Resepi :: Kuih Buah Melaka @ Onde-onde
Assalamualaikum
Sekejap jer dah 2 minggu kita berpuasa kan..
Sepanjang 2 minggu ni dilah memang belum pernah masak kat rumah untuk berbuka kecuali weekend baru2 nu..
Sebabnya balik rumah pun dah lewat so ayah wan beli siap2 kat bazar jer..
Ehhh.. tapi dilah lom jejak lagi kat bazar Ramadan sepanjang 2 minggu ni tau..
Kalau untuk sahur pulak mmg masak la..
Masak pun yg simple2 jer..
Telur masak kicap, sotong masak halia, sotong masak hitam, ayam goreng, sotong masak tiga rasa, telur dadar dan beberapa lagi..
Ala.. masak 1 Lauk jer biasanya.. lagi bagus kalo Lauk campur sayur sekali.. lagi senang. . Tgk org lain bukan main lagi up gambar masakan sahur dan berbuka yg macam2 ye.. sedap2 belaka ye..
Dilah memang x sempat la nak amik2 gambar bagai.. ala.. Lg pun masak simple2 kan..
Eh.. dilah masak Lauk utk bersahur time malam tau..
Before tido or dlm kul 10 ke 11 mlm dilah dah masak utk sahur..
Bukan apa, takut tak terjaga awal abis la x bersahur kitorg.. lebih risau kalo mmg dah berjaga tp adik faris lak nak bf.. so sure dah terlewat nak masak nnt..
So amik langkah selamat masak malam la.. Pagi bangun tinggal panas kan jer..
Hari sabtu lepas dilah sempat wat kuih buah melaka untuk berbuka..
Ni gara2 time 1st day puasa aritu kakak ikut tok ma pegi bazar.. dia nampak kuih buah melaka tu tp tok ma x tau yg kakak nak..
So tok ma x beli la.. sampai rumah dia tanya tok ma mana kuih dia.. tp kuih tu xde.. so dari situ la terpikir nak wat sendiri ni..
Resepi asal dilah ambil dari kak noor.. tq ye kak..
kak noor guna 3 cwn tepung tp dilah guna 1 cwn jer..
kononnya nak wat dua cwn sbb nak wat 2 kaler.. ni kakak imani yg request nak kaler pink.. pink pun pink la kakak.. haha
sekali bila dah dpt adunan tu tgk mcm byk lak.. nak mkn 3, 4 org jer..
so x jadi la nak wat 1 cwn lagi..
So kalau korg nak wat byk korg double or triple kan la adunan tu ye..
so x jadi la nak wat 1 cwn lagi..
So kalau korg nak wat byk korg double or triple kan la adunan tu ye..
Bila dah try buat mmg senang sgt rupanya.. dah la sedap dan lembut jer.. xde rasa liat.. just nice jer la..
jom kita tgk bahan2 nya..
jom kita tgk bahan2 nya..
KUIH BUAH MELAKA @ ONDE-ONDE
Bahan2 nya (anggaran 25 biji)
1 cwn tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
Gula melaka (tak sampai suku biji)
1/2 cwn air @ air secukupnya
Kelapa parut
Sedikit garam
Daun pandan
Serbuk pewarna yg dibenarkan
Cara penyediaan
1) Gula melaka dipotong kiub kecil2..
2) Gaulkan kelapa kering dgn sedikit garam sehingga rata.. ketepikan..
3) Satu kan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit pewarna merah dlm satu bekas.
4) Bancuh tepung dengan air sikit demi sedikit sampai adunan sebati dan boleh digentel dan tidak melekat di tangan..
5) Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
6) Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
7) Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
8) Angkat kuih yg dah timbul dipermukaan air dan toskan di dalam tapis.
9) Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
Sedia untuk dihidangkan.
TIPS
1) Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Selamat untuk kanak2, tidak mudah lekat.
2) Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
3) Boleh juga nak guna pewarna lain2.
3) Bancuh dengan air daun pandan lagi sedap, harum semerbak baunya...
Ok.. selamat mencuba! !
ok..nanti boleh ikut resepi ni.. tq share yer ibu dilah..
ReplyDeleteSama2 cikna.. try la nanti ye.. Baru la puas mkn nanti.. hehe
Delete