Anak-anak,

High Fever :: 2nd, 3rd and 4th Day Faris Warded

May 02, 2014 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. adik faris dah discharge hari jumaat lepas..
Dah seminggu dah..
Arini nak sambung apa yg terjadi pada adik pada ari kedua, ketiga dan keempat..
Citer 1st day warded boleh refer kat SINI

2nd day (Wednesday, 23rd Apr2014)

Pagi tu lepas Dr Woon datang check, dia cakap adik dah x perlu masuk air lagi..
Sebab adik pun sentiasa breastfeed jer kan..
So xdelah la dia kekurangan air..
But neb still kena continue every 4 hours..
At least 3 hari ok.. owhhh.. Nampak sangat adik tak boleh discharge aritu..

Sebelum nurse bukak drip air tu, berlaku sesuatu kejadiaan yg x dingini..
Adik jatuh katil gara2 nak ikut ibu buang sampah..
Ehhh.. bukan jauh pun.. hujung katil tu jer poon…
Tapi silap ibu dilah sebab tak naikkan palang katil tu..
Maafkan ibu ye baby…

Ibu buang sampah pusing balik tengok adik dah kat bawah katil..
Ibu punya cuakkkk…. Terus angkat adik…
Tapi dia x nangis pun.. tersengeh2 lagi ada la.. sabo jer la..
Yg merisaukan ibu dilah sebab dia jatuh sebelah kiri, tiang air tu pulak sebelah kanan..
Bayangkan la dah tegang dah tube air tu..
Nasib baik jugak ibu sempat sambut..
Kalo tak mesti tiang air tu tertarik jugak…
Adohaiii.. tak dpt dibayangkan la kalo terjadi cam tu..


Lepas drip tu dibuka, ibu dilah lepaskan la adik faris kat bawah sekejap..
Apa lagi.. berdesup cepat2 dia berjalan sana sini..
Terasa bebas sgt ler tu… hehe…
Paling tak tahan bila dilepaskan jer dia terus pegi ke tiang sangkut air tu..
Dia terus tolak… hahaha…
Mesti dia bayangkan tangan dia masih ada tiub tu..
Dan dia nak jalan kena tolak tiang tu sekali…
Macam2 la budak kecit sorang ni..
Tapi dia memang hepi sgt..


Pastu bawak la adik jalan-jalan kat wad tu..
Pastu pegi kedai kat bawah cari toys utk adik..
Kesian dia boring sgt..
Bila dah boring sgt mula la dia wat perangai..
X boleh tinggal kejap jer mesti nak nanges.. nak ikut ibu jugak..
Kalo x dpt dia akan merajuk..
Guling Guling. . Sabo jer la..


Malam tu ayah wan datang melawat kitorg..
Lepas balik keje ayah wan amik kakak imani dulu..
Dalam kul 8 mlm gitu baru diorg sampai..
Tapi kannnn.. anak ibu yg sorg lagi tu pulak demam rupanya..
Kakak imani demam panas sgt..
Sempat minta tolong nurse kat situ check suhu.. 39.7 deg..
Alahaiii.. demam panas pulak..
Discuss ngan ayah wan, nak suh kakak masuk hospital sekali..
Cakap ngan kakak suh dia duk wad tp dia tak nak pulak..
Lepas discuss ayah wan cakap biar dia jaga kakak dulu kat umah..
Lagi pun baju tak bawak kan..
So diorg pun balik la dulu..


3rd day (Thursday, 24th April 2014)

Pukul 2am lebih ibu dilah terjaga..
Rasa adik demam pulak.. panas lagi..
Kul 4am nurse dtg round untuk suruh adik neb mcm biasa..
Time tu bgtau la yg adik panas balik..
Pastu nurse terus check suhu.. 39 deg ++
Lepas tu sejam sekali nurse dtg check suhu lagi..
Dan bagi makan ubat..

Pagi tu Alhamdulillah adik faris dah tak panas lagi..
Tapi disebabkan dia demam malam tu, doctor wat xray..
Result dari xray tu didapati ada jangkitan kuman kat paru-paru..
Tp tak banyak la.. tapi jangkitan kuman tu yg membuatkan demam adik berulang..
Doctor cakap adik kena pneumonia.. so dia kena bagi antibiotic berterusan..

Tengahari tu ibu dilah minta permission doctor untuk keluar sekejap..
Sebab nak amik kakak dan kemas baju2 kakak sikit utk dibawa ke hospital..
Tapi bila nak amik kakak, kakak dah sihat pulak.. tak panas lagi..
Tak jadi la dia masuk wad..

4th day (Friday, 25th April 2014)

Around pukul 8.30am doctor dah round..
As usual tanya macamana keadaan adik faris..
Bila boleh balik… doctor cakap atleast adik tak demam 1 hari baru boleh balik..
Neb still kena buat every 4 hours..
Oh ye.. adik sejak kena neb tu najis dia cair..
Lepas dia nak berak jer, ibu kena terus cebok..
Kadang2 dia berak sampai stain kena cadar..
Kat seluar tu mmg selalu la sbb dia berak cair kan..


Petang tu tak sabar nak tunggu doctor round..
Sebab nak tau keputusan boleh balik ke tak..
Huawaaa.. boring dah duk kat hospital tu..
Walaupun wad tu cantik sbb wad kanak2 kan.. ada tv lagi..
Tapi  bila memikirkan  yg kakak pun tak berapa sihat sgt..
Ngan rumah yg dah lama ditinggalkan.. rasa nak cepat2 balik rumah..
Lagi pun adik dah sihat kan..

So result petang tu doctor bagi adik discharge..
Tu pun mula2 dia nak tahan lagi sehari..
Tp bila tengok muka seposen ibu dilah ni terus dia agree bagi discharge..
Hahaha.. pandai gak ibu dilah wat muka kesian kan..

Proses untuk discharge tu agak lambat..
Sebab time dah pukul 7 lebih.. urusan kat discharge department yg lambat sbb claim insurans kan..
Lagipun pukul 9pm tu discharge dept tu dah tutup..
So segala urusan transfer to emergency..
Last2 kitorg dapat keluar dekat pukul 10.30pm..
Huawaaa.. lamanya..
Tapi pape pun tetap lega sbb dah discharge..

Lepas tu tumpu kan perhatian dekat anak yg sorang lagi pulak..
Mlm tu dia demam balik..
Rasanya kakak demam rindu tu..
Lepas dari tu terus dia ok..
Maklum ler 1st time berpisah ngan ibu ngan adik..
Rindu ler tuhhh…Hehe

Alhamdulillah..
Sampai hari ni anak-anak dah sihat dah..
Dah tak de demam lagi..
Syukur Alhamdulillah..
Terima kasih pada semua yg mendoakan kesihatan adik faris dan kakak imani..
Hanya Allah Saje dpt membalas jasa baik kalian. .


You Might Also Like

0 comments: