Takziah MH17
Assalamualaikum
Di hari yg mulia dan bulan yg mulia, Malaysia sekali lagi diuji dengan ujian yg berat selepas kehilangan pesawat MH370 pada bulan Mac yg lalu.
Kali ni mengenai pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine akibat ditembak..
Berita ni betul-betul mengejutkan seluruh rakyat Malaysia..
Dilah tau berita ni pun dah terlambat..Masa sahur pagi tadi baru tau..
Sebabnya malam tadi sibuk buat kuih raya dengan melayan anak.. hp memang off internet.. pastu tv lak bukak citer kartoon.. so memang x tau la berita pasal pesawat terhempas tu..
Sedih sangat bila baca berita ada antara penumpang yg dalam perjalanan nak balik beraya di kampong halaman..
Lagi sedih ada yg satu family sampai 6 org turut terbunuh...
Ya Allah…tak mampu nak bayangkan betapa sedihnya ahli keluarga mangsa yg kehilangan 6 org sekaligus..
Ya Allah.. berat sungguh ujian Mu Ya Allah di bulan yg mulia ni..
Semoga semua ahli keluarga dan sahabat handai kepada mangsa kuat dan tabah menghadapi dugaan ni..
Tak terbayang kalau perkara ni terjadi kat diri kita atau family..
Takziah kpd semua yg terlibat..
Buat mangsa nahas yg beragama Islam, Al-Fatihah..
Post a Comment