Resepi :: Chocolate Meri Ball - Ceritera Ibu

Resepi :: Chocolate Meri Ball

Assalamualaikum

Hai korang..
Korang banyak tak wat kuih raya tahun ni??
Dilah sempat wat 2 jenis jer..
Plan asal nak wat 3 jenis.. tp cam x sempat jer..
Tu pun wat yg jenis simple2 jer..
Tak yah bakar-bakar..
Dengan anak kecik yg aktif, x kuasa I nak wat kuih yg leceh2..
Dah la keje kan.. time malam jer la boleh buat..

Ok.. kuih pertama yg sempat buat aritu ialah popia nestum horlick..
Dah ada share kat SINI.. Kalau nak resepi boleh tgk kat sini pulak ye.. 
Resepi Popia Nestum Horlick..
Kali ni nak share kuih raya kedua yg sempat buat..
Iaitu Choco Merie Ball..
Dilah buat 2 kali dgn 2 versi yg berbeza…
Meh kite tgk resepi nye..

Choco Merie Ball with Nestum 


Bahan-bahan (anggaran 100 pcs ball)


1 bungkus biskut Merie perisa coklat
6 sb butter dicairkan
5 sb susu pekat manis
½ tin susu cair
2 sb milo
2 sb serbuk koko
Nestum sbg hiasan

Cara membuatnya


1) Hancurkan biskut merie (blend jer senang)


2) Satukan biskut merie yg dah hancur dengan semua bahan di atas kecuali nestum.. gaul sehingga rata dan boleh dikepal2.


3) Bulat-bulatkan aduanan kecik2 sehingga padat..
Golekkan choco ball tadi dalam nestum.


4) Simpan dalam peti sejuk selama 30_40 minit.

Dah siap.. boleh simpan dalam telap or terus makan..
Hahhh.. senang sgt kan… bahan pun sikit jer…
Ok.. malam tadi sempat wat lagi sekali..
Kali ni guna biskut meri original pulak..
Jom tengok resepinya

Choco Merie Ball with Badam


Bahan-bahan (anggaran 60 pcs ball)

1 bungkus biskut Merie (original)
½ buku butter dicairkan (anggaran 8 sb)
6 sb susu pekat manis
5 sb serbuk koko
Serbuk badam sbg hiasan

Cara membuatnya
Sama jer mcm choco ball nestum.. bezanya cuma bahan jer..
Cara sama sebiji mcm kat atas tu..
Resepi ni tersangat la mudah..

So sempat lagi la kalo korang nak buat untuk raya ni..
Bahan pun x banyak..
Dan paling penting tak yah bakar2..
Boleh ler buat masa blk umah mak mentua nnt.. hehe

OK, Selamat Mencuba

1 comment: