Diary 3rd Pregnancy :: Yeahhh..Dah Buka Buku Pink!!
Assalamualaikum
Setelah 16 minggu pregnant, akhirnya semalam baru dapat bukak buku pink.. kali ni memang lambat bukak buku.. 19hb aritu dah pegi klinik dah nak bukak buku, tp ramai sgt org.. sebab ari ahad kan, so memang ramai sgt org wat appointment ari tu.. so, nurse watkan appointment utk datang semalam 27hb..
Biasanya kalau bukak buku lambat ni nurse slalu bising kan.. iyela, dah nak masuk trimester kedua baru nak terhegeh2 bukak buku.. memang la diorg marah.. tp alhamdulillah, semalam nurse langsung x marah.. nurse yg check pon ok jer.. layan baik2 jer.. siap boleh borak2 lagi.. haha.. mungkin sbb semalam jadual utk check up kanak-kanak kan.. so org pun x ramai sgt.. kalau time check up ibu mengandung memang dah ramai sgt org.. tu yg diorg pun stress kot..
Bila dah bukak buku ni, bermula la episod menjengah ke klinik tiap2 bulan.. eh, bukan takat every month, tapi ari ahad ni dah kena pegi klinik lagi tau.. sebabnya nak kena minum air gula.. huawaaaaa.. ni la yg paling ngeri nak kena minum air gula, x tahan wei dia punya manis... jangan muntah sudah.. dah la skrg ni muntah2 tu still ada lagi.. pagi tadi pun dah muntah dah.. ingatkan dah lepas 16w ni dah ok la kan.. rupanye idok jugakkk...
Sebulan lagi kena check up kat Klinik Kesihatan pulak sbb kena jumpa doktor.. tp yg tu appointment kena ari rabu.. kalo kat KD dapat la request ari ahad.. (johor kan cuti jumaat sabtu). dilah lak cuti sabtu ahad.. so x yah la nak apply cuti utk gi check up..
Alhamdulillah.. urusan check up semalam berjalan lancar.. eh, semalam kitorg bawak abang faris check up 2 thn sekali.. dapat ubat cacing.. tp x sempat lagi nak bagi dia makan malam tadi.. tgk la balik nanti kita bagi dia makan.. nurse tu cakap, tersengih2 jer faris masa jumpa nurse.. kebetulan pulak time tu dilah tgh jumpa nurse lain utk bukak buku.. so, ayah wan yg bawak abg faris jumpa nurse.. 1st time rasanya ayah wan bawak anak check up.. sampai bila nurse tanya faris minum susu apa pun dia x tau nak jawab apa.. hahaha... sebab faris kan dah campur fm tp susah sgt nak minum.. so, ayah wan pun x tau la nak cakap dia minum susu apa..
Smlm lepas balik klinik sakit pinggang sampai ke malam.. dari half day terus wassap bos cakap amik leave full day jer.. dapat ler rehat2 kejap kat umah.. tp lepas tu dalam sakit2 pun sibuk duk basuh baju 2 trip.. pastu dapat siapkan lipat kain yg bergunung.. kemas umah lagi, masak lagi... fuhhh.. mana la x sakit pinggang tu.. tu pun selang seli wat keje duduk ngan berdiri.. maklum ler, dilah kan x boleh berdiri lama2 sgt, duduk lama2 pun sakit pinggang jugak.. yg okeh kalau dapat baring jerrr. . baru la lega sikit sakit2 tu.. huuhuhu..
Okla.. tu je update arini.. byeeee....
akak pregnant ke? heee tahniah kak. intan dah 17 weeks.
ReplyDelete