Kebaikan badam untuk ibu mengandung - Ceritera Ibu

Kebaikan badam untuk ibu mengandung

Assalamualaikum

Alhamdulillah... dilah dah dapat stok kacang badam.. sejak tau diri ni pregnant lagi, dilah dah mula tercari2 kacang badam.. kalau nak beli kat kedai or pasaraya kan mahal.. paket kecik 100g dah bape ringgit kan..

Sejak mengandung kan faris lagi dilah dah amalkan makan kacang badam ni.. mula2 saje jer kirim opismate yg nak balik perlis.. kirim dia beli kacang badam ni utk saje2 makan jer.. kat sana senang nak dapat dan harganya murah.. tapi kawan tu dah benti keje dan dah tinggal kat Perlis skrg ni ngan mak mentua dia.. so dah x dapat kirim lagi.. So, bila dah makan tu, dilah try la google nak tau kebaikan kacang badam ni... rupa2nya badam ni memang bagus sgt dimakan oleh ibu mengandung..

Tapi disebabkan dilah nak jugak makan badam time pregnant kali ni, dilah msg la kawan dilah ni minta tolong dia belikan dan pos.. alhamdulillah.. dia sudi nak nak tolong.. nak dijadikan citer, belum sempat dia nak beli, MIL dilah pulak ada pegi padang besar.. actually, mil ikut rombongan ke langkawi.. balik tu diorg singgah padang besar pulak.. so dah alang2 tu kirim la kat mil utk belikan.. alhamdulillah... dapat la apa yg diidamkan... kacang badam dah dapat..
Sumber : Google

So, arini dilah nak share kebaikan kacang badam untuk ibu mengandung.. Actually terdapat 3 makanan yg sangat digalakkan untuk dimakan oleh ibu yg sedang mengandung iaitu, kurma, badam dan susu.. kurma dan susu tu rasanya semua org dah tau kebaikannya kan.. cuma badam ni jer jarang org tau.. meh dilah share sikit apa kebaikan kacang badam ni..
1) Kajian menyatakan protein kacang terutama badam amat baik untuk merangsang pertumbuhan otak bayi.
2) Badam mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi dan kandungan proteinnya 20 kali lebih banyak berbanding bijirin yang lain.
3) Badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak taktepu (unsaturated fat) yang badan anda perlukan. Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu di dalam telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum.
4) Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju
5) Badam dapat mengurangkan paras kolestrol, merendahkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.
6) Badam mempunyai kandungan folat yang tinggi. Folat sangat penting bagi ibu mengandung untuk mengelakkan kecacatan pada bayi ketika hamil. Selain itu kanak-kanak juga amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi.

Sumber : Majalah PA&MA 

4 comments:

  1. Banyaknye khasiat badam..lepas ni klu hamil..wajib kene mkn badam..hihi

    ReplyDelete
  2. Hai dila... kita nk tny sikit. Kalau mcm badam yg dh siap cincang yg kita beli kt kedai bakery tu boleh ke gnti kn dgn badam sebijik2 ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rasanya sis sbb badam tu cuma dicincang tanpa ada buat penambahan apa2 bahan pada badam tu kan..

      Delete
  3. askum ,

    badam mengandungi gula yg tinggi berbanding buah-buahan lain,tp blh blh merendahkan risiko kencing manis,mcm mn tu?

    ReplyDelete