Majlis Konvo Kakak Imani
Assalamualaikum
Arini nak share citer pasal majlis konvo kakak imani hari sabtu lepas.. Majlis ni diadakan di perkarangan Tadika Jamiah Al Insan di Pulai Perdana.. Actually, majlis ni sekali dengan majlis khatam Quran dan penyampaian sijil untuk pelajar2 tadika Jamiah..
Majlis bermula pukul 8.30 pagi.. dimulakan dengan majlis khatam Quran oleh para pelajar tahun 6 yg belajar di tadika tu.. tadika ni bukan setakat tadika utk anak2 bawah 7thn tapi ada kelas mengaji Al Quran sekali.. dan ada juga pelajar2 transit yg belajar di situ..
Okla.. terus citer pasal kakak imani jer la yek.. actually budak2 ni dah siap ambil gambar konvo awal2.. x ingat bulan bape aritu, diorg ambil gambar.. bulan 9 kot.. so masa majlis ari sabtu lepas tu, diorg dapat la gambar yg dah diambil aritu..
Sebelum penyampaian sijil tu ada la persembahan nasyid dan nyanyian lagu patriotik.. tengok persembahan budak2 kecik ni memang seronok.. setiap pergerakan nnt 'ketua' dia akan kira '1, 2, 3' .. dah tu kira kuat2 guna microfon.. rasa kelakar pulak kan.. hihi... dah la suara budak2 kecik kan comel jer...
Untuk penyampaian sijil tu dimulakan dengan pelajar 6 tahun, 5 tahun dan akhir sekali 4 tahun.. dah nama pun majlis untuk budak2 tadika kan, so ada jer la gelagat yg mencuit hati.. dengan topi nak jatuh la bila tunduk.. kalo budak 6 tahun dan 5 tahun ok la.. sampai turn budak 4 tahun, lagi cuak.. mana tak nye turn kakak imani la.. ibu dia pulak yg over.. hahaha..
Bila tengok keadaan cam tu, ibu dilah lagi cuak.. camner la kakak imani ni nanti.. dia tu dah la ngan org susah sikit.. kat rumah jer suara bukan main kuat, potpetpotpet.. hu ha hu ha.. tp bila kat luar ibu ayah xde dia memang pendiam org nyer.. ibu dilah pun tercari2 mana kakak imani.. tengok budak2 tu nampak cam kecik sgt sebab pakai jubah konvo tu labuh sampai ke kaki.. rasanya kakak imani xdela kecik sgt mcm tu..
Cari punya cari rupa2nya kakak imani beratur last sekali.. alahai.. kecik jugak anak ibu ni.. labuh sampai ke kaki jubah tu.. bila turn nama dia dipanggil, tiba2 dia diam jer kat atas tangga.. x bergerak.. suruh naik pentas xnak.. huawaaaa... anak aku pun wat drama jugak rupanya.. cikgu suruh dia naik dia xnak.. pastu ibu dilah panggil2 dia pun dia xnak naik.. last2 cikgu terpaksa angkat dia naik atas pentas pegi kat penyampai tu.. pastu ibu dilah panggil2 dia bg dia nampak muka ibu supaya dia x nangis.. nak ambil gambar pun x dapat sgt..
Bila dia turun, ibu dilah cepat2 pegi kat dia.. cakap2 kat dia kejap sebelum dia masuk dalam tadika untuk buka baju jubah tu.. lepas tu dilah balik kat tempat dilah.. lepas 10 minit gitu dilah masuk balik dalam tadika tu untuk ambil kakak imani.. time tu nampak kakak imani tgh jalan sorang2 sambil menangis teresak2.. dia blur2 kot... so dilah pun bawak dia pegi kat ayah wan ngan abg faris.. tunjuk gambar dia.. pujuk2 dia kejap..
Tak lama lepas tu kitorg pun balik.. tak tunggu pun sampai abis sebab ayah wan pun x sihat sgt aritu.. balik rumah konon2nya nak amik la gambar kakak lagi tp dia dah sibuk nak salin baju.. dah sibuk nak main2.. last2 ni jer la yg dapat amik gambar dia..
Ibu dilah ni saje je la mengusik dia tanya nape dia xnak naik atas pentas.. dia jawap " ntah la.. kakak pun x tau nape kakak xnak naik pentas tu..." hahaha.. ayat cover line... takut xnak cakap kan... padahal malam sebelum tu bukan main lagi dia tunjuk kat kitorg camne cikgu ajar naik pentas, pastu kena tunduk.. pastu salam.. pastu amik scroll pusing tangan..hah.. bukan main lagi dia wat demo kat kitorg.. hahaha.. tapi bila betul2, naik pentas pun xnak.. sabo jer la anakkkk....
OKla.. tu jer citer pasal konvo kakak imani..
Semoga kakak imani berjaya di dunia dan akhirat..
aminnn..
bye...
^__^
Ibu dilah ni saje je la mengusik dia tanya nape dia xnak naik atas pentas.. dia jawap " ntah la.. kakak pun x tau nape kakak xnak naik pentas tu..." hahaha.. ayat cover line... takut xnak cakap kan... padahal malam sebelum tu bukan main lagi dia tunjuk kat kitorg camne cikgu ajar naik pentas, pastu kena tunduk.. pastu salam.. pastu amik scroll pusing tangan..hah.. bukan main lagi dia wat demo kat kitorg.. hahaha.. tapi bila betul2, naik pentas pun xnak.. sabo jer la anakkkk....
OKla.. tu jer citer pasal konvo kakak imani..
Semoga kakak imani berjaya di dunia dan akhirat..
aminnn..
bye...
^__^
Post a Comment