Aktiviti bersama family,

Aktiviti Hujung Minggu Bersama Family

May 16, 2014 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Last week kitorg balik kampung kat melaka..
Kebetulan pulak selasa tu cuti Wesak,
so kitorg tambah cuti ari isnin tu..
Baru la puas sikit dapat duk kat kampung lama sikit kan...

Sepanjang 4 hari kat kampung, mcm2 aktiviti kitorg buat.. anak2 lagi la suka dpt jumpa kazen2 dia.. lagi2 si kakak imani tu.. Asyik main jer.. Seronok sgt la diorg tu.. Sampai gelap dah kakak tu asyik main panas jer.

 Yg adik pulak tgh kemaruk main beskal.. Pagi petang siang malam nak main beskal jer... sampai jatuh longkang pun ada.. haha.. adik.. adik.. Seronok adik ye.. Rasa bebas nak berjalan g mana2 bila duk kat kampung. . Kalo kat umah jb ni asyik terperap jer dlm umah..






Jom layan aktiviti hujung minggu kitorg..

Hari sabtu - gotong royong anak cucu pasang pagar kat umah pakwek (atok laki) untuk elakkan dari makwek (nenek) dari merayau gi umah org.. makwek ibu dilah ni dah tua dan nyanyuk. . Dah banyak kali dia kuar dari umah merayau x tentu haha. . Tu yg kitorg pasang pagar tu.. Malam nya celebrate besday anak buah yg ke 3 thn pulak..


Ari ahad - ada org tu request nak makan mee kari yg bunda buat.. so tghari tu kitorg makan mee kari.. pastu org tu ckp nak belanja ikan bakar.. tp xnak gi makan kat kedai sbb risau budak2 wat hal kan. . Kang x pasal2 mak pak naik hantu karang.. haha


So mlm makan dinner ikan bakar, ikan masak sweet sour, sotong goreng tepung, air asam ngan sambal kicap mesti ada jugak. . Tak lupa nasi lemak bunda.. senang cakap mmg mcm pegi makan ikan bakar kat Umbai tu la.. hihi


Tak lupa sambal goreng bunda ni.. mmg terbaik la.. ayah wan siap request lagi bulan puasa nnt suh buat lagi.. Dulu time kitorg duk asrama  mmg slalu mak bekal kan sambal goreng ni.. Dapat rasa lagi best.. haha..

Ari isnin - pagi tu ayah wan tolong bunda Tokbah wat pangkin.. dpt la siap kan 1 pangkin, letak kat bawah pokok.. tu request dari sil supaya senang dia nak monitor anak2 main kat luar rumah..





Ptg tu kitorg pergi picnic kat air terjun pulak.. kitorg pegi air terjun sagil kat gunung ladang tu.. dlm sejam perjalanan dari umah Bunda. . Memang best sgt la pegi kali ni sbb puas hati dpt mandi lama2. .







Kebetulan aritu ari isnin hari bekerja kan.. So org mmg sikit jer.. tak yah nak daki tinggi.. kat bawah pun dah ok.. tempat tu kitorg je yg ada.. mmg heaven la dpt berendam dlm air sejuk kannnn... adik faris bukan main suka lg.. dia lagi berani dari kakak imani tau.. . Kakak mesti ada org jaga.. tp adik dia boleh jalan sendiri guna pulak pun tu.. air cetek jer kan..

Ari selasa - pagi jalan2 cari mee rojak.. balik tu ayah wan sempat wat pangkin lagi sebuah.. x banyak aktiviti ari selasa sbb kitorg gerak balik jb kul 4 ptg..

Itula aktiviti kitorg bersama family time cuti aritu.. memang seronok sgt.. anak2 pun dah tau Seronok nya balik kampung.. nasib baik time nak balik tu kakak baru terjaga dari tido, kalo x sure dia xnak balik jb.. sbb seronok sgt main ngan abg dan kakak.. hihi

You Might Also Like

0 comments: