Breastfeeding : BF Journey Faris 1 year 10 months - Ceritera Ibu

Breastfeeding : BF Journey Faris 1 year 10 months

Assalamualaikum

Alahaiii... lamanya la x update blog ni...
dah berhabuk2 dah... fuhhhh...fuhhh...
rasa malas jer nak update blog skrg ni...
x tau nape penyakit 'M' ni kuat sgt skrg ni..

Ingat tak last entry aritu pasal dilah terpaksa berhenti mengepam susu utk adik faris??
Rujuk kat sini pasal entry aritu Kisah berhenti mengepam
So kali ni nak citer pasal perjalanan penyusuan adik faris sepanjang 1 tahun 10 bulan..


Breastfeeding journey adik faris
Alhamdulillah, selepas adik faris lahir, dia dah terus pandai menyusu.. dalam sejam setengah lepas bersalin rasanya baru dilah dapat bf faris sbb dilah kena jahit dekat sejam jugak..tu yg lambat dpt bf adik faris..

Stok ebm selepas 2minggu pam..sori gambar x clear..

 
          Semasa dalam pantang, dilah dapat buat stok yg byk.. dilah start mengepam semasa usia adik faris 2 minggu.. time ni susu memang tgh banyak sgt sebab dilah wat tandem nursing kakak imani dengan adik faris.. so bila demand banyak, supply pun banyak la.. boleh rujuk sini kisah TANDEM NURSING diorg.. alhamdulillah, dapat merasa jugak wat tandem nursing selama lebih kurang 3 bulan..



Semasa dalam pantang, dilah rajin jugak buat power pumping..
Ala.. sementara faris tido, dilah pun pam susu..
memang biasa nya dilah pam dlm sejam gitu..
so dah jadi power pumping la kan..
hasilnya bila buat power pumping dapat la 10 oz ni...
Boleh rujuk sini kisah POWER PUMPING dilah..


Stok EBM semasa faris 7 bulan.. hampir penuh deep freezer
         
Alhamdulillah, rezeki adik faris, lepas naik keje pun susu masih banyak.. sampai la umur faris 7 bulan kalau tak silap.. dilah mula kurangkan mengepam sebab stok susu dah penuh deep freezer.. kira time bulan puasa tahun lepas dilah memang takde masalah langsung sebab stok ebm banyak..

Bila faris start makan solid food, faris pun dah kurang minum ebm.. sehari 3 or 4 botol jer.. tu jugak menyebabkan dilah terpaksa mengurangkan mengepam susu… sebab demand dah kurang.. dan deep freezer pulak dah penuh.. so nak x nak terpaksa kurangkan pam..


Masih diberi rezeki dapat susu byk ni masa faris  berusia 1thn..

Faris 1 tahun
Faris lagi kurang minum susu bila dia semakin kuat makan.. sehari 2, 3 botol jer minum susu.. time ni dilah memang nak habiskan semua stok ebm yg ada… start umur faris 1thn 5 bln, dilah mula pam hari ni untuk esok..

Kadang2 dapat sikit ni jer utk skali pam.. dah hujung2 tu mmg ni jer la hasilnya..


Faris 1 tahun 7 bulan..
Minum 1,2 botol jer sehari di rumah babysitter.. selera makan memang kuat..
Minum air masak pun banyak.. kat rumah still kuat df lagi..
atau sebenarnya lebih kepada ngempeng jer kat rumah time tu.. hihi


1 tahun 9 bulan
semakin kurang minum susu di rumah babysitter..
kadang2 minum sebotol.. kadang2 langsung xnak minum..
susu pun makin kurang,.. dah la bulan puasa...
kadang2 terpaksa top up ngan fresh milk..
sehari bawak 1 botol jer ke rumah babysitter


1 tahun 10 bulan
susu merudum teruk.. dengan dilah x sihat..
terus berhenti mengepam di opis..
hanya df jer kat rumah..
DF kat rumah.. tp x puas sbb susu x cukup dah..
terpaksa bagi minum FM.. tu pun susah dia nak minum
balik rumah terus cari air masak..
tido malam pun bangun minum air masak..
kadang2 mintak buat susu jugak tp minum sikit jer..


Tinggal 5 minggu jer lagi adik faris nak masuk 2 tahun..
kesian faris x dapat nak fully bf sampai 2 thn..
musnah impian dilah..
tp dilah tetap bersyukur sbb dilah mampu bertahan sampai skrg utk menyusukan adik faris..
compared ngan kakak imani dulu dilah berhenti mengepam masa usia kakak 1 tahun 5 bulan.. awal sikit dari adik faris..
so kira ni ada improvement la kan..
Rezeki adik faris sampai di sini saje...
rezeki anak lain2 kan...
yg penting kita dah berusaha sehabis baik..


InsyaAllah, untuk anak ketiga nanti dilah akan berusaha lebih lagi untuk pasti kan dapat fully bf baby tu nanti sampai 2 tahun.. insyaAllah..
semoga Allah permudahkan segalanya..
Aamiinn..

2 comments:

  1. anak maya skrg dah 10 bulan..stok ebm dah clear walaupun deep freezer penuh masa dlm pantang..
    susu dah makin kurang..pam hari ini utk kegunaan esok..
    anak maya pun tak kuat menyusu pasal dia kuat makan dan minum air masak..
    tapi kalo amya kat rumah, mmg df jer..weekend pun df..malam mmg kuar ngempeng..tak nak lepas langsung..
    niat mmg nak susukn sampai umurnya 2 tahun..
    dpt lepas 6 bulan ni pun dah bersyukur sangat pasal anak sulong maya dpt susukan dlm pantang jer, itupun dah campur dgn fm..

    ReplyDelete
  2. skrg baca entry lama bf rasa sayu je..

    ReplyDelete