Breastfeeding,

Terpaksa Aku Relakan utk Stop Mengepam Susu (1 thn 10bln)

August 13, 2014 Ibu Dilah 6 Comments

Assalamualaikum

Sedihhh.. sedihhhh…
Hari ni genap seminggu dilah tak mengepam susu…
Kebetulan pulak stop mengepam susu bila adik faris genap 1 tahun 10 bulan..



Dengan ini secara rasminya jugak impian untuk menyusukan adik faris selama 2 tahun telah hancur berkecai… sobsss..sobsss…
Lagi 2 bulan jer lagi… 2 bulan jer lagi tauuu….
Memang sedih sangat tau..



Lepas naik cuti raya last week.. susu memang segan2 sangat nak keluar..
Memang drop teruk la.. lagi teruk dari pencapaian bulan puasa aritu.. huhu..
Ni 2x pam pun tak sampai 2oz.. memang frust sgt…
Hari ke 3 terpaksa rela jugak bagi adik faris minum susu formula…
Huargggghhhhhhhhhh…

Stress memang stresss… lagi stress lagi susu x nak keluar..
Balik rumah pam pun lagi x keluar.. dengan faris yg asyik berkepit jer ngan ‘bff' dia ni… huhu.. macamana nak dapatkan susu yg cukup balik.. 
Tapi mungkin ini la rezeki adik… 
Dilah dah berusaha sehabis baik.. 
Walaupun x dapat fully breastfeeding faris tp sekurang2 nya time kat rumah dilah still direct feeding faris lagi.. bergayut tak habis2…

Nasib baik faris kat rumah babysitter pun sebelum ni cuma minum satu botol jer ebm sehari.. so xdela rasa terkilan sgt.. (hoho.. ayat menyedapkan hati sendiri ni)
Semalam tanya babysitter faris cakap dia minum 3 botol sehari.. 
Tu pun babysitter tu paksa dia minum sebab skrg ni faris pun dah kurang makan..
Tak macam sebelum ni dia kuat sgt makan…
Dilah memang perasan selera makan dia dah berkurangan..
Makan nasi tak nak.. tp lauk nak makan..
Makan kudap-kudapan cam jajan dan biskut tu still laju jer..
Tapi tu pun makan sikit pastu buang, then minta lagi yg baru..
Dilah pun tak tau nape dia kurang selera makan sekarang ni..



So dengan ini tamat lah contract dilah dgn "bff" dilah ni buat masa ni…
insyaAllah… tahun depan or depan.. ada rezeki dapat baby lagi kita sambung contract ye… hehehe… banyak sgt jasa pam medela swing ni kat dilah dan faris..
Weken ni dah boleh kemas2 balik bottle storage yg ada.. boleh simpan..
Pam ni pun kasi bersih betul2 dah simpan..

Okla.. nanti dilah sambung cerita breastfeeding journey dilah secara detail sikit dalam next entry k..

You Might Also Like

6 comments:

  1. Insyaallah nanti ade rezeki lagi tahun depan..hehe..amin... 😊

    ReplyDelete
  2. dilah,

    kita mcm sama ..
    skrg imani 19 bulan.. ada lagi 5bulan to go..
    skrg sy pam masih 2 x sehari, tp setiap kali pam dpt 4-5oz je. 5oz tu jarang2 dah la..
    tp ttp pam..
    kat rumah, before tidur akan bg imani minum susu fresh milk atau fm dulu..
    kalau tak dia akan merengek sepanjang mlm sebab haus atau lapar kot..
    dia pon jenis makan sikit..memilih bab makanan ni...

    takpela, dilah dah cuba yg terbaik..
    satu pencapain membanggakan dah ni sampai 1 thn 10bln dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula dear,, ni pun dah start bagi dia minum fm.. tp tgk angin dia jugak kadang2 nak kadang2 x nak.. tgh mlm pun dah pandai bangun tunjuk2 dapaur.. bila tanya nak susu, dia angguk jer.. kadang2 bangun minum air masak bukan main banyak lagi.. nampak nau haus... cian faris..

      Delete
  3. insyaAllah kita cuba lagi yer.. ciknaa masih cuba alhamdulillah rania nak dah df semula tapi malam aje lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah cikna.. rania dah nak df lagi.. perjalanan cikna masih jauh lagi.. gud luck utk cikna... kita cuba yg terbaik untuk anak2 yer...

      Delete