TIPS Mengajar Anak Kecil Bercakap - Ceritera Ibu

TIPS Mengajar Anak Kecil Bercakap

Assalamualaikum

Salam Jumaat semua..
Dah lama rasanya tak cerita pasal anak-anak kan..
Arini nak citer pasal adik faris pulak..
Ehhh.. adik faris 20months tau last week..
Lagi 4 bulan jer lagi nak 2 tahun..
Kejap jer kan…


Perkembangan adik faris setakat 1 thn 8 bulan ni..
Adik makin banyak akal… hahaha.. yg ni memang patut la kan…
Korang nak tau, adik dah pandai main emosi skrg ni..
Dah pandai merajuk dah anak bujang ibu skrg ni..
Kalau tak dapat mula la dia  baring guling2..
Selagi ibu x pujuk n angkat dia, selagi tu dia nanges sampai Berjujuran air mata.. 
Hahaha…drama betul kan..
sabau jer la nakkk..



Perkembangan lain mcm biasa la..
Makin kuat makan.. kuat bermain..
Yg dua tu x banyak beza la.. sbb dari dulu dia mmg mcm tu..
Makin pandai meniru gaya org..
Apa kakak buat, dia pun nak buat jugak..
Gigi pun dah lama penuh.. tu pasal kuat makan.. hehehe

 Kusut la adik.. byk nau nak kena blaja ni..

Ibu.... adik nak air la...

Tapi ada 1 perkara yg wat ibu dilah excited skrg ni..
Skrg adik faris dah pandai cakap sikit2 tau..
Sape betul2 follow blog ibu dilah mesti tau yg adik faris ni lambat bercakap..
Part lain semua dia cepat kecuali cakap jer lambat..
So bila adik dah start bercakap ni, ibu dilah rasa seronok sgt tau..
Bila la.. mak-mak kan.. mesti excited lebih.. muahahahaaa..

Semakin hari semakin excited nak ajar dia bercakap tau…
Walaupun baru few words yg dia pandai sebut..
Tapi sebutan dia very clear dan jelas sgt tau.
Few words yg adik dah pandai sebut adalah
Ayah, ibu, cat, car, dah, nak, lori, lampu, bird.. dan ada beberapa lagi yg ibu dilah lupa..
Hihihi…

Ni dilah nak share sikit TIPS asas  mengajar anak kecil bercakap (below 3 years old);

1) Ajar anak sebutan yg betul, Jangan ajar anak cakap pelat

Contohnya : shushu/cucu (susu), yak (berak) 
Yg ni biasa sgt kita dengar ibu bapa mengajar anak yg baru nak belajar cakap dengan sebutan pelat.. dari awal dah ajar anak cakap pelat dan sebutan yg x betul, so bila anak dah  besar sikit dan bersekolah, bila anak tu nak ubah sebutan dah sussah dan akan amik masa..abis tu dah dekat rumah pun mak ayah bercakap pelat ngan anak, macamana diorg nak cakap betul2 kan..

Ajarlah sebutan yg betul pada anak, walaupun mereka tak dapat sebut dengan betul tp lama kelamaan mesti diorg boleh sebut perkataan tu jugak..


2) Ajar ikut suku kata.. 

Contohnya : Loooooo riiiiiiiii.. ulang banyak2 kali… lama2 anak akan ikut..

Sebut panjang dan satu-satu.. jangan sebut cepat2.. budak baru belajar susah nak ikut kalau kita sebut laju2.. dan sebenarnya dia tgk cara sebutan kita, pergerakan mulut kita.. dari situ diorg belajar sebut.. tengok mulut mak dia muncung loooo dia pun akan muncungkan mulut jadi loooo.. hahaha.. time ni mmg comel…

Aritu dilah ajar faris mcm ni la.. mula2 dia senyap.. dia tengok mulut dilah sebut macamana.. Tup..tup.. lepas dilah sebut dia ikut… "LLOOOOO….. (senyap kejap) tetiba dia sambung hujung tu.. "RIIIIIIII".. wahhhh… excited ibunya dengar tau.. x sangka dia boleh habiskan sebutan tu..

3) Ulangi perkataan yg sama banyak kali

Makin banyak kita ulang lagi cepat anak2 ingat dan boleh ikut.. ulang la 100x ke.. mesti lama2 anak2 ingat dan boleh sebut punya.. hihi

4) Ajar anak cakap sambil tunjuk contoh / sentuh barang

Contohnya: Sebut lori tunjuk la lori (gambar lori ke or mainan lori ke or lori yg betul2 lagi bagus)

Dengan cara ni budak lagi cepat ingat dan paham.. budak kecik kan.. diorg akan ingat bila diorg nampak benda tu.. lagi best kalau diorg boleh sentuh sekali..  ala.. senang cakap bukan blaja teori semata-mata la… hahaha..

5) Bagi pujian dan kata2 semangat lepas mereka berjaya

Bila anak2 berjaya sebut bagi la kata pujian kat mereka.. mesti mereka lagi bersemangat nak belajar lagi nanti.. contohnya : tepuk tangan dan kata "Good boy!! Adik memang pandai!! Bijak la anak ibu ni.." sure kembang semangkuk dia nanti.. hihi

Tu la 5 tips asas untuk mengajar anak-anak kecil belajar cakap.. boleh jugak applikasikan tips ni untuk anak yg lambat cakap macam adik faris.. ehh.. tp dilah rasa faris takde la lambat sgt cakap.. adik faris baru 1thn 8 bulan kan.. kalau dah 2 or 3 thn lebih tu baru la lambat cakap kan..


Peringatan : Perkembangan setiap anak tu tak sama.. ada cepat cakap, ada yg lambat cakap, ada yg berjalan cepat, tumbuh gigi lambat.. so, jangan compare anak korang ngan anak org lain.. dan jangan terlalu down bila anak korg belum mencapai sesuatu..

Macam dilah, time kakak imani dulu dia cepat cakap.. belum 2 thn dah boleh cakap siap buat ayat skali tau.. bukan baru sebut word by word.. tapi siap sambung perkataan tu jadi ayat.. but adik faris lambat cakap, dah 1 thn 8 bln ni baru nak start bercakap.. tp dilah rileks lagi as long as perkembangan dia yg lain ok.. dan adik bukan la tak boleh cakap langsung tapi dia lambat bercakap.. maybe kalau anak dah 3thn tapi still tak boleh bercakap lagi tu yg perlu dirisaukan.. better rujuk kepada yg pakar..

Okla.. dilah ni kalau dah stat bebel mmg takleh pendek2.. mesti pjg lebar entri ni..hihi.. Sori la ye kalo wat korang boring.. meh sini bagi upah sikit video adik faris yg comel ni.. hihi.. bye..


3 comments:

  1. seronok kan anak dah pandai cakap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye cikna... seronok sgt.. dengar dia menyebut perlahan-lahan.. comel jer rasa... kalo nangis pun dah pandai panggil ibuuuuuu... haha..

      Delete
  2. Anak kite nk masuk 1thn 7bln tp belum boleh panggil mama papa lg. Risau jugak..kene start bykkan sembang dgn die la kan..so far perkembangan lain ok..pandai ikut apa org buat..kalau kite buat horey sambil tepuk tgn die pon ikut..mintak brg ker..semua ok maksudnye ok lah kan..

    ReplyDelete