
Hahaha… mcm kejam jer bunyik nye kan…
Ala.. bukan kurung apa pun..
Ibu dilah biarkan anak2 bermain dalam bilik ni sambil ditemani ayah wan yg main computer.. pastu ibu dilah tutup la pintu supaya adik faris tak leh keluar..
Kalau tak, adik faris nak kacau ibu masak nanti..
Tu jer la cara yg paling senang untuk elak budak2 kaco mak nye nak masak..
Hahahha… xpe, ayah wan kan ada utk teman diorg main.

Hahhh.. sekarang nampak tak betapa bergunanya bilik anak2 ni..
Semua ruang digunakan dengan sebaik mungkin..
Ala… bilik kecik memang la semua tempat berguna kan..
Hehehe… 

Tapi bilik ni tak sempat nak deco2 lagi..
Ruang kat dinding tu masih kosong lagi..
Dah ada idea nak buat apa, tapi masih belum jumpa bahan yg betul2 sesuai utk digunakan..
Nanti kalo dah ada ibu dilah share ye..

Okla.. tu jer la cite ruang keluarga kami.. 
Kalo korang ada pendapat apa yg perlu diletak kat dinding tu,
Or susunatur yg lagi ok bagitau la yer..
Susunatur yg skrg ni pun ibu dilah masih tak puas hati lagi..
Masih boleh diubah2 lagi..
Ok la. Babai…

3 comments:

  1. gigihnya akak ngecat dinding tu..

    ReplyDelete
  2. suka idea letak tilam kat sudut tu...mcm cozy je budak2 nk lepak baring kat situ...=)

    ReplyDelete
  3. Slm kenal...

    cantik dan kemas..:-)

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete