Breastfeeding,

Breastfeeding : BF Journey Faris 1 year 10 months

August 29, 2014 Ibu Dilah 2 Comments

Assalamualaikum

Alahaiii... lamanya la x update blog ni...
dah berhabuk2 dah... fuhhhh...fuhhh...
rasa malas jer nak update blog skrg ni...
x tau nape penyakit 'M' ni kuat sgt skrg ni..

Ingat tak last entry aritu pasal dilah terpaksa berhenti mengepam susu utk adik faris??
Rujuk kat sini pasal entry aritu Kisah berhenti mengepam
So kali ni nak citer pasal perjalanan penyusuan adik faris sepanjang 1 tahun 10 bulan..


Breastfeeding journey adik faris
Alhamdulillah, selepas adik faris lahir, dia dah terus pandai menyusu.. dalam sejam setengah lepas bersalin rasanya baru dilah dapat bf faris sbb dilah kena jahit dekat sejam jugak..tu yg lambat dpt bf adik faris..

Stok ebm selepas 2minggu pam..sori gambar x clear..

 
          Semasa dalam pantang, dilah dapat buat stok yg byk.. dilah start mengepam semasa usia adik faris 2 minggu.. time ni susu memang tgh banyak sgt sebab dilah wat tandem nursing kakak imani dengan adik faris.. so bila demand banyak, supply pun banyak la.. boleh rujuk sini kisah TANDEM NURSING diorg.. alhamdulillah, dapat merasa jugak wat tandem nursing selama lebih kurang 3 bulan..



Semasa dalam pantang, dilah rajin jugak buat power pumping..
Ala.. sementara faris tido, dilah pun pam susu..
memang biasa nya dilah pam dlm sejam gitu..
so dah jadi power pumping la kan..
hasilnya bila buat power pumping dapat la 10 oz ni...
Boleh rujuk sini kisah POWER PUMPING dilah..


Stok EBM semasa faris 7 bulan.. hampir penuh deep freezer
         
Alhamdulillah, rezeki adik faris, lepas naik keje pun susu masih banyak.. sampai la umur faris 7 bulan kalau tak silap.. dilah mula kurangkan mengepam sebab stok susu dah penuh deep freezer.. kira time bulan puasa tahun lepas dilah memang takde masalah langsung sebab stok ebm banyak..

Bila faris start makan solid food, faris pun dah kurang minum ebm.. sehari 3 or 4 botol jer.. tu jugak menyebabkan dilah terpaksa mengurangkan mengepam susu… sebab demand dah kurang.. dan deep freezer pulak dah penuh.. so nak x nak terpaksa kurangkan pam..


Masih diberi rezeki dapat susu byk ni masa faris  berusia 1thn..

Faris 1 tahun
Faris lagi kurang minum susu bila dia semakin kuat makan.. sehari 2, 3 botol jer minum susu.. time ni dilah memang nak habiskan semua stok ebm yg ada… start umur faris 1thn 5 bln, dilah mula pam hari ni untuk esok..

Kadang2 dapat sikit ni jer utk skali pam.. dah hujung2 tu mmg ni jer la hasilnya..


Faris 1 tahun 7 bulan..
Minum 1,2 botol jer sehari di rumah babysitter.. selera makan memang kuat..
Minum air masak pun banyak.. kat rumah still kuat df lagi..
atau sebenarnya lebih kepada ngempeng jer kat rumah time tu.. hihi


1 tahun 9 bulan
semakin kurang minum susu di rumah babysitter..
kadang2 minum sebotol.. kadang2 langsung xnak minum..
susu pun makin kurang,.. dah la bulan puasa...
kadang2 terpaksa top up ngan fresh milk..
sehari bawak 1 botol jer ke rumah babysitter


1 tahun 10 bulan
susu merudum teruk.. dengan dilah x sihat..
terus berhenti mengepam di opis..
hanya df jer kat rumah..
DF kat rumah.. tp x puas sbb susu x cukup dah..
terpaksa bagi minum FM.. tu pun susah dia nak minum
balik rumah terus cari air masak..
tido malam pun bangun minum air masak..
kadang2 mintak buat susu jugak tp minum sikit jer..


Tinggal 5 minggu jer lagi adik faris nak masuk 2 tahun..
kesian faris x dapat nak fully bf sampai 2 thn..
musnah impian dilah..
tp dilah tetap bersyukur sbb dilah mampu bertahan sampai skrg utk menyusukan adik faris..
compared ngan kakak imani dulu dilah berhenti mengepam masa usia kakak 1 tahun 5 bulan.. awal sikit dari adik faris..
so kira ni ada improvement la kan..
Rezeki adik faris sampai di sini saje...
rezeki anak lain2 kan...
yg penting kita dah berusaha sehabis baik..


InsyaAllah, untuk anak ketiga nanti dilah akan berusaha lebih lagi untuk pasti kan dapat fully bf baby tu nanti sampai 2 tahun.. insyaAllah..
semoga Allah permudahkan segalanya..
Aamiinn..

2 comments:

Breastfeeding,

Terpaksa Aku Relakan utk Stop Mengepam Susu (1 thn 10bln)

August 13, 2014 Ibu Dilah 6 Comments

Assalamualaikum

Sedihhh.. sedihhhh…
Hari ni genap seminggu dilah tak mengepam susu…
Kebetulan pulak stop mengepam susu bila adik faris genap 1 tahun 10 bulan..



Dengan ini secara rasminya jugak impian untuk menyusukan adik faris selama 2 tahun telah hancur berkecai… sobsss..sobsss…
Lagi 2 bulan jer lagi… 2 bulan jer lagi tauuu….
Memang sedih sangat tau..



Lepas naik cuti raya last week.. susu memang segan2 sangat nak keluar..
Memang drop teruk la.. lagi teruk dari pencapaian bulan puasa aritu.. huhu..
Ni 2x pam pun tak sampai 2oz.. memang frust sgt…
Hari ke 3 terpaksa rela jugak bagi adik faris minum susu formula…
Huargggghhhhhhhhhh…

Stress memang stresss… lagi stress lagi susu x nak keluar..
Balik rumah pam pun lagi x keluar.. dengan faris yg asyik berkepit jer ngan ‘bff' dia ni… huhu.. macamana nak dapatkan susu yg cukup balik.. 
Tapi mungkin ini la rezeki adik… 
Dilah dah berusaha sehabis baik.. 
Walaupun x dapat fully breastfeeding faris tp sekurang2 nya time kat rumah dilah still direct feeding faris lagi.. bergayut tak habis2…

Nasib baik faris kat rumah babysitter pun sebelum ni cuma minum satu botol jer ebm sehari.. so xdela rasa terkilan sgt.. (hoho.. ayat menyedapkan hati sendiri ni)
Semalam tanya babysitter faris cakap dia minum 3 botol sehari.. 
Tu pun babysitter tu paksa dia minum sebab skrg ni faris pun dah kurang makan..
Tak macam sebelum ni dia kuat sgt makan…
Dilah memang perasan selera makan dia dah berkurangan..
Makan nasi tak nak.. tp lauk nak makan..
Makan kudap-kudapan cam jajan dan biskut tu still laju jer..
Tapi tu pun makan sikit pastu buang, then minta lagi yg baru..
Dilah pun tak tau nape dia kurang selera makan sekarang ni..



So dengan ini tamat lah contract dilah dgn "bff" dilah ni buat masa ni…
insyaAllah… tahun depan or depan.. ada rezeki dapat baby lagi kita sambung contract ye… hehehe… banyak sgt jasa pam medela swing ni kat dilah dan faris..
Weken ni dah boleh kemas2 balik bottle storage yg ada.. boleh simpan..
Pam ni pun kasi bersih betul2 dah simpan..

Okla.. nanti dilah sambung cerita breastfeeding journey dilah secara detail sikit dalam next entry k..

6 comments:

Aktiviti bersama family,

Raya 2014 : Raya di Melaka Pulak

August 11, 2014 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Sambung citer pasal raya..
Raya kedua malam kitorg balik kampung dilah di Paya Dalam Melaka pulak..
Kampung dilah ni dekat sgt dgn Medan Ikan bakar Umbai. . Dlm 4km jer tau..

Ok.. Memandangkan tahun ni dilah dan kakak (aka cik ngah) beraya di Kg husband dulu, so adik beradik yg lom kawen tu pun x kuar beraya lagi sejak dari raya pertama..
Biasa nya kitorg akan keluar beraya bersama2 1 family.. diorg cuma pegi rumah atok jer pagi raya tu.. tu pun sebab kat belakang umah kitorg jer.. huhu..

So, raya ke-3 adalah masa utk kitorg semua keluar beraya!! Yeahhhh! !!
Tp tu pun keluar dah lepas zohor sbb tunggu cik ngah sampai dari labis. ..
Lepas tu baru la kitorg berjalan beraya bersama... Target nak pegi 6 buah rumah.. ni semua rumah adik beradik atok dilah.. (sebelah mak).. tp dapat pegi 4 rumah jer..
Yg dua lagi xde org kat umah...
Pastu last rumah petang tu pegi rumah adik bunda pulak.. Rumah pak ngah. ..Kat taman dalam kg tu jugak.

Ni la family dilah..
Dari belakang kiri : fiqa (aka ciksu, adik bongsu), dilah, along, angah (cik ngah), pipi(aka auntie zaza)
Depan : Bunda (mak) dan Tokbah (abah)

Malam tu kuar lagi beraya rumah mak cik dilah (adik bunda) yg ni kitorg panggil dia mama..
Kalau sebut nak gi rumah mama memang masing2 teruja.. ehh.. budak2 la yg lebih teruja sebab kat rumah mama ni ada kolam renang. ..Hahhh. .mana budak2 x suka kan...

Ni la family mama.. diorg mmg sporting. .

Dah tu mama pulak pandai masak.. selalu masak sedap2 time tetamu dtg.. uncle pulak pandai masak char kueh tiaw sedap sgt..
Memang best la kalo beraya rumah diorg ni.. Kalo nak pegi x boleh singgah kejap jer.. mesti menjadi destinasi terakhir utk kitorg relax santan dan berborak. .
Anak2 mama pun dah besar2.. ada yg dah sambung belajar dan perempuan lak tu.. 
Memang best la borak2 ngan diorg..  kira antara kazen yg rapat la kat sini..
Diorg 1 keluarga ni mmg sporting sgt tau..

Okla.. Malas nak membebel byk2, jom kite layan gambar ye..

 Abah n along : apsal la diorg ni??? Haha

 Rajin bunda n Tokbah melayan anak2 kan..

 Selfie adik beradik. . Haha.. yg pompuan semua pakai spec...


Cik ngah dan dilah dengan baby boy masing2. . Baby ler sgt adik faris tu kannn. .. hehehe...

Gambar anak2 mana?? Ni ni diorg dah selamat masuk dalam kolam.. tinggal budak berdua yg kecik ni je x masuk.. nasib sbb diorg ni kecik lagi, kalo x kompem dah masuk jugak.. adik faris tu pun dah meronta2 merajuk nak masuk gak.. tp dilah wat dekkk jer.. kesian dia tgk abg2 dan kakak2 dpt mandi kolam..

Oh ye.. cucu bunda dan Tokbah skrg ni dah 8 org tau.. Bulan 10 nanti tambah lagi sorg..
Dari 8 org tu cuma 2org je pompuan, yg lain semua heroes... so byg kan lah cam ne riuh nya rumah bunda.. yg paling besar baru darjah 1.. memang setiap tahun dpt sorg cucu..

3 org adik..
Yg depan skali tu anak along yg ke 3. . Kira adik la sblm adik baby kuar..
Tgh tu adik faris..
Blkg skali tu muaz anak cik ngah.. tp dia bahasa kan diri dia adik walaupun dah ada adik baby.. hehe..

Ni pulak fav adik bila balik rumah bunda.. 
Main basikal.. Pantang nampak pintu rumah terbuka kejap jer mesti budak ni hilang.. senyap dia keluar sorg2 nak main basikal..
Duk kat kampung kan.. Seronok la nak berjalan n main basikal.. kawasan luar. ..
Kalo kat umah main basikal dlm rumah jer la.. Pagi,  ptg siang mlm budak kecik ni nak main basikal tau. ..

Tu la cerita raya kitorg di Melaka. .
Next year turn raya melaka pulak utk 1st raya.. mesti meriah kannn...

0 comments:

Aktiviti bersama family,

Cerita Raya Kitorg

August 05, 2014 Ibu Dilah 0 Comments

Assalamualaikum

Alhamdulillah, arini dah masuk minggu kedua kita menyambut bulan syawal..
Selamat Hari raya korang… seminggu bercuti raya, seminggu jugak x jenguk blog..
Tu standard la kennnn.. hehehe..

Semua org dah start update pasal citer dan gambar raya..
Dilah ni rasa malas nye la hai nak stat update ni..
Tp lagi lambat karang lagi la malas kan..
So, gigihkan ler jugak nak menaip ni..
meh sini nak citer pasal hari raya kitorg. 

Tahun ni turn berhari raya sebelah ayah wan..
Memandangkan thn ni kakak ipar x dapat cuti raya so MIL ajak beraya kat rumah nenek ayah wan kat air itam, muar..
Dilah lagi la suka sebab lagi meriah sambut kat rumah nenek @ maktok..
Sebab kat sana lagi ramai berkumpul.. adik beradik mil ngan anak cucu semua ada..
Kitorg balik air itam ari ahad.. ala, dekat jer pun dari sedenak tu..
Jalan pun x jem langsung.. lengang jer..
sampai sana makcik2 dah siap masak lauk raya..
ketupat pun dah siap dah masak.. cepat betul diorg masak kannnn..
so, time berbuka tu mmg dah makan ketupat, rending, sambal kacang, serunding la..
memang sedap… 

Malam raya tu kitorg pegi parit sulung..
kat situ ada bazaar raya besar sgt..
jalan pun jem sgtttt… 1st time dilah pegi sana tau..
saja jalan cuci2 mata.. x beli apa pun…

Pagi raya kat air itam memang meriah…
Tapi cam biasa masalah xde air time musim raya x dapat dielakkan..
Dah la anak cucu ramai balik.. nak mandi pun kena guna air sikit2..
Lewat sikit air dah xde.. 


Oh ye.. tahun ni ayah wan beraya dengan penuh bergaya..
Dalam rumah pun siap pakai spec itam…
Sebabnye dia kena sakit mata….
Hahaha.. cian ayah wan kannn..
Xpela.. still kacak bergaya lagi.. kihkihkih


Kakak imani Alhamdulillah..senang jer nak uruskan..
Dia lah yg paling excited sekali nak pakai baju raya..
X abis2 nak try pakai baju raya tu..



Berbeza pulak ngan adik faris.. 
Dia langsung xnak pakai baju raya.. meronta2 bila kena paksa pakai baju melayu tu..
Pastu songkok pun x moh pakai jugak.. padahal kalo kat umah ngan dalam kete tu bukan main lagi kejap2 nak pakai songkok.. time raya pulak dia buat hal..
Pastu samping dia pulak dilah lupa nak try kan dulu sebelum raya..
Samping tu last year dah pakai.. dilah dah jahit sbb last year pakai longgar..
Tp tahun ni lupa nak try dulu.. sekali tak muat ko..
Ketat betul.. perut adik kan buncit dah skrg ni.. haha...nak adjust dah x sempat dah..
Dengan faris yg meronta2 x nak pakai…
Sabo jer la bujang sorang tu tau..
Last2 gambar dia bersongkok dan bersamping langsung xde..

Dilah pulak this year nak try la pakai shawl ngan inner magic..
Tapi…. X menjadi pulak.. nampak huduh pulak..
Sebab x kena ngan muka.. dah tu pakai spec kan..
Memang x sesuai la.. kalo pakai inner awning tu ok lagi..

So gambar raya kali ni semua serba tak kena..
Nak amik gambar yg elok sikit pun susah..
Kejap kakak x pandang kemera la..
Kejap adik nak lari la…
Memang payah betul la…





Ni jer la yg dapat di ambil di pagi raya pertama..
Nanti dilah share pulak gambar beraya di Melaka belah dilah ye..

Di sini dilah ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin pada semua..
sori la kalo ada yg tersentap ke bila baca blog ni.. yg mana x sengaja terkucil ari tu Maaf ye..
(ehhh.. mungkin tak de kot sbb dilah banyak citer pasal family jer kot.. hehe)
Pape pon kosong-kosong yer…

0 comments: